Khamis, 28 Jun 2012

just reminder for me ^__^

Assalamu'alaikum

takdir Allah yg menemukan kita semua di sini dan takdir Allah jua kita terpaksa berpisah untuk sementara. dah cuti sem rupanya. cepat sangat masa berlalu kan. alhamdulillah pagi tadi sudah selamat menjawab paper last untuk exam sem kali ni.

cuti sem kali ni tak lama, lebih kurang dua bulan je. tengok kawan-kawan sume happy dapat balik kampung. sy pon sama jugak. cuti sem kali ni tak sama seperti cuti-cuti yg sebelumnya sebab sy dah start praktikal. kawan-kawan yg laen pon dah start buat praktikal jugak. eemm..tempat praktikal sy misteri sikit..somewhere yg begitu asing sekali bagi sy. tempat yg begitu miisteri. huu. nanti ada kesempatan baru sy cerita okeh. i think my be no need to story for this time. insyaAllah.. jika masih diberi kesempatan  ^__^. 

sy harapkan semoga dapat timba pengalaman baru di tempat praktikal nanti. risau bimbang cuak takut. perasaan tu sering kali membuatkan diri ni tak tenang bila memikirkannya. memikirkan segala kemungkinan yg mungkin akan berlaku nanti. ini pengalaman pertama sy belajar bagaimana memulakan langkah pertama dalam bidang kerjaya. mungkin dengan pengalaman ini membuatkan diri ini lagi matang dan dewasa dalam hidup. lagi bijak mengatur percaturan hidup yg memang penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan.

ya Allah, permudahkan segala urusanku. Kau tenangkanlah perasaanku. mohonku ya Allah, agar Kau berikanku kekuatan untuk aku lalui denai-denai ujian dan cubaanMu, agar aku tak tewas di pertengahan perjalanan itu. aku ingin sampai ke penghujung denai itu. kerana dihujungnya ada nikmat kejayaan yg kau berikan untuk aku. aku ingin sampai ke hujung denai itu untuk aku cari manisnya ujian dan cubaan yg Kau berikan. lalu, aku mohon agar diberi kekuatan itu ya Allah.

buat kawan-kawan usul sume,
selamat bercuti dan menjalani latihan praktikal.
jangan nakal-nakal tau.
insyaAllah dengan izinanNya kita jumpa lagi next sem yea.
sayaaang kamu sume.


sy nak peluk awak lama2
sebab sy tak nak awak pergi jauh dari sy
T__T
insyaAllah...next sem jumpa lagi.
much love for you friends.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan