In the name of Allah,Most Gracious,Most Merciful.
Assalamu'alaikum...
Setiap insan pasti pernah merasai ujian drpd Allah swt. Sebenarnya Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsia tersendiri, hanya DIA Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu. Sama ada Allah mahu menambah iman kita atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita. Kerana sesuatu ujian itulah yamh mampu membuka mata hati kita untuk mendidik kita supaya jangan pernah mudah putus asa dalam kehidupan yg bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Terkadang merasa diri ini terlalu kerdil sehingga tidak mampu untuk menghadapi ujian Allah, mampukah aku? Mampukah diri ini melalui setiap ujian yang Allah berikan..aku takut kiranya aku tidak mampu, aku takut kiranya aku jauh dari rahmat Allah. Ya Allah Kau bimbinglah aku..
Betapa sayangnya Allah pada kita, DIA berikan surat cinta untuk kita supaya kita sentiasa ingat pada DIA, surat cinta itu mampu membuatkan hati yang gelisah menjadi tenang dan jiwa yang gundah menjadi aman. Dan Allah pesan supaya kita baca surat cinta itu setiap hari sebagai bimbingan untuk iman agar sentiasa ingat padaNYA. Subhanallah.. Surat cinta itu adalah kalamullah iaitu al-Qur'an. Cuba kita baca surat cinta yg Allah berikan itu:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
Surah Ali-Imran : 139
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNYA aku bertawakal"
Surah at-Taubah : 129
"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
Surah Yusuf : 12
Cuba alihkan pandangan mata kita ke arah laut, airnya cantik membiru penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yg mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa cuba alihkan pandangan ke arah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yg menghalangnya. Dan jika rasa sedih, cuba alihkan pandangan ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita. Sesungguhnya setiap apa yg ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.
aku minta kepada Allah
setangkai bunga segar
DIA beri aku kaktus yg berduri
aku minta kupu-kupu
di beriNYA ulat
aku kecewa dan sedih
tetapi aku tetap bersabar
namun...
tak lama kemudian
kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik.
begitulah cara Allah mengasihi kita
selalu indah pada waktunya
sayangnya Allah setelah kita redha kesemua ujian itu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan