Selasa, 19 Jun 2012

detik waktu kita bersama


Assalamu'alaikum

Actually entry ni nak post beberapa bulan yg lepas tapi selalu tertangguh je.Hari ni rasa rajin pulak nak tengok balik gambar-gambar lama,tetiba tertengok gambar masa pergi family day okuf ari tu.

Program family day ni memang dah jadi aktiviti tahunan kami adik-beradik okuf.Sometimes nak juga luangkan masa bersama kawan-kawan semua.Study tu study jugak tapi kadang-kadang perlukan waktu untuk release tension jugak kan.Jadi 28/4/12 yg lepas kami semua berehlah aka berpiknik di Sungai Congkak.Itu je tempat terdekat yg mampu nak pergi.Maklumlah nak pergi jauh-juah sangat memerlukan bajet yg besar.Well tak kisah kat mana pun kan,asalkan dapat meluangkan masa bersama-sama.Actually agak susah sebenarnya nak cari masa nak berkumpul sama-sama sebab masing-masing ada kerja dan tanggungjawab sendiri dengan assingment yg bertimbun-timbun tambah lagi dengan kerja-kerja lain.Masa yg ada ni elok  kiranya digunakan sebaik-baiknya untuk merapatkan lagi ukhwah antara kita semua kan.

Kami pergi sana konvoi dengan kereta.Tapi tak semua kawan-kawan batch yg dapat ikut sama mungkin ada kerja yg perlu disiapkan.Mula-mula kumpul dekat masjid dulu then bila dah semua sampai baru bertolak.Sampai kat sungai congkak dah tengahari.Set up tempat dan barang-barang makanan semua.Budak laki siapkan tempat untuk bbq.

First time sy sampai kat sungai congkak.View kat situ cantik sangat.Patut la ramai orang suka datan berkelah.Suasana kat situ macam berada betul-betul kat dalam hutan.Kami pergi hari tu time hujung minggu memang ramai orang kat situ datang bawak family.Budak-budak apa lagi seronok boleh main air sungai.

Aktiviti pertama kami ialah main game bola beracun.Group mana yg kalah akan didenda.Seronok juga main,kelakar pun ada bila ada group yg kena denda yg bukan-bukan.Ada kena nyanyi,kena berenang.Macam-macam feel diorang ni.Habis main game kami pergi makan.Kenyang sangat dapat makan ayam bbq,nuget bbq,mihun goreng.Makanan ni semua kami gotong-royong masak ramai-ramai.yg bestnya budak laki pun tolong sekali,tolong basuh ayam jer.part masak mihun dengan perap ayam tu bagi kat kami yg perempuan,,tak jadi bihun nanti kalau budak laki yg masak.hehe..

Then sebelum balik ada aktiviti tukar-tukar hadiah.Hadiah sy tukar dengan saiedah,dapat set tuperware siap ada gelas,sudu,garpu dan beberapa biji gula-gula dan mamee.Terima kasih saiedah bagi hadiah kat akak.hehee..

Seronok dapat luangkan masa bersama kawan-kawan semua walaupun sekejap je.Tak pe..ada masa nanti kita pergi lagi yer.InsyaAllah..seronok sangat.

kelakar je tengok gelagat diorang sume ni.

*
*
*


kumpul depan masjid sebelum bertolak
^__^



adik-beradik okuf.much luv for u all okeh
'__'


ini cik jie,cik sabar ngan ba'i..tengah bakar ayam





lapor..lapor.awat ayam ni lambat sangat masak
0__O


sambil2 tunggu ayam masak,kita main bola dulu.


view of sungai congkak.
canteek


2 orang jejaka
^__^

turn kakak-kakak pulak masak



ni masa mula2 nak bakar ayam..yg ni pak cik Syuib namanya
hehe





ini twin sy tau,Hasparina.

Moga ukhwah persahabatan antara kita sentiasa terbina di atas rasa kasih sayang.sayang kamu semua.
 ^___^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan