Sabtu, 30 November 2013

#34 life.is.beautiful.

Assalamu'alaikum

semua orang pernah merasa dilema kan, berada di persimpangan di antara dua haluan.puas berfikir mencari keptusan yg betul sama ada ingin memilih haluan kanan ataupun haluan kiri.kedua-dua haluan tersebut adalah baik dan memberikan manfaat pada diri.berbagai persoalan dan jawapan yg bersarang di minda.mana satu pilihan yg tepat.terkadang dalam membuat keputusan kita terpaksa memikirkan juga perasaan orang lain.perlu menjaga hati orang yg tersayang.andai tersilap nanti akan melukakan hati semua orang.ini menyebabkan kita menjadi keliru . . . risau . . . bimbang dan takut andainya pilihan yg akan kita ambil nanti membuatkan kita rasa menyesal di kemudian hari.mungkin kita akan menyalahkan diri sendiri dengan keputusan tersebut. "alangkah baiknya kalau aku ...." "kenapa dulu aku tak buat macam ni ...." "kenapa dulu aku tak fikir macam ni ....." 

benarlah apa yg dikata kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah swt jua yg menjadikan perancangan kita itu benar-benar terlaksana atau sebaliknya.andainya perancangan tersebut tidak berlaku seperti yg diharapkan,jangan sedih.jangan marah.jangan pernah sesekali ada perasaan menyesal.mungkin apa yg kita mahukan dan inginkan pada ketika itu masih belum sampai saatnya nanti.

tapi kenapa?bukankah kita selalu berdoa pada Allah swt.sentiasa memohon padaNya dengan hati yg tulus suci dan dengan perasaan rendah diri sebagai hambaNya.tetapi kenapa Allah tidak memakbulkan doa dan permintaan kita? ya sudah tentu Allah itu Maha Sempurna.Dia adalah ar-Rahman dan ar-Rahim.Dia mendengar setiap permintaan dan doa dari hamba-hambaNya sebab Dia Maha Mendengar.bila tiba saatnya pasti Allah swt akan memakbulkan setiap doa-doa kita. 

pernah tak dengar ada kata-kata hikmah menyatakan ;

"Allah never give you what you want, but He gives you what you need"

benarlah apa yg tersirat di dalam kata-kata ini.andai Allah swt memberikan apa sahaja yg diminta oleh manusia ; kekayaan,kecantikan,kecerdikan dan apa sahaja sudah tentu hidup ini nampak terlalu sempurna.tanpa ada ujian dan dugaan yg mencabar.tetapi sebaliknya Allah swt hanya memberikan rahmat dan anugerahNya kepada yg benar-benar memerlukan.



hidup inilah adalah satu pilihan.kita berhak membuat apa sahaja pilihan dalam hidup.andai pilihan tersebut silap, jangan pernah ada perasaan menyesal.kesilapan yg kita lakukan itu sebenarnya mematangkan diri untuk menjadi lebih dewasa dan tabah menghadapi ujian dan dugaan.semoga pada masa hadapan kesilapan itu tidak akan pernah berulang kembali.

Rabu, 6 November 2013

#33 hari jubah

Assalamu'alaikum





alhamdulillah setelah tiga tahun berjuang mencari ilmu akhirnya berjaya jua mengenggam segulung ijazah sarjanamuda. syukur padaNya.alhamdulillah.segala penat lelah jerit perit suka dan duka yg dilalui selama tempoh tiga tahun ini memberikan sejuta kegembiraan padaku.tempoh tiga tahun yg penuh dengan ujian dan dugaan yg terkadang membuatkan timbul rasa putus asa,bergelut dengan pelbagai masalah yg ada.tapi akhirnya dugaan dan ujian itulah yg sebenarnya mengajar aku untuk terus dewasa.

tanggal 27 oktober 2013 jam 1.30 petang.tarikh keramat buat semua pelajar Fakulti Pengajian Islam menerima skrol ijazah.semuanya segak berpakaian jubah konvo berwarna hitam.berdebar hati menghayun langkah masuk ke dalam dewan dectar untuk menerima ijazah. perasaan masa tu bercampur baur gementar,sedih apatah lagi perasaan gembira yg teramat sangat.

terima kasih yg tidak terhingga buat family tersayang.mama,abah dan nany.buat mama yg always menjadi pendengar setia celotehku apabila ada masalah.buat my brothers yg selalu melayan peragai kakaknya yg entah apa-apa.kadang moody kadang okey-okey je.thank you sooo much untuk kalian.always give me moral support.

terima kasih juga untuk kawan-kawan batch usuluddin & falsafah especially to my love; sima, kak shariha, ilyana dan zulaikha.mereka yg always with me time susah senang, bergelak ketawa, study sama-sama time exam, keluar hang out sama-sama,melepak bilik korang sambil layan citer korea time hujung minggu. o_o
banyak sangat kenangan indah dengan korang.tak mampu nak tulis satu-satu kat sini.bila terkenang kembali kenangan itu pasti membuatkan kita tersenyum saling merindui.rindunya pada kalian semua.terima kasih kerana hadir dalam hidup sy dan menjadi sahabat yg paling istimewa.syukur padaNya kerana menemukan kita,kalian augerah terindah buat sy.selamanya.moga ikatan ukhwah ini tersimpul erat dalam rahmat kasih sayangNya sehingga ke jannah.insha Allah ^^




kami berlima ^^

semoga kalian sentiasa berjaya dalam hidup masing-masing dan dalam apa jua perkara yg dilakukan.pesanan ikhlas dariku semoga cepat-cepat dapat jodoh. eh eh..terasa pulak kiter. hehee.

dan tidak lupa terima kasih kepada semua lecturer di Fakulti Pengajian Islam; terutamanya lecturer jabatan usuluddin dan falsafah yg telah banyak mencurahkan ilmu dan berkongsi ilmu pengetahua.tanpa mereka semua tidak mungkin aku mampu menghabiskan pengajian.terima kasih kepada peyelia tesis, ustaz siddiq yg banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat untuk menyiapkan tesis.sentiasa memberi kata-kata semangat untuk sy.dan yg paling best ustaz bagi A markah tesis sy.Ya Allah gembira sangat.syukran jazilan ustaz.tak mampu nak balas semua jasa guru-guru,ustaz ustazah yg telah mengajar cuma sekalung terima kasih dan doa kepada mereka semoga setiap penat lelah mereka mengajar kami dibalas amalan pahala daripada Allah swt.




tersergam indah Fakulti Pengajian Islam UKM



photoshoot hari jubah ^^ 

























kami ex-smka wataniah 
^^
kami datang dengan niat yg satu untuk mencari ilmu di bumi ukm ini.akhirnya kami berjaya jua menamatkan pengajian di sini.terima kasih buat guru-guru di smka wataniah terutamaya guru tingkatan 6 yg terlalu banyak mengajar kami dari mula bertatih sehinggalah kami boleh berjalan sendiri demi mengejar sebuah cita-cita dan impian.

tak sempat nak bergambar dengan kawan-kawan ex-wataniah yg lain;kak ikrimah, syuhada, suhaimi, zuhairi, azwani, amir, fida'iy dan zainuddin. kami sebelas orang semuanya. apa-apa pun tahniah buat korang semua.selamat bergraduasi.tak sempat jumpa ucap tahniah.


my besties; chah

dalam ramai-ramai kawan yg sy ada chah adalah kawan yg paling rapat.semenjak dari sekolah lagi.banyak kenangan susah senang kami harungi bersama.chah menjadi tempat rujukan dan penasihat setia bila ada masalah.tahniah chah dah konvo!


thank you so much for everyone.family, lecturers,kawan-kawan whose's always with me.tiada apa yg mampu sy berikan pada kalian cuma ucapan terima kasih for everythings.
alhamdulillah akhirnya i'm officially graduated.