Assalamu'alaikum ^_^
Alhamdulillah semalam dapat makan free.Ustaz Moktar aka lecturer kelas Bahasa Arab satu kelas makan nasi arab kat Mat'am Tareem Hadramaut kat area seksyen 7.Pada mulanya rancang nak buat majlis makan-makan kat kafe canselori je,but then ustaz cadangkan makan kat luar.Kami ikut je.Makan free,kat mana-mana pon boleh.hehe..Kitorang satu kelas ada dua belas orang,sepuluh perempuan and dua lelaki.Even ada jugak kawan-kawan yg tidak dapat join sekali sebab ada urusan kerja masing-masing.
First time dapat merasa makan nasi arab yg original make from Arabian sendiri.Biasa nasi arab kat Malaysia ni dah diolah mengikut citarasa Malaysian.So,rasanya lain sikit.Masuk je kat dalam resoran tu rasa jakun kejap sebab kebanyakan customer semuanya orang-orang Arab.Diorang pandang kami semua pon macam pelik jer.Ustaz,Mujahid dan Syukri pesan nasi arab lauk kambing.Fuuh..habis satu talam mereka bertiga makan.Kami yg berenam pulak pesan nasi arab lauk ayam,siap bagi dua talam lagi.Itupun memang kami surrender awal-awal tak dapat nak habiskan.Tambah dengan dessert chocolate lagi.Memang semua kekenyangan.Nasib baik pergi membawa perut yg kosong,kalau tak memang tak boleh nak isi dah.Full sangat.
Then sebagai penghargaan pada ustaz kami bagi hadiah baju batik.Cantik sangat,dahtu siap mintak pakai time exam maharat nanti.Excited nak tengok ustaz pakai baju tu.Dah siap makan,duk sembang-sembang dengan ustaz.Bincang pasal soalan apa keluar time exam nanti (sebab ustaz yg buat soalan,,hehe).Ustaz pesan buat yg terbaik exam nanti.Sediiih pulak rasa sebab lepas ni dah tak belajar dengan ustaz.
Ustaz banyak bersabar melayan karenah kami sepanjang sem ni.Terima kasih banyak-banyak ustaz.Malu sebenarnya nak cakap depan-depan ustaz..hehe.Doakan kejayaan kami di dunia juga akhirat.Setiap ilmu yg ustaz curahkan pada kami hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya.Semoga ustaz sentiasa dalam keberkatan dan kasih sayang Allah selalu.Besar jasa dan pengorbanan ustaz pada kami.InsyaAllah semoga setiap patah ilmu yg ustaz ajarkan pada kami akan kami gunakan sebaik mungkin dan mungkin InsyaAllah akan kami turunkan pula pada anak-anak murid kami pada masa akan datang.
Tak tahu nak cakap ape dah,just nak cakap terima kasih banyak-banyak kat ustaz..Syukran ustaz!!! ^_^
Pesan ustaz dalam fb "Semoga mereka semua dikurniakan ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi peperiksaan pada kali ini.Ingatlah,belajar bahasa Arab bukan setakat untuk lulus di atas slip keputusan peperiksaan, tetapi lebih daripada itu sebagai melaksanakan perintah Allah mewajibkan setiap hambaNya mempelajari bahasa tersebut.
"Azida dan rakan2 yg dikasihi semua.Bukanlah besar sangat pun pemberian sy untuk kalian,tapi itulah yg seikhlas dapat saya berikan pd semester ini.Doa2kanlah agar dimurahkan rezeki lagi dan dapat menjamu selera lagi di lain masa.Didoakan semoga berjaya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan