Jumaat, 14 Oktober 2011

PESAN UNTUK SAHABAT

Assalamu'alaikum...

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksud: Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai sudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri..

Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak.. Akal itu umpama air, jangan biar ia kering.. Iman itu umpama debu jangan biar ia hilang & persahabatan itu pula umpama jalinan seutas  tali, jangan biarkan ia putus.
Sahabat.. adakah engkau tahu betapa bertuahnya aku mempunyai teman sepertimu, yang sentiasa di sampingku di saat ku gembira dan duka . Aku bersyukur padaMu Illahi kerana memberikan aku kesempatan waktu untuk bertemu dengan sahabat yang sebaikmu. Aku tahu kau hanyalah insan biasa seperti aku juga, tapi kau terlalu istimewa dan bermakna bagiku kerana… hanya kau yang mampu membuatku ketawa di saat ku kesedihan dan kecewa, kau mampu membuatku mengukir senyuman di kala hati dilanda gelisah. Kau banyak memberikan nasihat dan teguran di saat hati ini sentiasa dahagakan perhatian. Dan aku tahu engkau banyak berkorban untukku, sama2 harungai saat senang dan susah. . di kala itu membuatkan ku sedar makna sebuah persahabatan yang sejati.  Teman di kala ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan, tapi sahabat sejati  sepertimu bagaikan air lalu walau dicincang tak mungkin ia akan putus..
Sahabat, tanpa kau di sisi mungkin diri ini tidak kuat untuk hadapi segala ujianNya. Aku takut..  takut kiranya aku akan kehilanganmu. Aku mahu kau sentiasa di sisi ku, biar ajal dan maut sahaja yang mampu memisahkan kita. Sukar untuk mencari teman lain yang sebaikmu, dan mungkin tiada siapa yang mampu menggantikan tempatmu di hatiku. Sahabat.. sedarkah kau, kasih seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya. Ya, aku akan sentiasa doakan kesejahteraanmu moga sentiasa dalam limpahan rahmatNYA dan di bawah naungan kasih sayangNYA.. InsyaAllah~
Sahabat.. perjuangan tak pernah putus kerana diikat dengan rantai iman, mujahid tak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhwah, istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan.. semoga ikatan ukhwah antara kita ini terbina untuk selamanya..
Sahabat.. tiada kata2 yang indah yang mampu ku ucapkan, tiada puisi yang merdu yang mampu ku nukilkan untukmu tapi  hanya sekalung doa kudus yang mampu ku berikan. Ya Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Panyayang.. Engkau peliharalah hubungan uhkwah antara kami, eratkan hubungan persaudaraan antara kami.. titipkan kasih dan sayangMu dalam hubungan ukhwah ini agar kami sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu.. jadikan lah kami hamba2 Mu yang sentiasa merindukan kemanisan iman sebagai bekalan untuk kami bertemuMu.. Amiin~
Tahukah engkau sahabat…, sahabat yang baik ialah apabila dipandang wajahnya membawa kita mengingati Allah, mendengarkan kata2nya menambahkan ilmu di dada, terlihat gerak gerinya meninggikan takut kepada Allah dan berkawan dengannya membawa kita untuk berjuang ke jalan Allah. Sahabat.. ku kirimkan secebis nasihat ini untukmu agar kau sematkan dalam hati nuranimu.. sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar, sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, sahabat sejati menjadi pendorong impian.. sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Uhibbukum fillah~ Aku menyayangimu sahabat, aku merinduimu sahabat dan aku sentiasa dahagakan kasih sayangmu wahai sahabat.. Semoga Allah sentiasa menjaga hubungan ukhwah antara kita.. Amiin…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan