Assalamu'alaikum
Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan ruang waktu untuk melakar memori-memori suda duka dalam hidup ini.Ada kawan bertanya kenapa awak buat blog..nanti nak tulis apa je kat blog tu.Actually macam-macam boleh tulis kat blog,depend pada minat sebenarnya.Ada orang yg tulis blog ni untuk berkongsi cerita,resepi masakan atau boleh juga dijadikan sebagai wadah yg terbaik untuk menyebarkan nasihat-nasihat dan ilmu-ilmu yg bermanfaat.Kebanyakkan remaja sekarang suka menulis blog.Banyak lagi yg boleh kita gunakan kemudahan blogging sekarang tetapi jangan sesekali gunakannya pada jalan yg salah ok. '__'
Bagi sy menulis blog ni cuma sekadar suka-suka.Maybe oneday bila dah tua-tua nanti boleh bukak balik blog dan baca balik cerita-cerita dan kenangan suka duka yg pernah dilalui sepanjang hidup ini.Sometimes kita lupa atau mungkin terlupa kenangan suka duka kita masa dulu-dulu.Bila kita baca balik apa yg pernah kita tulis mesti kelakar kan.hehe..Dan bagi saya menulis blog ni actually melatih kemahiran menulis sy yg terpendam.Dulu pernah berangan nak tulis cerpen (saja suka-suka) because I really luv writting. Sometimes banyak sangat idea nak tulis macam-macam cerita.Tapi selalu cerita tu tak habis, huhu..InsyaAllah masih simpan impian untuk siapkan satu cerpen.Harap-harap impian tu akan tercapai satu hari nanti..^__^
Sebenarnya nak citer..sekarang tengah musim exam final sem.Alhamdulillah sudah selesai menjawab 3 paper.Tinggal lagi 4 paper.huhu..Something yg sy suka before start exam ialah study group time study week..cewaah sebabnya boleh study sama-sama dengan kawan-kawan.Ilmu itu mesti dikongsi baru ada keberkatannya kan.Kadang-kadang masa belajar dalam kuliah tak semua yg kita faham,tapi bila study group ni at least kita boleh sharing kat kawan-kawan ilmu yg kita ada.Sharing is caring right..Hewhew.
And menjadi tradisi bagi sy dengan kawan-kawan untuk buat study group bila tiba musim exam.Tak adelah sume subjek..tak sempat kot just study subjek yg memang killer iaitu Logik aka mantiq.Susah betul subjek ni nak faham.first time belajar masih blur-blur lagi.Still tak faham apa yg ustaz ajar.But then bila dah lama-lama baru boleh faham.Dan bila buat study group Alhamdulillah makin faham cuma perlu banyak buat latihan.Dah jawab paper mantik minggu lepas,tak tahulah result nanti macam mana.Ustaz bagi markah tinggi kt sy tau,nanti sy belanja ustaz aiskrim cornetto ea (ayat membodek ustaz..huahua).
Biasalah hidup student u laen sikit nak dibandingkan dengan student sekolah.Masa zaman sekolah dulu rasa macam dah tension belajar.Rasa macam lepas sekolah menengah lega sikit tak payah nak buat homework yg banyak-banyak.Tapi bila masuk u lagi susah rupanya belajar. assingment,kuiz, presentation,midterm.Haa tula ingat senang ke nak cari ilmu ni.ni baru sikit ilmu Allah yg kita cari kalau nak dibandingkan dengan ilmu Allah yg sangat luas tu.Sometimes rasa diri ni kerdil sangat sebab kalau kita nak bangga-bangga dengan ilmu yg kita ada hanya setitis berbanding dengan ilmu Allah yg seluas lautan.Rupanya kita ni kerdil sangat kan.Kalaulah kita dapat manfaatkan setiap ilmu yg setitis yg kita dapat itu dengan sebaik-baiknya alangkah beruntungnya kita,dapat beramal dengan ilmu Allah.Tapi kita yg bernama manusia ni seringkali leka dan tewas dengan segala bisikan syaitan.Mudah-mudahan Allah berkati setiap ilmu yg kita belajar.
alamak tatotnya tengok mata kak sha *__* |
kak sha & ika yg sedang fokus study |
ini lah kami.. ^__^ |
study...study. |
katakanlah (wahai Muhammad):"Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku,sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku,walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan"
(Surah al-Kahfi:109)
Don't ask God to make ur life easier...ask Him to make u a stronger person.
Perjuangan kita untuk mencari ilmu Allah masih belum tamat..Semoga teman-temanku Sima,Yana,kak Sha,Ika,Chah dan yg lain-lain dikurniakan oleh Allah kejayaan di dunia jua di akhirat.InsyaAllah..moga dipermudahkan.sayang kamu semua ^__^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan