Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani sebagai pembuka kalam, agar diberkati dan diredhai setiap ilmuku,
Post kali ni sy nak share pasal pemakaian niqab atau lebih dikenali dalam masyarakat kita sebagai purdah. Sejauh manakah pandangan Islam tentang pemakaian purdah dalam kalangan muslimat terutamanya di dalam masyarakat kita hari ini yang majoritinya berpakaian menutup aurat mengikut 'uruf dan adat kebiasaan. Persoalan memakai niqab atau purdah ni bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf. Maksudnya para 'ulama berbeza pendapat mengenainya atas kaedah dan hujah yg diiktiraf untuk kedua2 pihak. Ada di kalangan 'ulama yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah aurat. Jumhur fuqaha' (majoriti ulama' fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya aurat.
Walau apa pun pandangan kita terhadap pemakaian niqab atau purdah, kita harus lihat dari sudut positif. Tidak salah sekiranya seorang muslimah mahu memakai niqab, cuma semoga hati atunna tetap istiqamah untuk memakainya. Jangan pula kejap pakai, kejap tak nak pakai pulak. Tak nak nanti orang lain berprasangka buruk. Pada pandangan sy, pemakaian niqab dapat menghindarkan diri dari segala fitnah dan tohmahan masyarakat di sekeliling. Contohnya kalau kita terlalu cantik, kulit putih gebu, lirikan mata yg manja sehingga mampu mencairkan hati muslimin tatkala melihatnya, adalah baik untuk kita memelihara diri drpd fitnah orang sekeliling. Memelihara kemuliaan diri drpd segala bentuk fitnah dan maksiat adalah yg terbaik.
Terkejut melihat seorang kawan masa zaman sekolah rendah dulu sudah memakai purdah. Alhamdulillah.. sy tumpang gembira, dirinya yang kukenali dulu hanyalah seorang muslimah biasa. Jauh perubahan dirinya sekarang, hingga sy hampir tidak mengenalinya. Subhanallah..teringin jadi seperti dia, tp mungkin belum sampai masa lagi untuk diri ku. Perlu banyak muhasabah diri, mencari di mana ada kelompangan untuk dibaiki dan mencari di mana ada kekurangan dan kelemahan agar dapat jadi yg lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah semoga diriku sentiasa dalam jagaanNya.
Alangkah indahnya ku lihat
berjalan seorang muslimah mukminah
dgn wajah yg ditutupi niqab
dia berjalan penuh tawadhu'
langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yg tenang,yakin,berwibawa penuh dgn semangat seorang mujahidah
di sebalik fizikalnya yg menggetarkan jiwa2
bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan
untuk mengenali Allah dgn lebih dekat
ada sekeping hati yg dipenuhi setiap ruang dan sudutnya
dgn mengingati Yang Maha Esa
ada seulas bibir yg merah bak delima
sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah
ada sepasang mata yg redup,yg cukup terjaga dr pandangan maksiat
setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya yg lembut dlm tegas
kasih sayang jelas terpancar pd sinar matnya, bahasa badannya
yg lahir dr hati nurani yg ikhlas krn DIA
hanya dgn melihat pd perwatakannya, sudah cukup utk menarik
hati2 yg lalai dr mengingati Allah agar segera berfikir tentangNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan