Jumaat, 30 Disember 2011

AKTIVITI STUDY WEEK

السلام عليكم ورحمة الله

:. In the name of Allah,Most Gracious,Most Merciful .:


Study...

Study....

Study....


Salam imtihan untuk kawan2 sume. Tinggal beberapa hari je lagi kita nak masuk ke medan peperangan. Berperang dengan soalan2 yg memerlukan kekuatan mental yg tinggi dan kekuatan fizikal yg baik. Study tu study jugak tapi kesihatan jangan lupa jaga. Lebih baik kita study smart daripada guna cara belajar study hard. Mesti pandai planning masa untuk study, bukannya sume nak pulun study sampaikan kesihatan diri pun tak terjaga. Itu tak elok ...tak nak, tak nak..tak nak (bak kata Prof Izzi).

Cepat rasanya berlalu, tengok2 dah nak exam. huhu.... Sambil2 study kena beriadah jugak. Otak cerdas bermula daripada badan yg cergas. Alhamdulillah dapat meluangkan masa berjogging bersama kawan2 walaupun sekejap. Best sangat boleh pergi jogging sekali ngan Yana, Sim dan Ika. Agak semput masa nak start jogging sebab rasanya memang dah lama tinggal aktiviti berjogging ni, stamina pun dah kurang.

Banyak lagi yg nak study.. Firaq, Fiqh Sirah, Perbandingan Agama, Qiraat, sumenya subjek killer. Aduhaii.. berdebar pulak rasanya nak exam ni. Selamat menempuhi peperiksaan dan semoga mendapat kejayaan yg cemerlang nanti. InsyaAllah..

don' forget : DO'A+EFFORT+TAWAKAL


"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal"

 (Surah Ali Imran: 159)


tekun berbincang something  =_=

oooppss..terover pulak



Sabtu, 17 Disember 2011

MenTari Hidup

~ :. In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful .: ~

Jom layan lagu nasyid dari kumpulan Haikal ::. MeNtaRi HiDuP .:: Sangat suka lagu ni. Bait-bait liriknya terkandung seribu pengertian untuk ditafsir oleh akal dan untuk difahami oleh hati  supaya kita sentiasa berfikir dan bermuhasabah bahawa hidup ini terkadang banyak onak dan durinya. Dan mungkin dalam menyelusuri onak dan duri itu, kita pernah membuat kesilapan yg mungkin tidak disedari. Hanya padaNya Yang Esa tempat untuk memohon keampunan di atas setiap kekhilafan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani setiap hambaNya.

Wahai qalbi aku rindu pada kasih dan sayang Rabbi.. wahai nafsi aku dahagakan rahmat jua keredaan dari Rabbi.. Wahai lisani, aku ingin setiap lafaz madahku tidak pernah lalai dari menyebut namaMu Rabbi. Agar aku sentiasa sedar bahawa Engkau sentiasa bersamaku, agar aku tidak terleka dengan segala mehnah duniawi yang bisa membuatkan aku terleka...


kala senja itu tiba,
ku termenung sendirian,
terasa diriku ini jauh
dari rahmat Tuhan..
dosa yg aku lakukan,
menerjah ruang fikiran,
masihkah ada untukku keampunan..

********
gelap rasa dunia ini,
tanpa cahaya Illahi,
baru kini ku sedari,
jalan yg aku lalui,
memusnah pedoman hidup,
melempar hatiku ini ke lembah kehinaan..

********
dalam kegelapan itu,
terbit cahaya drMu,
memandu hambaMu menuju iman,
menginsafi diri dgn ketakwaan dan kesabaran..
Kau terangi jalanku menuju syurgaMu,
dan Kau tunjuki dgn hidayahMu..
hanyalah padaMu ku hadapkan diri,
pohon keampunan..

********
wahai Yang Maha Pengasih,
bantulah hambaMu ini,
yg kian terumbang-ambing,
di dalam arus duniawi,
ku berdoa kpdMu,
memohon limpah rahmatMu,
mentari hidupku kan bersinar kembali...




Sabtu, 3 Disember 2011

PELUANG KEDUA

Assalamu'alaikum wbt.... dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...~

Assigment + meeting + latihan pentomen + macam2 lagi. Pening kepala ni memikirkan segala tugas dan tanggungjawab yang terbeban di bahu. Sampaikan hidup ni rasa dah terurus lagi dengan segala macam benda nak disiapkan dan dibereskan. Tak tahu lah kenapa sem ni agak busy, huhu... Jadual seharian padat sangat, kadang2 keluar pagi, petang baru balik, rasa cam dah kerja kat pejabat pulak.

4/12 : malam esok ada pertandingan pentomen antara student tahun 1,2 n 3 Kufah sempena minggu usuluddin. Aktiviti ni antara aktiviti tahunan jabatan usuluddin..Masa tahun 1 dulu cuma dapat tempat ketiga jer,,hehe. Lawak pulak rasanya masa tyme berlakon dulu, entah apa2 je..myb waktu tu tak ada pengalaman lagi. Untuk sem ni tak nak dapat tempat ketiga lagi, arapnya dapat la tempat pertama atau kedua (demand je,hehe). Well.. tahun ni kita orang buat pentomen yg bertajuk "peluang kedua". Mengisahkan seorang perempuan yg bernama suraya yg insaf dan kembali ke pangkal jalan selepas dia koma akibat accident. Suraya ni banyak buat maksiat dengan boyfriendnya, Helmi....hinggalah Allah memberi peluang kedua untuk dia bertaubat. Terima kasih banyak2 untuk kawan2 yg sanggup meluangkan masa untuk latihan pentomen ini termasuklah diriku even banyak kerja lagi yang tak siap, huhu.. Tapi disebabkan semangat dan kekuatan dr kawan2 yg tinggi utk buat yg terbaik buat sy jd b'tambah semangat.. Hope we can do the best yeaa~ InsyaAllah..

16,17 & 18/12 : pergi Penang pulak, bolehlah pergi jalan2 sambil mereleaskan tensen dan kepeningan yang melanda diri dan jiwaku ini. Lawatan ke Usm Penang ni sebagai aktiviti tahunan bagi OKUF. Sem2 yang lepas pergi Yayasan Restu dengan Ustaz Siddiq dan Muzium Kesenian Islam dengan Uztazah Wan Fariza. And untuk sem ni pergi Penang pulak. Tak sabar nak pergi dengan sume adik-beradik okuf nanti. Lawatan ni under subjek perbandingan agama. Kat sana nanti kitorang pergi tengok tempat2 ibadah agama lain macam gereja, gurdwara, kuil dan tokong. Sesuai lah dengan subjek perbandingan agama yg kita orang amik, sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu di dada mengenai agama2 lain yg ada di dunia ini. Semoga Allah swt memberikan kami ilmu yg berguna dan bermanfaat dari lawatan ni.. InsyaAllah.

21 - 26/1/2011 : aktiviti opkim kat kg jeruju Kedah. Ni first tyme sy joint program anak angkat, dan buat aktiviti bersama2 org kg kat sana. Harapnya program ni dapat berjalan dengan baik. InsyaAllah... tak sabar jugak nak pergi.


latihan pentomen : wajah2 kegembiraan <3
kat yayasan restu bersama adik-beradik okuf

nice pic..~

first time melukis batik~ agak comot..

Jumaat, 25 November 2011

AKU RINDU PADAMU....RABBI~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani....

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk melihat dunia hari ini, masih mampu meneruskan baki-baki umur yg entah bila akan pergi berjumpaMu.

Sejak akhir2 ni, memang busy sangat sampai tak ade masa nak menulis kat  blog ni. Even perasaan tu terasa melonjak2 nak menulis tapi tak ade masa. huhu. Hari ni kelas qiraat batal, jadi ada la masa sekejap nak menulis. Eeemm.. nak story sikit pasal something yg berlaku kelmarin. Something yg menjentik hati ini supaya banyak lagi kena muhasabah diri.  Masa on da way ke kelas kelmarin, ada la nampak sorang abang ni (maybe dia senior kot).. Kalau tak silap dah pernah terjumpa dgn abang ni beberapa kali. Something pasal abang ni dari atas nampak perfect, orangnya hensem (pada pandangan sy, hehe..). Tapi sebenarnya dia oku, kaki kanan dia tempang and jalan pon senget sebelah. Tetiba masa tu timbul perasaan kesian dan simpati kat abang tu.. and time tu jugak terasa air mata ni nak menitis. Tapi sy tahan sebab tak nak nanti orang nampak. Lama sy perhatikan abang tu, betapa besarnya dugaan dan ujian Allah pada dia. Even dia tak sempurna dari segi fizikal, tapi dia still lagi boleh jalani hidup macam biasa dengan orang normal yg lain. And sy cuba bayangkan sekiranya perkara seperti itu berlaku pada sy, bagaimana sy nak hadapinya...???

Sebenarnya apa yg sy nampak tu adalah peingatan daripada Allah. Allah memberikan  teguran secara lembut dan halus supaya sy sentiasa ingat pada Dia supaya sy sedar bahawa di saat senang dan susah sy tetap ada Dia. Bukannya di saat susah baru nak cari Allah. Ya Allah tetapkan hatiku supaya sentiasa ingat padaMu. Kau tuntunlah aku ke jalan yg lurus di saat aku memerlukanMu.. Aku sedar dan aku tahu bahawa Kau tidak pernah melupakan setiap hambaMu walau sesaat sekalipun, cuma hamba mu ini terkadang terlupa dengan segala nikmat dunia.

Mungkin kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga kita terlupa bahawa segala nikmat yg kita dapat itu sebenarnya Allah yg berikan. Sekiranya apabila Allah tarik segala nikmat2 itu, di saat itulah baru kita sedar sebenarnya kita ni bukan siapa2 pun bahkan hanyalah seorang hamba yg lemah. Ingatlah Allah di saat senang dan juga susah. Dia Maha Pemurah.. dan Dia Maha Mengasihani setiap hamban2Nya.. Eemm.. ini sebagai peringatan untuk diri sy dan juga teman2 sume. Kita perlu menilai tahap keimanan dan keikhlasan kita terhadap Allah.. Semoga diri kita semua sentiasa di bawah payung rahmat dan kash sayangNya~ InsyaAllah...



Selasa, 15 November 2011

SELAMAT ULANG TAHUN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni 15/11/2011, genap umurku 21 tahun. Terima kasih ya Allah, aku masih lagi diberi peluang dan kesempatan di umur ini untuk menikmati segala kesenangan dan nikmat dari Mu, nikmat hidup ini dan jugak nikmat iman dariMu. Aku mohon padaMu ya Allah, Kau panjangkan umurku, berikan ku kesihatan yang baik untukku mengabdikan diriku padaMu dan jua menjadi seorang anak yang berbakti pada kedua ibu bapaku. Terima kasih ya Allah.. Syukur padaMu ya Allah. Bila umur makin meningkat tandanya diri ini makin dewasa, makin matang dalam hidup untuk menerusi liku2 kehidupan ini dan jua untuk mencari keredhaanMu ya Allah.

Terima kasih buat rakan2 yang mengucapkan selamat hari lahir..ramai je kawan2 yg wish kat facebook, terutamanya buat Sima,sebab dia adalah orang yg first ucap selamat hari lahir. Terima kasih SIMA (^_^). terima kasih banyaaak2 kerana mendoakan kesejahteraan untuk sy. Moga Allah membalas kebaikan kalian semua dengan ganjaran pahala. InsyaAllah...

Teringat zaman sekolah dulu, setiap kali birthday antara kawan2 wajib celebrate. Birthday Menah, Pijah, Poje, Chah, kak Yah Even, Syida, Shidah.Sweet sangat time tu. Kita orang share duit ramai2 utk beli kek. Even setakat sebijik kek pun jadilah. Tak boleh nak buat lempar2 tepung+telur+segala macam sebab duk kat asrama, nanti tak pasal2 kena denda ngan warden. Sweet sangat time tu, walaupun simple just ada sebijik kek and celebrate sama2 tapi di saat tu kita sedar dan kita tahu bahawa di sekeliling kita ada kawan2 yang sangat menyayangi dan always take care about ourselves. Ada apa2 problem kita kongsi sama2. Nak pergi kelas sama2, makan sama2, pergi masjid sama2, sume benda kita buat sama2 lah. Sweet kan..Tapi sekarang bila dah duk jauh2 ni, kita jarang nak berhubung mungkin sebab masa dan waktu tak mengizinkan. Yelah, masing2 dah ada haluan hidup sendiri. Jajan, Syidah, chah, menah, pijah and sume kawan2, sy  rindu sangat nak celebrate birthday macam yg kita pernah buat dulu.. Waahh,rindu sangat. Ulang tahun kali ni, tak boleh nak makan kek dah, teringin sangat.. huhu..

Happy sweet 21 years old!!! (^_^)

Jumaat, 4 November 2011

Selamat Hari Raya Qurban & Selamat Bercuti

Assalamu'alaikum...

Yeaay.yeaay...balik rumah!!! Tak sabar nak balik rumah malam ni,hehe... Nak rilek2 kat umah sepanjang cuti selama seminggu ni, nak hilangkan tension+pening duk buat assigment. Eemm, assigment ada lagi yg tak siap, asyik tertangguh je, huhu. Lepas cuti ni banyak assigment yg dah kena submit, InsyaAllah on da way (^_^). Balik ni tak ade plan nak buat apa2 pun, just nak siapkan assigment dan dah janji dgn my little brother nak keluar pergi bandar esok. Sebenarnya saje je nak bawak dia pergi jalan2, maklumlah kakak dia yg sorang ni tak ada masa nak spent time together bila dah duk jauh ni. At least, boleh jugak bawak dia pergi makan2 atau shopping..

Di kesempatan ni sy mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Qurban pada tahun ni. Dan juga selamat bercuti untuk kawan2 sume, hehe. Semoga balik ke rumah dengan selamat..sape2 yg drive keta sendiri tu, bawak keta hati2 sikit. Kalau mengantuk sangat2, berhenti rehat dulu tau.. Tak sempat nak tulis banyak2, sebab kena bersiap2 awal kejap lagi driver teksi nak datang amik..bye2. Have a nice a day!!

Selamat Hari Raya Qurban & selamat bercuti (~_^).

Jumaat, 28 Oktober 2011

Malam Penutup LPD

Assalamu'alaikum wbt....

Sebenarnya Liga Piala Dekan dah lama tamat. Maybe dah 2 minggu rasanya. Tapi sy baru ada kesempatan nak share kat sini, disebabkan banyak tugas yg perlu diutamakan jadinya asyik tertangguh jer nak tulis. Subhanallah, banyak sangat amanah dan tugas yg terpaksa dipikul. Tak termasuk lagi dengan tugasan assigment yg perlu dihantar dalam minggu ni dan selepas raya haji. Kadang2 rasa sedih jugak, sebab takut tak mampu nak pikul segala tugas dan amanah yg diberi. Mungkin sem ni sy mula "aktif' berbanding dengan sem lepas yg agak pasif dan just concentrate on study je. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusanku ya Allah.. (^_^).

Ni nak share pasal malam penutup LPD. Pada mulanya joint LPD just nak temankan Chah sebab die jadik usher utk malam tu. Tapi laen pulak jadinya bila sampai kat stadium UKM, tetiba kena masuk perbarisan utk setiap jabatan. Tak pe lah, dah alang2 pergi baik joint je. Tapi yg sedihnya masa perbarisan tu jabatan Usul yg paling menarik perhatian, pasalnya cuma ada lima orang banat dan banin ada la dalam 10 orang. Sediiih. Bila tengok jabatan laen sumenya best, siap ada bunga manga lagi. Kami punya simple sangat, itu pun naseb baik ada maskot rama2. Huhu.

Tapi, ikatan ukhwah antara senior2 tahun 2 dan 3 dengan adik2 junior tahun 1 tetap mantap. Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih untuk brother jojo dan Atikah Adnan sebab mereka dah berhempas pulas memerah tenaga  buat yang terbaik untuk OKUF.. (~_^). Thumbs up, like3. Jabatan Usul dapat tempat ketiga drpd lima jabatan.. Hehe~ tak pe, sekali-sekala kalah kalau asyik menang tak best jugak. Kena bagi kat jabatan laen untuk merasa kemenangan jugak kan. hehe.  Mungkin utk LPD tahun depan dapat buat yg terbaik lagi. Lagipun kawan2 yg masuk pertandingan sumenya mantap dan bagi komitment yg tinggi.. =).



TIGA BIDADARI =)

Ahad, 23 Oktober 2011

Manisnya Ujian Allah

In the name of Allah,Most Gracious,Most Merciful.

Assalamu'alaikum...

Setiap insan pasti pernah merasai ujian drpd Allah swt. Sebenarnya Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsia tersendiri, hanya DIA Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu. Sama ada Allah mahu menambah iman kita atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita. Kerana sesuatu ujian itulah yamh mampu membuka mata hati kita untuk mendidik kita supaya jangan pernah mudah putus asa dalam kehidupan yg bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Terkadang  merasa diri ini terlalu kerdil sehingga tidak mampu untuk menghadapi ujian Allah, mampukah aku? Mampukah diri ini melalui setiap ujian yang Allah berikan..aku takut kiranya aku tidak mampu, aku takut kiranya aku jauh dari rahmat Allah. Ya Allah Kau bimbinglah aku..
Betapa sayangnya Allah pada kita, DIA berikan surat cinta untuk kita supaya kita sentiasa ingat pada DIA, surat cinta itu mampu membuatkan hati yang gelisah menjadi tenang dan jiwa yang gundah menjadi aman.  Dan Allah pesan supaya kita baca surat cinta itu setiap hari sebagai bimbingan untuk iman agar sentiasa ingat padaNYA. Subhanallah.. Surat cinta itu adalah kalamullah iaitu al-Qur'an. Cuba kita baca  surat cinta yg Allah berikan itu:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
Surah Ali-Imran : 139

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNYA aku bertawakal"
Surah at-Taubah : 129

"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
Surah Yusuf : 12


Cuba alihkan pandangan mata kita ke arah laut, airnya cantik membiru penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yg mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa cuba alihkan pandangan ke arah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yg menghalangnya. Dan jika rasa sedih, cuba alihkan pandangan ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita. Sesungguhnya setiap apa yg ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.

aku minta kepada Allah
setangkai bunga segar
DIA beri aku kaktus yg berduri
aku minta kupu-kupu
di beriNYA ulat
aku kecewa dan sedih
tetapi aku tetap bersabar
namun...
tak lama kemudian
kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik.
begitulah cara Allah mengasihi kita
selalu indah pada waktunya
sayangnya Allah setelah kita redha kesemua ujian itu..




Dalam ketenangan ada keresahan, dalam keresahan ada kekalutan dan dalam kekalutan ada DIA untuk mengadu dan mengharap. Manis dan indahnya ujian Allah pada setiap hambanya.. Ya Allah, aku mohon padamu, tetapkan iman dan taqwaku padaMu, bimbinglah diriku agar sentiasa merinduiMu. Jadikan aku seorang hamba yang sentiasa tersenyum walau diuji dengan ujian dan dugaan agar aku tahu bahawa aku adaMU ya Allah..

Sabtu, 22 Oktober 2011

Wanita...pelihara auratmu

Assalamu'alaikum...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani sebagai pembuka kalam, agar diberkati dan diredhai setiap ilmuku,

Post kali ni sy nak share pasal pemakaian niqab atau lebih dikenali dalam masyarakat kita sebagai purdah. Sejauh manakah pandangan Islam tentang pemakaian purdah dalam kalangan muslimat terutamanya di dalam masyarakat kita hari ini yang majoritinya berpakaian menutup aurat mengikut 'uruf dan adat kebiasaan. Persoalan memakai niqab atau purdah ni bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf. Maksudnya para 'ulama berbeza pendapat mengenainya atas kaedah dan hujah yg diiktiraf untuk kedua2 pihak. Ada di kalangan 'ulama yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah aurat. Jumhur fuqaha' (majoriti ulama' fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya aurat.



Walau apa pun pandangan kita terhadap pemakaian niqab atau purdah, kita harus lihat dari sudut positif. Tidak salah sekiranya seorang muslimah mahu memakai niqab, cuma semoga hati atunna tetap istiqamah untuk memakainya. Jangan pula kejap pakai, kejap tak nak pakai pulak. Tak nak nanti orang lain berprasangka buruk. Pada pandangan sy, pemakaian niqab dapat menghindarkan diri dari segala fitnah dan tohmahan masyarakat di sekeliling. Contohnya kalau kita terlalu cantik, kulit putih gebu, lirikan mata yg manja sehingga mampu mencairkan hati muslimin tatkala melihatnya, adalah baik untuk kita memelihara diri drpd fitnah orang sekeliling. Memelihara kemuliaan diri drpd segala bentuk fitnah dan maksiat adalah yg terbaik.

Terkejut melihat seorang kawan masa zaman sekolah rendah dulu sudah memakai purdah. Alhamdulillah.. sy tumpang gembira, dirinya yang kukenali dulu hanyalah seorang muslimah biasa. Jauh perubahan dirinya sekarang, hingga sy hampir tidak mengenalinya. Subhanallah..teringin jadi seperti dia, tp mungkin belum sampai masa lagi untuk diri ku. Perlu banyak muhasabah diri, mencari di mana ada kelompangan untuk dibaiki dan mencari di mana ada kekurangan dan kelemahan agar dapat jadi yg lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah semoga diriku sentiasa dalam jagaanNya.

Alangkah indahnya ku lihat
berjalan seorang muslimah mukminah
dgn wajah yg ditutupi niqab
dia berjalan penuh tawadhu'
langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yg tenang,yakin,berwibawa penuh dgn semangat seorang mujahidah
di sebalik fizikalnya yg menggetarkan jiwa2
bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan
untuk mengenali Allah dgn lebih dekat
ada sekeping hati yg dipenuhi setiap ruang dan sudutnya
dgn mengingati Yang Maha Esa
ada seulas bibir yg merah bak delima
sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah
ada sepasang mata yg redup,yg cukup terjaga dr pandangan maksiat
setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya yg lembut dlm tegas
kasih sayang jelas terpancar pd sinar matnya, bahasa badannya
yg lahir dr hati nurani yg ikhlas krn DIA
hanya dgn melihat pd perwatakannya, sudah cukup utk menarik
hati2 yg lalai dr mengingati Allah agar segera berfikir tentangNya.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Perhiasan Dunia...~

Assalamu'alaikum....In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

"Kenapa aku  tak cantik?" kenapa orang lain lebih cantik dr aku, lebih menarik dr aku?, kenapa?? Aku nak jadi cantik macam orang lain jugak." Persoalan ini sering kali bermain di dalam kotak minda seorang perempuan. Kenapa perlu kita membandingkan kecantikan kita dengan orang lain? kenapa perlu rasa orang lain lebih cantik dan menarik dr kita? Apa kekurangan kita? Sy tinggalkan persoalan ini utk teman2 sekalian.

Maha Suci Allah swt yang terhindar dr segala kelemahan dan kekurangan. Subhanallah, setiap ciptaan Allah sebenarnya teramat indah, tiada bandingan dgn apa pun. Setiap makhluk ciptaan Allah itu terlalu sempurna baik di bumi, nun jauh di atas langit, di dasar lautan yg dalam atau di mana sekalipun. Pernah dengar sebuah hadis, "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita yg solehah"

Memang benar wanita adalah perhiasan dunia, tapi bukan sekadar untuk dipuji kecantikannya, bukan untuk dipuja keindahannya. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pd kecantikan wajahnya, kemanisan wanita solehah tidak terletak pd kemanjaannya..jua bukan pd kemanisan bicaranya yg bisa mengoncang iman para muslimin, dan bukan pula terletak pd kebijaksanaannya bermain lidah memujuk rayu. Tapi kanvas cinta nan indah lakarkan ia dengan wajah muslimah yg tulus peribadi. Warnakan ia dgn kelembutan azali, ketegasan hakiki, keindahan sejati...krn dialah muslimah solehah kekasih Illahi.

Jadilah wanita solehah yg bisa memelihara akhlak krn ia adalah kehidupanmu, bisa memelihara agama krn ia adalah nyawamu, bisa memelihara budi pekertimu krn ia adalah lukisan hidupmu, bisa memelihara amalan krn ia adalah pakaian ukhrawimu dan jua bisa memelihara lisan krn ia adalah hatimu yg menentukan baik buruk dirimu..Subhanallah, ingin sekali aku menjadi seperti ini.

Kiranya tiada cinta insani untukku,
cukuplah cinta Allah sebagai penyuluh hidup dan hatiku.
Moga kelak akan ada cinta untukku
daripada insan yang mencintai Allah
sebagaimana cintaku terhadapNYA..


Ya Allah..jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pd seseorang yang melabuhkan cintanya pdMU
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu.
Ya Allah...jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut pdMU
agar tidak terjatuh aku kr dlm jurang cinta nafsu.
Ya Allah...jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku pdnya agar tidak berpaling drpd hatiMU..

Semoga pohonan cinta bersemi, daunan rindu merimbun di hati selamanya di bawah rahmat dan kasih Illahi.. InsyaAllah, akan ada jodoh utkmu Qaseh, kuatkan hatimu menempuh setiap ujian dan dugaan Allah. Sesungguhnya setiap ujian itu mampu membuatkan mu merasa betapa luasnya kasih sayang Allah pdmu~ dan akan membuatkan mu merasa rindu utk merasai kasih syg dr NYA..~ (^_^)...

Sabtu, 15 Oktober 2011

JAGA TUTUR KATAMU

Assalamu'alaikum wbt...


Suka sangat dengar lagu nasyid dari kumpulan DeHearty ni , Pasrah Segalanya. Nak kongsi ngan kawan2, cuba dengar lagu ni, best sangat.. Sy nak highlight kan kat sini supaya jauhkan diri daripada kata2 dusta yang boleh menyebabkan fitnah.. Subhanallah, banyak memberikan keinsafan untuk diri ini supaya menjaga tutur kata tatkala berbicara tak kiralah dengan ibu ayah, kawan2, guru2 atau siapa2 sahaja. Kata2 itu sebenarnya lebih tajam dan berbisa daripada sebilah pedang.. Sebab daripada kata2 itu boleh mengundang pelbagai fitnah dan dusta sekiranya kita tidak pandai menjaganya. Pepatah Melayu juga ada menyebut, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Maka jagalah adab kerana itulah lambang kita sebagai seorang Muslim yang benar2 beriman dan berakhlak mulia. Sebagaimana sabda Rasulullah saw " Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu". Semoga Allah swt menjauhkan kita daripada sifat2 tercela ini. Amiin~

Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui 
Segala apa yang terbuku di hati


Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan


Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci



Cuba renungkan kata2 ini.. Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu. Sebaik2 kaya adalah kaya hati, sebaik2 bekal adalah taqwa, seburuk2 buta adalah buta hati dan sebesar2 dosa adalah berdusta..

Jumaat, 14 Oktober 2011

PESAN UNTUK SAHABAT

Assalamu'alaikum...

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksud: Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai sudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri..

Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak.. Akal itu umpama air, jangan biar ia kering.. Iman itu umpama debu jangan biar ia hilang & persahabatan itu pula umpama jalinan seutas  tali, jangan biarkan ia putus.
Sahabat.. adakah engkau tahu betapa bertuahnya aku mempunyai teman sepertimu, yang sentiasa di sampingku di saat ku gembira dan duka . Aku bersyukur padaMu Illahi kerana memberikan aku kesempatan waktu untuk bertemu dengan sahabat yang sebaikmu. Aku tahu kau hanyalah insan biasa seperti aku juga, tapi kau terlalu istimewa dan bermakna bagiku kerana… hanya kau yang mampu membuatku ketawa di saat ku kesedihan dan kecewa, kau mampu membuatku mengukir senyuman di kala hati dilanda gelisah. Kau banyak memberikan nasihat dan teguran di saat hati ini sentiasa dahagakan perhatian. Dan aku tahu engkau banyak berkorban untukku, sama2 harungai saat senang dan susah. . di kala itu membuatkan ku sedar makna sebuah persahabatan yang sejati.  Teman di kala ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan, tapi sahabat sejati  sepertimu bagaikan air lalu walau dicincang tak mungkin ia akan putus..
Sahabat, tanpa kau di sisi mungkin diri ini tidak kuat untuk hadapi segala ujianNya. Aku takut..  takut kiranya aku akan kehilanganmu. Aku mahu kau sentiasa di sisi ku, biar ajal dan maut sahaja yang mampu memisahkan kita. Sukar untuk mencari teman lain yang sebaikmu, dan mungkin tiada siapa yang mampu menggantikan tempatmu di hatiku. Sahabat.. sedarkah kau, kasih seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya. Ya, aku akan sentiasa doakan kesejahteraanmu moga sentiasa dalam limpahan rahmatNYA dan di bawah naungan kasih sayangNYA.. InsyaAllah~
Sahabat.. perjuangan tak pernah putus kerana diikat dengan rantai iman, mujahid tak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhwah, istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan.. semoga ikatan ukhwah antara kita ini terbina untuk selamanya..
Sahabat.. tiada kata2 yang indah yang mampu ku ucapkan, tiada puisi yang merdu yang mampu ku nukilkan untukmu tapi  hanya sekalung doa kudus yang mampu ku berikan. Ya Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Panyayang.. Engkau peliharalah hubungan uhkwah antara kami, eratkan hubungan persaudaraan antara kami.. titipkan kasih dan sayangMu dalam hubungan ukhwah ini agar kami sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu.. jadikan lah kami hamba2 Mu yang sentiasa merindukan kemanisan iman sebagai bekalan untuk kami bertemuMu.. Amiin~
Tahukah engkau sahabat…, sahabat yang baik ialah apabila dipandang wajahnya membawa kita mengingati Allah, mendengarkan kata2nya menambahkan ilmu di dada, terlihat gerak gerinya meninggikan takut kepada Allah dan berkawan dengannya membawa kita untuk berjuang ke jalan Allah. Sahabat.. ku kirimkan secebis nasihat ini untukmu agar kau sematkan dalam hati nuranimu.. sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar, sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, sahabat sejati menjadi pendorong impian.. sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Uhibbukum fillah~ Aku menyayangimu sahabat, aku merinduimu sahabat dan aku sentiasa dahagakan kasih sayangmu wahai sahabat.. Semoga Allah sentiasa menjaga hubungan ukhwah antara kita.. Amiin…

Selasa, 11 Oktober 2011

SUKAN PIALA DEKAN

Assalamu'alaikum...

Pertandingan sukan piala dekan sudah bermula. Bersemangat betul kawan2 masuk pertandingan. Antara permainan yang ada macam bola tampar, bola jaring, ping pong, badminton dan banyak lagi kot. Sy tak minat sangat dengan sukan ni, tengok bola pun dah lari, hehe.. tak ada bakat nak main. Tapi sy dengan semangat yg tinggi sampai tahap maksimum 100% hari ni pergi padang tengok kawan2 semua main.. Memang betul2 bersemangat lah, sy support u all!!! Dan hari ni sy belajar cheer baru untuk KUFAH~ sy saaaayang kufah.. eeiii gedik je lebih.

Well, harapnya kita menang kali ni. (~ _^). Tadi tengok korang semua main, memang best sangat lah. Sy jadi pom pom girl kat tepi padang je (eeerrk). Actually, tak kisah la kita menang atau tak, sudah adat permainan ada menang dan kalah. Tapi sy tengok dari sudut yg positif.. sebenarnya kita main sukan ni of coz yg paling penting dapat sihatkan tubuh badan. Dan yg kedua, dapat eratkan ukhwah antara kita.. bila kat padang kita boleh sembang2 walaupun sekejap, mungkin kita boleh kenal kawan2 yg jarang kita jumpa, sekadar bertanya khabar pun dah cukup. Kalau kat kelas, kita cuma jumpa sekejap sangat sekadar mengucap salam atau "hai" je. Harapnya kita boleh eratkan ukhwah antara kita. Taman yg disirami kasih sayang menyuburkan keimanan, mengharapkan keredhaan Allah  menjalin ukhwah menyemai cinta dan kasih Illahi agar tersemai cinta antara kita. Semoga ikatan ukhwah ini terbina kukuh untuk selamanya. InsyaAllah, moga dipermudahkan olehNYA..~

Mungkin ini boleh meninggalkan kenangan terindah untuk kita selepas masing2 dah grade nanti. Masih ada secebis kenangan untuk diingati biar jarak yang memisahkan kita~


YANA, AKMA, MIA & KAK DEEBA

DUK BINCANG APE ENTAH (~ _^)

CEPAT2, GET READY!!!

MY LOVELY ROOMATE,,

SAYA & CHAH

SABAR, SIMA & SAEDAH

Selasa, 20 September 2011

Aaargh...TAK BOLEH TIDO

Jam sudah hampir menunjukkan pukul 2 pagi. Tapi mata ni masih belum mahu tidur. Mungkin sebab masa berbuka puasa tadi minum nescafe ais kot. Iiisyh.. boleh bagi effect ke? Eemm tak tau lah. Puas pejam mata nak tidur.. tapi tak boleh jugak. Tak tahu nak buat apa pagi2 buta ni. Orang lain dah senyap sepi tidur. Lain kali tak nak minum nescafe ais dah, tak boleh nak tiduuur! Huhu...

Kita kira kambing ek (macam yang dalam citer Mr. Bean)...1 ekor kambing, 2 ekor kambing, 3 ekor kambing.....Zzzzzzzz.


Bestnye mioow ni tidur~~

Selamat malam~~ <3

Jumaat, 16 September 2011

Mood Raya

Hari ni dah masuk 18 Syawal. Mood raya still terasa lagi. Hari Selasa lepas Fakulti Pengajian Islam buat jamuan raya, makan laksa penang dengan nasi himpit. Tapi sayangnya tak dapat pergi sebab masa tu ada kuliah. Takpe2, nanti jamuan raya Jabatan Usuluddin harap2 dapat pergi. Teringat masa jamuan raya sem satu. Happening sangat. Masing2 bawa biskut raya, siap bawak balik lagi yang lebih2 tu. Jamuan raya tu sebenarnya idea Prof Sunawari. Kuliah pengantar falsafah dua jam, satu jam belajar, satu jam lagi buat jamuan raya. Hehe... Tentatif jamuan tu makaaan jer, haha.. Dah jamuan hari raya kan, makan je lah makanan yang ada tu. Harap2nya jamuan raya untuk sem ni lagi happening Ok.. =)

Tetiba jer radio Hot Fm pasang lagu raya Raihan ft Hujan, Salam Aidilfitri Ayah Bonda (sambil2 dengar radio). Actually lagu ni sedih sangat. Masa first time tengok klip video lagu ni kat tv, sedih sangat sampai nangis. Lagu ni memang betul2 memberikan kesan kepada orang yang dapat faham dan hayati liriknya. Dalam video lagu ni tunjuk seorang ayah yang bekerja sebagai pemandu teksi dan seorang ibu yang menjual kuih, berusaha keras mencari rezeki untuk anak2. Yang paling menyentuh hati sy ialah bila si ayah melihat anaknya memakai baju melayu yang dah singkat (mungkin sudah lama tidak pernah berganti baju raya) di depan cermin. Ya Allah, masa tu air mata ni turun laju sangat macam air terjun. Dan si ayah bekerja keras siang malam untuk mencari duit buat membeli baju baru untuk anak2. Akhir sekali, si anak dapat baju raya baru. Memang sukar nak digambarkan dengan kata2, mungkin tidak terasa berbekas di hati. Kena tengok sendiri video lagu ni. Antara bait2 lagu ni ;

Terkenang
Di ketika itu
Ku di manja
Dan di sayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba di penuhi
Walau hidup
Dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban
Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda yang di cintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerana belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu
Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibir mu kan menutur senyum
Andainya anak-anak mu bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda yang di cintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerana belum cukup berbakti

Honestly, sy tak boleh dengar lagu ni sebab automatik akan nangis sebab mesej yang hendak dibawa dalam lagu ni betul2 berbekas di hati. Kadang2 sy terfikir masa zaman kanak2 dulu setiap kali raya semua benda nak baru, kasut baru, baju baru, tudung baru, semuanya baru. Tapi pernah tak masa tu sy terfikir jika sy nak semua tu, sy tak kesian ke pada mama sebab nak penuhi kemahuan sy.. Mungkin masa tu masih kanak2, tak faham lagi erti pengorbanan ayah ibu mencari rezeki untuk anak2. Dan bila sy besar, dah boleh pegang duit sendiri (walaupun sedikit), sy rasa nak beli macam2 untuk mak ayah. Nak beli baju, tudung, kasut, beg dan banyak lagi. Sy rasa nak cepat2 habis belajar, terus dapat kerja dan kumpul duit banyak2 untuk bagi mama dan abah pulak duduk senang, tak payah nak susah2 kerja lagi.

Mama selalu cakap, kalau kita rasa kita susah, ada lagi orang lain yang lebih susah dari kita. Jadi kena hargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun sikit..