Ahad, 24 Jun 2012

terkenang kisah lalu

Assalamu'alaikum

Lagi empat hari nak balik rumah.maknanya lagi empat hari waktu yg ada untuk menutup tirai sem empat ni.kejap je dah habis tahun dua.tahun depan dah final year.fuuh...takutnya,nak siapkan tesis pulak.pejam celik pejam celikrupanya dah nak masuk third year.

perasaan tu rasa macam kejap sangat masa yg ada sebenarnya berlalu meninggalkan segala kenangan dan cerita manis,pahit,kelat,masam bersama kawan-kawan.memang betul pengalaman dan kenangan yg pernah kita lalui sebenarnya banyak mengajar erti sebuah kehidupan.dari situ kita belajar untuk jadi seorang yg lebih matang dan dewasa dalam hidup.belajar untuk jadi ke arah seorang yg lebih baik dari yg sebelumnya.


teringat masa mula-mula masuk ukm dulu (saja nak ingat balik). masa kat sekolah lagi sy dah mindset betul-betul dalam kepala ni nak apply bidang syariah lepas habis stpm.masa tu tak tahu kenapa suka sangat subjek syariah.masa stpm dulu belajar subjek syariah dengan ustazah wan dan ustaz hilmi.tambah pulak ustaz hilmi tu kelakar orangnya.suka kenakan sy kat kelas.suka panggil sy wan.suka tanyakan soalan macam-macam kat sy.

tambah pulak time tu tak berapa suka subjek usuluddin walaupun ustazah Mahatom dengan ustazah Fatimah teramat-amat baik.dua-duanya caring sangat-sangat.pernah ustazah Mahatom bawak kacang,gula-gula dengan biskut kat kelas tambahan bagi kita orang makan gara-gara tak nak bagi mengantuk.kelas tambahan petang faham-faham je lah.Time nak exam pulak sanggup ustazah bagi kita orang satu kelas makan madu.baik betul ustazah.tapi sekarang semua tu dah tinggal kenangan.kalau tak silap ustazah Mahatom,ustazah Fatimah dengan ustazah wan,sume dah pindah sekolah lain.Rindunya T__T.

sambung balik cerita tadi.so masa isi upu first choice sy pilih syariah sebab masa tu memang nak sambung belajar dalam bidang syariah.second choice and so on baru sy pilih subjek usuluddin.tapi Allah dah tetapkan yg terbaik untuk sy.Allah dah berikan pilihan terbaik yg meletakkan sy berada di tempat sekarang.sy dapat further my study dalam Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah.subjek yg sy tak suka dulu.masa tu terkejut jugak,kenapa dapat usuluddin.sebenarnya bila fikir balik kadang-kadang something yg kita tak suka itulah sebenarnya yg paling paling terbaik (siap bagi ayat taukid lagi) bagi kita.sebab Allah Maha Mengetahui,Dia dah tetapkan apa yg terbaik dalam hidup kita.

masa tu sy terima dengan redha.sy tak paksa diri untuk terima sesuatu yg sy tak suka.sebab sy pasti dan yakin itu adalah pilihan dan peluang terbaik yg Allah berikan untuk sy.kalau sy tolak,bimbang peluang kedua tidak sebaik dengan peluang yg sudah dapat.bila dah lama belajar usuluddin baru sy tahu dan faham apa sebenarnya yg ada di sebaliknya.belajar subjek apa sekalipun perlu kepada minat dan istaqamah yg berterusan.

seriously mesti sy rindukan saat-saat bersama kawan-kawan kat sini.tempoh tiga tahun sama-sama berjuang di medan ilmu di sini bukan satu tempoh yg lama.singkat sangat.kadang-kadang terasa masih belum betul-betul kenal dengan kawan-kawan semua.lepas habis study nanti masing-masing akan bawa haluan sendiri.  seperti sy juga,cuma masih belum tetapkan lagi perancangan untuk masa depan.

perancangan Allah dalam hidup kita sebenarnya indah sangat.Dia sudah rencanakan something yg special untuk kita.bila Allah hadirkan peluang dan pilihan yg terbaik dalam hidup kita,jangan lepaskannya.walau kita rasa tak suka, terima dan redha dengan setiap ketentuannya.sebab bila kita redha,apa yg Allah tarik akan dikembalikan berkali ganda daripada sebelumnya.dalam hidup tak semua dapat peluang kedua.bila sudah dapat hargainya,kerana itu mungkin peluang terakhir untuk kita.  


saje letak gambar kuceng ni.
comel sangat ^__^
nak cubit2 jer dia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan