Suka sangat dengar lagu nasyid dari kumpulan DeHearty ni , Pasrah Segalanya. Nak kongsi ngan kawan2, cuba dengar lagu ni, best sangat.. Sy nak highlight kan kat sini supaya jauhkan diri daripada kata2 dusta yang boleh menyebabkan fitnah.. Subhanallah, banyak memberikan keinsafan untuk diri ini supaya menjaga tutur kata tatkala berbicara tak kiralah dengan ibu ayah, kawan2, guru2 atau siapa2 sahaja. Kata2 itu sebenarnya lebih tajam dan berbisa daripada sebilah pedang.. Sebab daripada kata2 itu boleh mengundang pelbagai fitnah dan dusta sekiranya kita tidak pandai menjaganya. Pepatah Melayu juga ada menyebut, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Maka jagalah adab kerana itulah lambang kita sebagai seorang Muslim yang benar2 beriman dan berakhlak mulia. Sebagaimana sabda Rasulullah saw " Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu". Semoga Allah swt menjauhkan kita daripada sifat2 tercela ini. Amiin~
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hinaKerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayaiNamun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci
Cuba renungkan kata2 ini.. Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu. Sebaik2 kaya adalah kaya hati, sebaik2 bekal adalah taqwa, seburuk2 buta adalah buta hati dan sebesar2 dosa adalah berdusta..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan