Khamis, 28 Jun 2012

just reminder for me ^__^

Assalamu'alaikum

takdir Allah yg menemukan kita semua di sini dan takdir Allah jua kita terpaksa berpisah untuk sementara. dah cuti sem rupanya. cepat sangat masa berlalu kan. alhamdulillah pagi tadi sudah selamat menjawab paper last untuk exam sem kali ni.

cuti sem kali ni tak lama, lebih kurang dua bulan je. tengok kawan-kawan sume happy dapat balik kampung. sy pon sama jugak. cuti sem kali ni tak sama seperti cuti-cuti yg sebelumnya sebab sy dah start praktikal. kawan-kawan yg laen pon dah start buat praktikal jugak. eemm..tempat praktikal sy misteri sikit..somewhere yg begitu asing sekali bagi sy. tempat yg begitu miisteri. huu. nanti ada kesempatan baru sy cerita okeh. i think my be no need to story for this time. insyaAllah.. jika masih diberi kesempatan  ^__^. 

sy harapkan semoga dapat timba pengalaman baru di tempat praktikal nanti. risau bimbang cuak takut. perasaan tu sering kali membuatkan diri ni tak tenang bila memikirkannya. memikirkan segala kemungkinan yg mungkin akan berlaku nanti. ini pengalaman pertama sy belajar bagaimana memulakan langkah pertama dalam bidang kerjaya. mungkin dengan pengalaman ini membuatkan diri ini lagi matang dan dewasa dalam hidup. lagi bijak mengatur percaturan hidup yg memang penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan.

ya Allah, permudahkan segala urusanku. Kau tenangkanlah perasaanku. mohonku ya Allah, agar Kau berikanku kekuatan untuk aku lalui denai-denai ujian dan cubaanMu, agar aku tak tewas di pertengahan perjalanan itu. aku ingin sampai ke penghujung denai itu. kerana dihujungnya ada nikmat kejayaan yg kau berikan untuk aku. aku ingin sampai ke hujung denai itu untuk aku cari manisnya ujian dan cubaan yg Kau berikan. lalu, aku mohon agar diberi kekuatan itu ya Allah.

buat kawan-kawan usul sume,
selamat bercuti dan menjalani latihan praktikal.
jangan nakal-nakal tau.
insyaAllah dengan izinanNya kita jumpa lagi next sem yea.
sayaaang kamu sume.


sy nak peluk awak lama2
sebab sy tak nak awak pergi jauh dari sy
T__T
insyaAllah...next sem jumpa lagi.
much love for you friends.


Rabu, 27 Jun 2012

looking for love

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah... pagi tadi time tengah menunggu masa sebelum masuk dewan exam ada sorang kawan bagi kad walimatul urus. maknanya kad jemputan kenduri kawen. haa serius ni  kak Akhma nak kawen. ooh tidak ku percaya rupa-rupanya nak kawen dah kak Akhma. sungguh ku tak sangka. kalau tak silap batch usul tahun ni ada tiga orang yg nak kawen. gembiranya dengar kawan-kawan nak kawen ni. tumpang gembira sekali walau tuan punya badan ni tak tahu bila lagi. insyaAllah jodoh kita itu adalah hak Allah. Dia yg Maha Mengetahui segala-galanya. setiap pertemuan yg Dia takdirkan dalam hidup ini amat indah sekali.

tapi apa-apa pon tahniah kak Akhma. diam-diam ubi berisi rupanya kak Akhma ni. bak kata saeidah kecil-kecil cili padi, diam-diam ubi berisi. pepatah apakah itu. ^__^ hehe.. special untuk kak Akhma, semoga bahagia bersama suami tersayang hingga ke syurga. semoga menjadi seorang isteri yg solehah  dan seorang ibu yg penyayang. insyaAllah. barakallahulakuma. 

tetiba rasa macam nak kawen jugak. tapi mesti puan mama tak bagi. 

"ma...ma.. boleh tak kalau orang nak kawen", sambil buat muka comel  '__'

"habiskan belajar dulu, baru boleh kawen". haaa O_0. no kompromi langsung. aduss. dah agak dah mesti puan mama cakap macam tu. kalau encik abah lagi la, tak sempat nak cakap dah terketar-ketar takut nak bagitau. eemm.. sekadar khayalan semata-mata.




ya Allah
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang
yg melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.




Selasa, 26 Jun 2012

seandainya dia milikku

Assalamu'alaikum


Ya Allah...
izinkanlah aku untuk mencintai seseorang dan juga untuk dicintai oleh seseorang. aku memohon padaMu hadirkanlah seseorang dalam hidupku yang mampu membimbingku ke arah mencari keredhaan cintaMu. aku bukanlah seorang yg sempurna, aku masih memerlukan bimbingan dari seseorang yg mampu membawa aku ke jalan yg diredhai olehMu. aku mahu bersama-sama dengan dia menuju jalan cintaMu yg hakiki.

ya Allah... 
seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untuk diriku satukanlah hatinya dengan hatiku. titipkanlah kebahagiaan di dalam hati kami. ya Allah.. ku mohon apa yang telah Kau takdirkan, ku harap dia adalah yang terbaik buatku kerana Engkau tahu segala isi hatiku. 

ya Allah...
jika cintaku kau ciptakan untuk dia teguhkan hatinya, teguhkan imannya, sucikan cintanya dan lembutkan rindunya.

ya Allah...
jika hatiku kau ciptakan untuk dia. penuhi hatinya dengan kasihMu. terangi langkahnya dengan nurMu. bisikan kedamaian dalam kegelapan. temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

ya Allah...
ku titipkan cintaku padaMu untuknya. sampaikan rinduku pada rindunya. bimbinglah cintaku dan cintanya. satukanlah hidupku dan hidupnya dalam cintaMu. kami ingin syurgaMu dengan kasih sayang.





Mencintai seseorang itu adalah hak kita. namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan hak kita.


Ahad, 24 Jun 2012

terkenang kisah lalu

Assalamu'alaikum

Lagi empat hari nak balik rumah.maknanya lagi empat hari waktu yg ada untuk menutup tirai sem empat ni.kejap je dah habis tahun dua.tahun depan dah final year.fuuh...takutnya,nak siapkan tesis pulak.pejam celik pejam celikrupanya dah nak masuk third year.

perasaan tu rasa macam kejap sangat masa yg ada sebenarnya berlalu meninggalkan segala kenangan dan cerita manis,pahit,kelat,masam bersama kawan-kawan.memang betul pengalaman dan kenangan yg pernah kita lalui sebenarnya banyak mengajar erti sebuah kehidupan.dari situ kita belajar untuk jadi seorang yg lebih matang dan dewasa dalam hidup.belajar untuk jadi ke arah seorang yg lebih baik dari yg sebelumnya.


teringat masa mula-mula masuk ukm dulu (saja nak ingat balik). masa kat sekolah lagi sy dah mindset betul-betul dalam kepala ni nak apply bidang syariah lepas habis stpm.masa tu tak tahu kenapa suka sangat subjek syariah.masa stpm dulu belajar subjek syariah dengan ustazah wan dan ustaz hilmi.tambah pulak ustaz hilmi tu kelakar orangnya.suka kenakan sy kat kelas.suka panggil sy wan.suka tanyakan soalan macam-macam kat sy.

tambah pulak time tu tak berapa suka subjek usuluddin walaupun ustazah Mahatom dengan ustazah Fatimah teramat-amat baik.dua-duanya caring sangat-sangat.pernah ustazah Mahatom bawak kacang,gula-gula dengan biskut kat kelas tambahan bagi kita orang makan gara-gara tak nak bagi mengantuk.kelas tambahan petang faham-faham je lah.Time nak exam pulak sanggup ustazah bagi kita orang satu kelas makan madu.baik betul ustazah.tapi sekarang semua tu dah tinggal kenangan.kalau tak silap ustazah Mahatom,ustazah Fatimah dengan ustazah wan,sume dah pindah sekolah lain.Rindunya T__T.

sambung balik cerita tadi.so masa isi upu first choice sy pilih syariah sebab masa tu memang nak sambung belajar dalam bidang syariah.second choice and so on baru sy pilih subjek usuluddin.tapi Allah dah tetapkan yg terbaik untuk sy.Allah dah berikan pilihan terbaik yg meletakkan sy berada di tempat sekarang.sy dapat further my study dalam Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah.subjek yg sy tak suka dulu.masa tu terkejut jugak,kenapa dapat usuluddin.sebenarnya bila fikir balik kadang-kadang something yg kita tak suka itulah sebenarnya yg paling paling terbaik (siap bagi ayat taukid lagi) bagi kita.sebab Allah Maha Mengetahui,Dia dah tetapkan apa yg terbaik dalam hidup kita.

masa tu sy terima dengan redha.sy tak paksa diri untuk terima sesuatu yg sy tak suka.sebab sy pasti dan yakin itu adalah pilihan dan peluang terbaik yg Allah berikan untuk sy.kalau sy tolak,bimbang peluang kedua tidak sebaik dengan peluang yg sudah dapat.bila dah lama belajar usuluddin baru sy tahu dan faham apa sebenarnya yg ada di sebaliknya.belajar subjek apa sekalipun perlu kepada minat dan istaqamah yg berterusan.

seriously mesti sy rindukan saat-saat bersama kawan-kawan kat sini.tempoh tiga tahun sama-sama berjuang di medan ilmu di sini bukan satu tempoh yg lama.singkat sangat.kadang-kadang terasa masih belum betul-betul kenal dengan kawan-kawan semua.lepas habis study nanti masing-masing akan bawa haluan sendiri.  seperti sy juga,cuma masih belum tetapkan lagi perancangan untuk masa depan.

perancangan Allah dalam hidup kita sebenarnya indah sangat.Dia sudah rencanakan something yg special untuk kita.bila Allah hadirkan peluang dan pilihan yg terbaik dalam hidup kita,jangan lepaskannya.walau kita rasa tak suka, terima dan redha dengan setiap ketentuannya.sebab bila kita redha,apa yg Allah tarik akan dikembalikan berkali ganda daripada sebelumnya.dalam hidup tak semua dapat peluang kedua.bila sudah dapat hargainya,kerana itu mungkin peluang terakhir untuk kita.  


saje letak gambar kuceng ni.
comel sangat ^__^
nak cubit2 jer dia.




Khamis, 21 Jun 2012

Dia untukku selamanya

بسم الله الرحمن الرحيم


*
*
*
*
*

If you feel that you are very down
Just close your eyes and say :
"This is my journey.He puts me here.
It's His plan.So I have to carry on
and trust Him".


Dear Allah,
Sometimes is hard for me to understand 
what You really want to happen in my life
But I trust You
because 
I know You will give me
what is the best for me.

Alhamdulillah... thank you Allah.

(^__^)

Selasa, 19 Jun 2012

detik waktu kita bersama


Assalamu'alaikum

Actually entry ni nak post beberapa bulan yg lepas tapi selalu tertangguh je.Hari ni rasa rajin pulak nak tengok balik gambar-gambar lama,tetiba tertengok gambar masa pergi family day okuf ari tu.

Program family day ni memang dah jadi aktiviti tahunan kami adik-beradik okuf.Sometimes nak juga luangkan masa bersama kawan-kawan semua.Study tu study jugak tapi kadang-kadang perlukan waktu untuk release tension jugak kan.Jadi 28/4/12 yg lepas kami semua berehlah aka berpiknik di Sungai Congkak.Itu je tempat terdekat yg mampu nak pergi.Maklumlah nak pergi jauh-juah sangat memerlukan bajet yg besar.Well tak kisah kat mana pun kan,asalkan dapat meluangkan masa bersama-sama.Actually agak susah sebenarnya nak cari masa nak berkumpul sama-sama sebab masing-masing ada kerja dan tanggungjawab sendiri dengan assingment yg bertimbun-timbun tambah lagi dengan kerja-kerja lain.Masa yg ada ni elok  kiranya digunakan sebaik-baiknya untuk merapatkan lagi ukhwah antara kita semua kan.

Kami pergi sana konvoi dengan kereta.Tapi tak semua kawan-kawan batch yg dapat ikut sama mungkin ada kerja yg perlu disiapkan.Mula-mula kumpul dekat masjid dulu then bila dah semua sampai baru bertolak.Sampai kat sungai congkak dah tengahari.Set up tempat dan barang-barang makanan semua.Budak laki siapkan tempat untuk bbq.

First time sy sampai kat sungai congkak.View kat situ cantik sangat.Patut la ramai orang suka datan berkelah.Suasana kat situ macam berada betul-betul kat dalam hutan.Kami pergi hari tu time hujung minggu memang ramai orang kat situ datang bawak family.Budak-budak apa lagi seronok boleh main air sungai.

Aktiviti pertama kami ialah main game bola beracun.Group mana yg kalah akan didenda.Seronok juga main,kelakar pun ada bila ada group yg kena denda yg bukan-bukan.Ada kena nyanyi,kena berenang.Macam-macam feel diorang ni.Habis main game kami pergi makan.Kenyang sangat dapat makan ayam bbq,nuget bbq,mihun goreng.Makanan ni semua kami gotong-royong masak ramai-ramai.yg bestnya budak laki pun tolong sekali,tolong basuh ayam jer.part masak mihun dengan perap ayam tu bagi kat kami yg perempuan,,tak jadi bihun nanti kalau budak laki yg masak.hehe..

Then sebelum balik ada aktiviti tukar-tukar hadiah.Hadiah sy tukar dengan saiedah,dapat set tuperware siap ada gelas,sudu,garpu dan beberapa biji gula-gula dan mamee.Terima kasih saiedah bagi hadiah kat akak.hehee..

Seronok dapat luangkan masa bersama kawan-kawan semua walaupun sekejap je.Tak pe..ada masa nanti kita pergi lagi yer.InsyaAllah..seronok sangat.

kelakar je tengok gelagat diorang sume ni.

*
*
*


kumpul depan masjid sebelum bertolak
^__^



adik-beradik okuf.much luv for u all okeh
'__'


ini cik jie,cik sabar ngan ba'i..tengah bakar ayam





lapor..lapor.awat ayam ni lambat sangat masak
0__O


sambil2 tunggu ayam masak,kita main bola dulu.


view of sungai congkak.
canteek


2 orang jejaka
^__^

turn kakak-kakak pulak masak



ni masa mula2 nak bakar ayam..yg ni pak cik Syuib namanya
hehe





ini twin sy tau,Hasparina.

Moga ukhwah persahabatan antara kita sentiasa terbina di atas rasa kasih sayang.sayang kamu semua.
 ^___^


Jumaat, 15 Jun 2012

cerita kita bersama..teman

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan ruang waktu untuk melakar memori-memori suda duka dalam hidup ini.Ada kawan bertanya kenapa awak buat blog..nanti nak tulis apa je kat blog tu.Actually macam-macam boleh tulis kat blog,depend pada minat sebenarnya.Ada orang yg tulis blog ni untuk berkongsi cerita,resepi masakan  atau boleh juga dijadikan sebagai wadah yg terbaik untuk menyebarkan nasihat-nasihat dan ilmu-ilmu yg bermanfaat.Kebanyakkan remaja sekarang suka menulis blog.Banyak lagi yg boleh kita gunakan kemudahan blogging sekarang tetapi jangan sesekali gunakannya pada jalan yg salah ok. '__'

Bagi sy menulis blog ni cuma sekadar suka-suka.Maybe oneday bila dah tua-tua nanti boleh bukak balik blog dan baca balik cerita-cerita dan kenangan suka duka yg pernah dilalui sepanjang hidup ini.Sometimes kita lupa atau mungkin terlupa kenangan suka duka kita masa dulu-dulu.Bila kita baca balik apa yg pernah kita tulis mesti kelakar kan.hehe..Dan bagi saya menulis blog ni actually melatih kemahiran menulis sy yg terpendam.Dulu pernah berangan nak tulis cerpen (saja suka-suka) because I really luv writting. Sometimes banyak sangat idea nak tulis macam-macam cerita.Tapi selalu cerita tu tak habis, huhu..InsyaAllah masih simpan impian untuk siapkan satu cerpen.Harap-harap impian tu akan tercapai satu hari nanti..^__^

Sebenarnya nak citer..sekarang tengah musim exam final sem.Alhamdulillah sudah selesai menjawab 3 paper.Tinggal lagi 4 paper.huhu..Something yg sy suka before start exam ialah study group time study week..cewaah sebabnya boleh study sama-sama dengan kawan-kawan.Ilmu itu mesti dikongsi baru ada keberkatannya kan.Kadang-kadang masa belajar dalam kuliah tak semua yg kita faham,tapi bila study group ni at least kita boleh sharing kat kawan-kawan ilmu yg kita ada.Sharing is caring right..Hewhew.

And menjadi tradisi bagi sy dengan kawan-kawan untuk buat study group bila tiba musim exam.Tak adelah sume subjek..tak sempat kot just study subjek yg memang killer iaitu Logik aka mantiq.Susah betul subjek ni nak faham.first time belajar masih blur-blur lagi.Still tak faham apa yg ustaz ajar.But then bila dah lama-lama baru boleh faham.Dan bila buat study group Alhamdulillah makin faham cuma perlu banyak buat latihan.Dah jawab paper mantik minggu lepas,tak tahulah result nanti macam mana.Ustaz bagi markah tinggi kt sy tau,nanti sy belanja ustaz aiskrim cornetto ea (ayat membodek ustaz..huahua).

Biasalah hidup student u laen sikit nak dibandingkan dengan student sekolah.Masa zaman sekolah dulu rasa macam dah tension belajar.Rasa macam lepas sekolah menengah lega sikit tak payah nak buat homework yg banyak-banyak.Tapi bila masuk u lagi susah rupanya belajar. assingment,kuiz, presentation,midterm.Haa tula ingat senang ke nak cari ilmu ni.ni baru sikit ilmu Allah yg kita cari kalau nak dibandingkan dengan ilmu Allah yg sangat luas tu.Sometimes rasa diri ni kerdil sangat sebab kalau kita nak bangga-bangga dengan ilmu yg kita ada hanya setitis berbanding dengan ilmu Allah yg seluas lautan.Rupanya kita ni kerdil sangat kan.Kalaulah kita dapat manfaatkan setiap ilmu yg setitis yg kita dapat itu dengan sebaik-baiknya alangkah beruntungnya kita,dapat beramal dengan ilmu Allah.Tapi kita yg bernama manusia ni seringkali leka dan tewas dengan segala bisikan syaitan.Mudah-mudahan Allah berkati setiap ilmu yg kita belajar.



alamak tatotnya tengok mata kak sha
*__*

kak sha  & ika yg sedang fokus study


ini lah kami.. ^__^

study...study.


katakanlah (wahai Muhammad):"Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku,sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku,walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan"

(Surah al-Kahfi:109)

Don't ask God to make ur life easier...ask Him to make u a stronger person.
Perjuangan kita untuk mencari ilmu Allah masih belum tamat..Semoga teman-temanku Sima,Yana,kak Sha,Ika,Chah dan yg lain-lain dikurniakan oleh Allah kejayaan di dunia jua di akhirat.InsyaAllah..moga dipermudahkan.sayang kamu semua ^__^

Isnin, 11 Jun 2012

mengemis rindu kasihMu Rabbi

Assalamu'alaikum

0__o


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
kepada manusia yana alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
tak ingin lagi ku ulangi kembali
gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
tapi rahmatMu melangit luas
harga selautan syukurku
hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
namun pengampunanMu tak pernah bertepi
bila selangkah ku rapat padaMu
seribu langkah Kau rapat padaku Ya Allah



Oh Allah...
forgive my sins and guide me on the right path.
'__'

Jumaat, 8 Jun 2012

kenangan kelas maharat bersama ustaz

Assalamu'alaikum ^_^

Alhamdulillah semalam dapat makan free.Ustaz Moktar aka lecturer kelas Bahasa Arab satu kelas makan nasi arab kat Mat'am Tareem Hadramaut kat area seksyen 7.Pada mulanya rancang nak buat majlis makan-makan kat kafe canselori je,but then ustaz cadangkan makan kat luar.Kami ikut je.Makan free,kat mana-mana pon boleh.hehe..Kitorang satu kelas ada dua belas orang,sepuluh perempuan and dua lelaki.Even ada jugak kawan-kawan yg tidak dapat join sekali sebab ada urusan kerja masing-masing.

First time dapat merasa makan nasi arab yg original make from Arabian sendiri.Biasa nasi arab kat Malaysia ni dah diolah mengikut citarasa Malaysian.So,rasanya lain sikit.Masuk je kat dalam resoran tu rasa jakun kejap sebab kebanyakan customer semuanya orang-orang Arab.Diorang pandang kami semua pon macam pelik jer.Ustaz,Mujahid dan Syukri pesan nasi arab lauk kambing.Fuuh..habis satu talam mereka bertiga makan.Kami yg berenam pulak pesan nasi arab lauk ayam,siap bagi dua talam lagi.Itupun memang kami surrender awal-awal tak dapat nak habiskan.Tambah dengan dessert chocolate lagi.Memang semua kekenyangan.Nasib baik pergi membawa perut yg kosong,kalau tak memang tak boleh nak isi dah.Full sangat.

Then sebagai penghargaan pada ustaz kami bagi hadiah baju batik.Cantik sangat,dahtu siap mintak pakai time exam maharat nanti.Excited nak tengok ustaz pakai baju tu.Dah siap makan,duk sembang-sembang dengan ustaz.Bincang pasal soalan apa keluar time exam nanti (sebab ustaz yg buat soalan,,hehe).Ustaz pesan buat yg terbaik exam nanti.Sediiih pulak rasa sebab lepas ni dah tak belajar dengan ustaz.

Ustaz banyak bersabar melayan karenah kami sepanjang sem ni.Terima kasih banyak-banyak ustaz.Malu sebenarnya nak cakap depan-depan ustaz..hehe.Doakan kejayaan kami di dunia juga akhirat.Setiap ilmu yg ustaz curahkan pada kami hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya.Semoga ustaz sentiasa dalam keberkatan dan kasih sayang Allah selalu.Besar jasa dan pengorbanan ustaz pada kami.InsyaAllah semoga setiap patah ilmu yg ustaz ajarkan pada kami akan kami gunakan sebaik mungkin dan mungkin InsyaAllah akan kami turunkan pula pada anak-anak murid kami pada masa akan datang.

Tak tahu nak cakap ape dah,just nak cakap terima kasih banyak-banyak kat ustaz..Syukran ustaz!!!  ^_^

Pesan ustaz dalam fb "Semoga mereka semua dikurniakan ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi peperiksaan pada kali ini.Ingatlah,belajar bahasa Arab bukan setakat untuk lulus di atas slip keputusan peperiksaan, tetapi lebih daripada itu sebagai melaksanakan perintah Allah mewajibkan setiap hambaNya mempelajari bahasa tersebut.

"Azida dan rakan2 yg dikasihi semua.Bukanlah besar sangat pun pemberian sy untuk kalian,tapi itulah yg seikhlas dapat saya berikan pd semester ini.Doa2kanlah agar dimurahkan rezeki lagi dan dapat menjamu selera lagi di lain masa.Didoakan semoga berjaya".