Jumaat, 16 September 2011

Mood Raya

Hari ni dah masuk 18 Syawal. Mood raya still terasa lagi. Hari Selasa lepas Fakulti Pengajian Islam buat jamuan raya, makan laksa penang dengan nasi himpit. Tapi sayangnya tak dapat pergi sebab masa tu ada kuliah. Takpe2, nanti jamuan raya Jabatan Usuluddin harap2 dapat pergi. Teringat masa jamuan raya sem satu. Happening sangat. Masing2 bawa biskut raya, siap bawak balik lagi yang lebih2 tu. Jamuan raya tu sebenarnya idea Prof Sunawari. Kuliah pengantar falsafah dua jam, satu jam belajar, satu jam lagi buat jamuan raya. Hehe... Tentatif jamuan tu makaaan jer, haha.. Dah jamuan hari raya kan, makan je lah makanan yang ada tu. Harap2nya jamuan raya untuk sem ni lagi happening Ok.. =)

Tetiba jer radio Hot Fm pasang lagu raya Raihan ft Hujan, Salam Aidilfitri Ayah Bonda (sambil2 dengar radio). Actually lagu ni sedih sangat. Masa first time tengok klip video lagu ni kat tv, sedih sangat sampai nangis. Lagu ni memang betul2 memberikan kesan kepada orang yang dapat faham dan hayati liriknya. Dalam video lagu ni tunjuk seorang ayah yang bekerja sebagai pemandu teksi dan seorang ibu yang menjual kuih, berusaha keras mencari rezeki untuk anak2. Yang paling menyentuh hati sy ialah bila si ayah melihat anaknya memakai baju melayu yang dah singkat (mungkin sudah lama tidak pernah berganti baju raya) di depan cermin. Ya Allah, masa tu air mata ni turun laju sangat macam air terjun. Dan si ayah bekerja keras siang malam untuk mencari duit buat membeli baju baru untuk anak2. Akhir sekali, si anak dapat baju raya baru. Memang sukar nak digambarkan dengan kata2, mungkin tidak terasa berbekas di hati. Kena tengok sendiri video lagu ni. Antara bait2 lagu ni ;

Terkenang
Di ketika itu
Ku di manja
Dan di sayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba di penuhi
Walau hidup
Dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban
Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda yang di cintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerana belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu
Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibir mu kan menutur senyum
Andainya anak-anak mu bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda yang di cintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerana belum cukup berbakti

Honestly, sy tak boleh dengar lagu ni sebab automatik akan nangis sebab mesej yang hendak dibawa dalam lagu ni betul2 berbekas di hati. Kadang2 sy terfikir masa zaman kanak2 dulu setiap kali raya semua benda nak baru, kasut baru, baju baru, tudung baru, semuanya baru. Tapi pernah tak masa tu sy terfikir jika sy nak semua tu, sy tak kesian ke pada mama sebab nak penuhi kemahuan sy.. Mungkin masa tu masih kanak2, tak faham lagi erti pengorbanan ayah ibu mencari rezeki untuk anak2. Dan bila sy besar, dah boleh pegang duit sendiri (walaupun sedikit), sy rasa nak beli macam2 untuk mak ayah. Nak beli baju, tudung, kasut, beg dan banyak lagi. Sy rasa nak cepat2 habis belajar, terus dapat kerja dan kumpul duit banyak2 untuk bagi mama dan abah pulak duduk senang, tak payah nak susah2 kerja lagi.

Mama selalu cakap, kalau kita rasa kita susah, ada lagi orang lain yang lebih susah dari kita. Jadi kena hargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun sikit..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan