Jumaat, 28 Oktober 2011

Malam Penutup LPD

Assalamu'alaikum wbt....

Sebenarnya Liga Piala Dekan dah lama tamat. Maybe dah 2 minggu rasanya. Tapi sy baru ada kesempatan nak share kat sini, disebabkan banyak tugas yg perlu diutamakan jadinya asyik tertangguh jer nak tulis. Subhanallah, banyak sangat amanah dan tugas yg terpaksa dipikul. Tak termasuk lagi dengan tugasan assigment yg perlu dihantar dalam minggu ni dan selepas raya haji. Kadang2 rasa sedih jugak, sebab takut tak mampu nak pikul segala tugas dan amanah yg diberi. Mungkin sem ni sy mula "aktif' berbanding dengan sem lepas yg agak pasif dan just concentrate on study je. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusanku ya Allah.. (^_^).

Ni nak share pasal malam penutup LPD. Pada mulanya joint LPD just nak temankan Chah sebab die jadik usher utk malam tu. Tapi laen pulak jadinya bila sampai kat stadium UKM, tetiba kena masuk perbarisan utk setiap jabatan. Tak pe lah, dah alang2 pergi baik joint je. Tapi yg sedihnya masa perbarisan tu jabatan Usul yg paling menarik perhatian, pasalnya cuma ada lima orang banat dan banin ada la dalam 10 orang. Sediiih. Bila tengok jabatan laen sumenya best, siap ada bunga manga lagi. Kami punya simple sangat, itu pun naseb baik ada maskot rama2. Huhu.

Tapi, ikatan ukhwah antara senior2 tahun 2 dan 3 dengan adik2 junior tahun 1 tetap mantap. Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih untuk brother jojo dan Atikah Adnan sebab mereka dah berhempas pulas memerah tenaga  buat yang terbaik untuk OKUF.. (~_^). Thumbs up, like3. Jabatan Usul dapat tempat ketiga drpd lima jabatan.. Hehe~ tak pe, sekali-sekala kalah kalau asyik menang tak best jugak. Kena bagi kat jabatan laen untuk merasa kemenangan jugak kan. hehe.  Mungkin utk LPD tahun depan dapat buat yg terbaik lagi. Lagipun kawan2 yg masuk pertandingan sumenya mantap dan bagi komitment yg tinggi.. =).



TIGA BIDADARI =)

Ahad, 23 Oktober 2011

Manisnya Ujian Allah

In the name of Allah,Most Gracious,Most Merciful.

Assalamu'alaikum...

Setiap insan pasti pernah merasai ujian drpd Allah swt. Sebenarnya Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsia tersendiri, hanya DIA Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu. Sama ada Allah mahu menambah iman kita atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita. Kerana sesuatu ujian itulah yamh mampu membuka mata hati kita untuk mendidik kita supaya jangan pernah mudah putus asa dalam kehidupan yg bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Terkadang  merasa diri ini terlalu kerdil sehingga tidak mampu untuk menghadapi ujian Allah, mampukah aku? Mampukah diri ini melalui setiap ujian yang Allah berikan..aku takut kiranya aku tidak mampu, aku takut kiranya aku jauh dari rahmat Allah. Ya Allah Kau bimbinglah aku..
Betapa sayangnya Allah pada kita, DIA berikan surat cinta untuk kita supaya kita sentiasa ingat pada DIA, surat cinta itu mampu membuatkan hati yang gelisah menjadi tenang dan jiwa yang gundah menjadi aman.  Dan Allah pesan supaya kita baca surat cinta itu setiap hari sebagai bimbingan untuk iman agar sentiasa ingat padaNYA. Subhanallah.. Surat cinta itu adalah kalamullah iaitu al-Qur'an. Cuba kita baca  surat cinta yg Allah berikan itu:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
Surah Ali-Imran : 139

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNYA aku bertawakal"
Surah at-Taubah : 129

"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
Surah Yusuf : 12


Cuba alihkan pandangan mata kita ke arah laut, airnya cantik membiru penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yg mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa cuba alihkan pandangan ke arah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yg menghalangnya. Dan jika rasa sedih, cuba alihkan pandangan ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita. Sesungguhnya setiap apa yg ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.

aku minta kepada Allah
setangkai bunga segar
DIA beri aku kaktus yg berduri
aku minta kupu-kupu
di beriNYA ulat
aku kecewa dan sedih
tetapi aku tetap bersabar
namun...
tak lama kemudian
kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik.
begitulah cara Allah mengasihi kita
selalu indah pada waktunya
sayangnya Allah setelah kita redha kesemua ujian itu..




Dalam ketenangan ada keresahan, dalam keresahan ada kekalutan dan dalam kekalutan ada DIA untuk mengadu dan mengharap. Manis dan indahnya ujian Allah pada setiap hambanya.. Ya Allah, aku mohon padamu, tetapkan iman dan taqwaku padaMu, bimbinglah diriku agar sentiasa merinduiMu. Jadikan aku seorang hamba yang sentiasa tersenyum walau diuji dengan ujian dan dugaan agar aku tahu bahawa aku adaMU ya Allah..

Sabtu, 22 Oktober 2011

Wanita...pelihara auratmu

Assalamu'alaikum...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani sebagai pembuka kalam, agar diberkati dan diredhai setiap ilmuku,

Post kali ni sy nak share pasal pemakaian niqab atau lebih dikenali dalam masyarakat kita sebagai purdah. Sejauh manakah pandangan Islam tentang pemakaian purdah dalam kalangan muslimat terutamanya di dalam masyarakat kita hari ini yang majoritinya berpakaian menutup aurat mengikut 'uruf dan adat kebiasaan. Persoalan memakai niqab atau purdah ni bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf. Maksudnya para 'ulama berbeza pendapat mengenainya atas kaedah dan hujah yg diiktiraf untuk kedua2 pihak. Ada di kalangan 'ulama yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah aurat. Jumhur fuqaha' (majoriti ulama' fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya aurat.



Walau apa pun pandangan kita terhadap pemakaian niqab atau purdah, kita harus lihat dari sudut positif. Tidak salah sekiranya seorang muslimah mahu memakai niqab, cuma semoga hati atunna tetap istiqamah untuk memakainya. Jangan pula kejap pakai, kejap tak nak pakai pulak. Tak nak nanti orang lain berprasangka buruk. Pada pandangan sy, pemakaian niqab dapat menghindarkan diri dari segala fitnah dan tohmahan masyarakat di sekeliling. Contohnya kalau kita terlalu cantik, kulit putih gebu, lirikan mata yg manja sehingga mampu mencairkan hati muslimin tatkala melihatnya, adalah baik untuk kita memelihara diri drpd fitnah orang sekeliling. Memelihara kemuliaan diri drpd segala bentuk fitnah dan maksiat adalah yg terbaik.

Terkejut melihat seorang kawan masa zaman sekolah rendah dulu sudah memakai purdah. Alhamdulillah.. sy tumpang gembira, dirinya yang kukenali dulu hanyalah seorang muslimah biasa. Jauh perubahan dirinya sekarang, hingga sy hampir tidak mengenalinya. Subhanallah..teringin jadi seperti dia, tp mungkin belum sampai masa lagi untuk diri ku. Perlu banyak muhasabah diri, mencari di mana ada kelompangan untuk dibaiki dan mencari di mana ada kekurangan dan kelemahan agar dapat jadi yg lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah semoga diriku sentiasa dalam jagaanNya.

Alangkah indahnya ku lihat
berjalan seorang muslimah mukminah
dgn wajah yg ditutupi niqab
dia berjalan penuh tawadhu'
langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yg tenang,yakin,berwibawa penuh dgn semangat seorang mujahidah
di sebalik fizikalnya yg menggetarkan jiwa2
bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan
untuk mengenali Allah dgn lebih dekat
ada sekeping hati yg dipenuhi setiap ruang dan sudutnya
dgn mengingati Yang Maha Esa
ada seulas bibir yg merah bak delima
sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah
ada sepasang mata yg redup,yg cukup terjaga dr pandangan maksiat
setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya yg lembut dlm tegas
kasih sayang jelas terpancar pd sinar matnya, bahasa badannya
yg lahir dr hati nurani yg ikhlas krn DIA
hanya dgn melihat pd perwatakannya, sudah cukup utk menarik
hati2 yg lalai dr mengingati Allah agar segera berfikir tentangNya.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Perhiasan Dunia...~

Assalamu'alaikum....In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

"Kenapa aku  tak cantik?" kenapa orang lain lebih cantik dr aku, lebih menarik dr aku?, kenapa?? Aku nak jadi cantik macam orang lain jugak." Persoalan ini sering kali bermain di dalam kotak minda seorang perempuan. Kenapa perlu kita membandingkan kecantikan kita dengan orang lain? kenapa perlu rasa orang lain lebih cantik dan menarik dr kita? Apa kekurangan kita? Sy tinggalkan persoalan ini utk teman2 sekalian.

Maha Suci Allah swt yang terhindar dr segala kelemahan dan kekurangan. Subhanallah, setiap ciptaan Allah sebenarnya teramat indah, tiada bandingan dgn apa pun. Setiap makhluk ciptaan Allah itu terlalu sempurna baik di bumi, nun jauh di atas langit, di dasar lautan yg dalam atau di mana sekalipun. Pernah dengar sebuah hadis, "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita yg solehah"

Memang benar wanita adalah perhiasan dunia, tapi bukan sekadar untuk dipuji kecantikannya, bukan untuk dipuja keindahannya. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pd kecantikan wajahnya, kemanisan wanita solehah tidak terletak pd kemanjaannya..jua bukan pd kemanisan bicaranya yg bisa mengoncang iman para muslimin, dan bukan pula terletak pd kebijaksanaannya bermain lidah memujuk rayu. Tapi kanvas cinta nan indah lakarkan ia dengan wajah muslimah yg tulus peribadi. Warnakan ia dgn kelembutan azali, ketegasan hakiki, keindahan sejati...krn dialah muslimah solehah kekasih Illahi.

Jadilah wanita solehah yg bisa memelihara akhlak krn ia adalah kehidupanmu, bisa memelihara agama krn ia adalah nyawamu, bisa memelihara budi pekertimu krn ia adalah lukisan hidupmu, bisa memelihara amalan krn ia adalah pakaian ukhrawimu dan jua bisa memelihara lisan krn ia adalah hatimu yg menentukan baik buruk dirimu..Subhanallah, ingin sekali aku menjadi seperti ini.

Kiranya tiada cinta insani untukku,
cukuplah cinta Allah sebagai penyuluh hidup dan hatiku.
Moga kelak akan ada cinta untukku
daripada insan yang mencintai Allah
sebagaimana cintaku terhadapNYA..


Ya Allah..jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pd seseorang yang melabuhkan cintanya pdMU
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu.
Ya Allah...jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut pdMU
agar tidak terjatuh aku kr dlm jurang cinta nafsu.
Ya Allah...jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku pdnya agar tidak berpaling drpd hatiMU..

Semoga pohonan cinta bersemi, daunan rindu merimbun di hati selamanya di bawah rahmat dan kasih Illahi.. InsyaAllah, akan ada jodoh utkmu Qaseh, kuatkan hatimu menempuh setiap ujian dan dugaan Allah. Sesungguhnya setiap ujian itu mampu membuatkan mu merasa betapa luasnya kasih sayang Allah pdmu~ dan akan membuatkan mu merasa rindu utk merasai kasih syg dr NYA..~ (^_^)...

Sabtu, 15 Oktober 2011

JAGA TUTUR KATAMU

Assalamu'alaikum wbt...


Suka sangat dengar lagu nasyid dari kumpulan DeHearty ni , Pasrah Segalanya. Nak kongsi ngan kawan2, cuba dengar lagu ni, best sangat.. Sy nak highlight kan kat sini supaya jauhkan diri daripada kata2 dusta yang boleh menyebabkan fitnah.. Subhanallah, banyak memberikan keinsafan untuk diri ini supaya menjaga tutur kata tatkala berbicara tak kiralah dengan ibu ayah, kawan2, guru2 atau siapa2 sahaja. Kata2 itu sebenarnya lebih tajam dan berbisa daripada sebilah pedang.. Sebab daripada kata2 itu boleh mengundang pelbagai fitnah dan dusta sekiranya kita tidak pandai menjaganya. Pepatah Melayu juga ada menyebut, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Maka jagalah adab kerana itulah lambang kita sebagai seorang Muslim yang benar2 beriman dan berakhlak mulia. Sebagaimana sabda Rasulullah saw " Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu". Semoga Allah swt menjauhkan kita daripada sifat2 tercela ini. Amiin~

Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui 
Segala apa yang terbuku di hati


Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan


Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci



Cuba renungkan kata2 ini.. Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu. Sebaik2 kaya adalah kaya hati, sebaik2 bekal adalah taqwa, seburuk2 buta adalah buta hati dan sebesar2 dosa adalah berdusta..

Jumaat, 14 Oktober 2011

PESAN UNTUK SAHABAT

Assalamu'alaikum...

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksud: Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai sudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri..

Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak.. Akal itu umpama air, jangan biar ia kering.. Iman itu umpama debu jangan biar ia hilang & persahabatan itu pula umpama jalinan seutas  tali, jangan biarkan ia putus.
Sahabat.. adakah engkau tahu betapa bertuahnya aku mempunyai teman sepertimu, yang sentiasa di sampingku di saat ku gembira dan duka . Aku bersyukur padaMu Illahi kerana memberikan aku kesempatan waktu untuk bertemu dengan sahabat yang sebaikmu. Aku tahu kau hanyalah insan biasa seperti aku juga, tapi kau terlalu istimewa dan bermakna bagiku kerana… hanya kau yang mampu membuatku ketawa di saat ku kesedihan dan kecewa, kau mampu membuatku mengukir senyuman di kala hati dilanda gelisah. Kau banyak memberikan nasihat dan teguran di saat hati ini sentiasa dahagakan perhatian. Dan aku tahu engkau banyak berkorban untukku, sama2 harungai saat senang dan susah. . di kala itu membuatkan ku sedar makna sebuah persahabatan yang sejati.  Teman di kala ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan, tapi sahabat sejati  sepertimu bagaikan air lalu walau dicincang tak mungkin ia akan putus..
Sahabat, tanpa kau di sisi mungkin diri ini tidak kuat untuk hadapi segala ujianNya. Aku takut..  takut kiranya aku akan kehilanganmu. Aku mahu kau sentiasa di sisi ku, biar ajal dan maut sahaja yang mampu memisahkan kita. Sukar untuk mencari teman lain yang sebaikmu, dan mungkin tiada siapa yang mampu menggantikan tempatmu di hatiku. Sahabat.. sedarkah kau, kasih seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya. Ya, aku akan sentiasa doakan kesejahteraanmu moga sentiasa dalam limpahan rahmatNYA dan di bawah naungan kasih sayangNYA.. InsyaAllah~
Sahabat.. perjuangan tak pernah putus kerana diikat dengan rantai iman, mujahid tak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhwah, istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan.. semoga ikatan ukhwah antara kita ini terbina untuk selamanya..
Sahabat.. tiada kata2 yang indah yang mampu ku ucapkan, tiada puisi yang merdu yang mampu ku nukilkan untukmu tapi  hanya sekalung doa kudus yang mampu ku berikan. Ya Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Panyayang.. Engkau peliharalah hubungan uhkwah antara kami, eratkan hubungan persaudaraan antara kami.. titipkan kasih dan sayangMu dalam hubungan ukhwah ini agar kami sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu.. jadikan lah kami hamba2 Mu yang sentiasa merindukan kemanisan iman sebagai bekalan untuk kami bertemuMu.. Amiin~
Tahukah engkau sahabat…, sahabat yang baik ialah apabila dipandang wajahnya membawa kita mengingati Allah, mendengarkan kata2nya menambahkan ilmu di dada, terlihat gerak gerinya meninggikan takut kepada Allah dan berkawan dengannya membawa kita untuk berjuang ke jalan Allah. Sahabat.. ku kirimkan secebis nasihat ini untukmu agar kau sematkan dalam hati nuranimu.. sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar, sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, sahabat sejati menjadi pendorong impian.. sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Uhibbukum fillah~ Aku menyayangimu sahabat, aku merinduimu sahabat dan aku sentiasa dahagakan kasih sayangmu wahai sahabat.. Semoga Allah sentiasa menjaga hubungan ukhwah antara kita.. Amiin…

Selasa, 11 Oktober 2011

SUKAN PIALA DEKAN

Assalamu'alaikum...

Pertandingan sukan piala dekan sudah bermula. Bersemangat betul kawan2 masuk pertandingan. Antara permainan yang ada macam bola tampar, bola jaring, ping pong, badminton dan banyak lagi kot. Sy tak minat sangat dengan sukan ni, tengok bola pun dah lari, hehe.. tak ada bakat nak main. Tapi sy dengan semangat yg tinggi sampai tahap maksimum 100% hari ni pergi padang tengok kawan2 semua main.. Memang betul2 bersemangat lah, sy support u all!!! Dan hari ni sy belajar cheer baru untuk KUFAH~ sy saaaayang kufah.. eeiii gedik je lebih.

Well, harapnya kita menang kali ni. (~ _^). Tadi tengok korang semua main, memang best sangat lah. Sy jadi pom pom girl kat tepi padang je (eeerrk). Actually, tak kisah la kita menang atau tak, sudah adat permainan ada menang dan kalah. Tapi sy tengok dari sudut yg positif.. sebenarnya kita main sukan ni of coz yg paling penting dapat sihatkan tubuh badan. Dan yg kedua, dapat eratkan ukhwah antara kita.. bila kat padang kita boleh sembang2 walaupun sekejap, mungkin kita boleh kenal kawan2 yg jarang kita jumpa, sekadar bertanya khabar pun dah cukup. Kalau kat kelas, kita cuma jumpa sekejap sangat sekadar mengucap salam atau "hai" je. Harapnya kita boleh eratkan ukhwah antara kita. Taman yg disirami kasih sayang menyuburkan keimanan, mengharapkan keredhaan Allah  menjalin ukhwah menyemai cinta dan kasih Illahi agar tersemai cinta antara kita. Semoga ikatan ukhwah ini terbina kukuh untuk selamanya. InsyaAllah, moga dipermudahkan olehNYA..~

Mungkin ini boleh meninggalkan kenangan terindah untuk kita selepas masing2 dah grade nanti. Masih ada secebis kenangan untuk diingati biar jarak yang memisahkan kita~


YANA, AKMA, MIA & KAK DEEBA

DUK BINCANG APE ENTAH (~ _^)

CEPAT2, GET READY!!!

MY LOVELY ROOMATE,,

SAYA & CHAH

SABAR, SIMA & SAEDAH