Ahad, 31 Mac 2013

# 15 satu saat itu

Assalamu'alaikum ^^

firman Allah swt :

"katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata"
(surah al-Jum'ah : 8)

setiap yg bernyawa pasti akan kembali menemui Pencipta yang Maha Agung iaitu Allah swt. hakikat mati itu pasti berlaku. dimana jua kita berada maut akan mendapatkan kita bila tiba waktunya sekalipun kita di sebalik benteng yg tinggi lagi kukuh. 

minggu lepas seorang junior yg sama course dengan sy telah meninggal dunia. walau tidak mengenali arwah tapi rasa sedih juga. arwah student tahun 2. umur masih muda lagi. tapi... itu lah qada' dan qadar Allah. bila mana tiba masanya untuk Dia panggil hamba-hambaNya  kembali menemuiNya, ketetapan itu pasti berlaku. maaf sy bukan nak bercerita tentang arwah yg telah pergi, cuma mengambil ibrah daripada kematian arwah. kawan-kawan beritahu pada sy arwah meninggal disebabkan ketumbuhan kecil dalam kepala.

 pagi kejadian sy tolong kawan kerja kat kedai buku. balik bilik pon dah malam. bukak fb, kawan post bagitau tentang arwah. Allah... sayu sangat hati bila baca post kawan-kawan. terkejut. masa tu fikirkan bila pula masa untuk diri ini dipanggil bertemu Allah. rasa insaf memikirkan dosa-dosa yg pernah dilakukan. kita selalu leka dengan mehnah dunia. selalu memikirkan hal-hal duniawi. banyak perkara yg belum selesai dilakukan dan banyak impian yg belum terlaksana. tapi kita selalu alpa atau mungkin sengaja buat-buat lupa untuk memikirkan hal-hal akhirat.

dua orang arwah sepupu sy sendiri sudah pergi menemui Pencipta Yang Esa. kedua-duanya masih muda. bila saat kematian itu tiba, tak kira umur muda atau tua. arwah long (panggilan sepupu sy) meninggal masa tidur dan nurul pula meninggal sebab sakit leukemia. arwah long umur lebih tua dua tahun dari sy (kalau tak silap). nurul umur 11 tahun, meninggal awal tahun baru ni. berderai air mata ni jatuh bila melihat wajah kedua-dua arwah sepupu. menahan diri supaya banyakkan bersabar. walau hati ni berkeras tak nak nangis. tapi tak boleh. tetap nangis juga. alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah bersama-sama arwah di saat-saat akhir. tenang melihat wajah mereka, hakikatnya mereka sudah pun bertemu dengan Pencipta Yang Esa.

teringat kenangan terakhir bersama kedua-dua arwah. last sy bertemu arwah long masa balik cuti sem. arwah tegur sy tengah bercuti ke, then sy beritahu a'aa tengah cuti. sy tak rapat sangat dengan arwah long. dan arwah nurul pula, sy nak solat maghrib masa tu, dia bagitau nak solat jemaah dengan sy. arwah minta sy pakaikan telekung untuk dia.baik sangat arwah, tak payah disuruh untuk solat. masih teringat kenangan bersama mereka. kadang terasa mereka masih ada bersama.

andainya kita tahu bila saat kematian akan datang menjemput, pasti kita rasa walau diberi 1000 tahun, tidak cukup untuk kita lakukan amal ibadah sebagai bekalan di akhirat nanti. saat kematian adalah perkara ghaibiyah yg Allah sembunyikan dari sudut pandangan manusia. kita sebagai hambaNya yg lemah, perlu sentiasa bersiap sedia mengutip amal-amal ibadah. hidup di dunia ini ibarat untuk kita menanam pohon-pohon amal supaya di akhirat nanti kita akan beroleh hasilnya. dapat merasai ganjaran amal ibadah yg kita lakukan di dunia.

aku mencintai tiga perkara yg tidak disukai manusia iaitu miskin, sakit dan mati. miskin mengajar aku merendah diri, sakit kafarah kepada dosaku dan mati membawa aku bertemu Allah -- Abu Darda-- 

pesan pada diri, sentiasa ingat pada kematian. hidup kita di dunia ini bukan untuk selama-lamanya. suatu saat nanti kita jua akan mengikut mereka untuk bertemu Allah. kehidupan di dunia ini, hanyalah sebagai satu jalan untuk kita melakukan amal ibadah sebagai bekalan di akhirat yg kekal abadi. kita bukan lah insan yg kuat, bahkan hanyalah seorang insan yg lemah. juga pesan pada diri, istiqamah melakukan amal ibadah, walau kita bukanlah seorang yg baik hari ini, tapi berusahalah untuk berubah menjadi yg lebih baik. andai hari ini kita seorang yg sentiasa alpa untuk mengingati Allah, berusahalah untuk lebih mengingati Dia dalam setiap amal yg dilakukan. Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihi setiap hamba-hambaNya. semoga diri kita sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.  in Sha Allah. 



Jumaat, 29 Mac 2013

# 14 citer budak u - part 1



andai aku mampu memutarkan waktu, ingin aku kembali semula pada saat-saat pertama aku jejakkan kaki di bumi ukm ini. tapi mana mampu untuk aku lakukan itu. detik waktu pasti akan berlalu, tidak pernah akan menunggu kita walau sesaat pun. Hmm... tinggal 3 bulan je lagi untuk sy gunakan ruang waktu yg ada sebelum tamat study. after that i will be officially graduate, in sha Allah. seriously cepat sangat masa berlalu. tup-tup dah tahun akhir. rasa macam tak nak tinggalkan lagi ukm. kalau boleh nak duk lagi kat ukm ni maybe 2,3 tahun lagi (ngada-ngada je kan)  0__-

dulu tak pernah terfikir dapat study kat sini. masa spm dapat tawaran belajar kat udm terengganu course islamic study jugak. itu pun dapat second intake. at that time, sy dh masuk form6 (lower six), mula-mula tu sedih sangaaat sebab tak dapat masuk u. tengok kawan-kawan  ramai yg dapat tawaran u, ada yg dapat uia, uum. masa dapat tawaran udm, perasaan masa tu berbelah bagi sama ada nak terima tawaran tu or just further stpm. honestly perasaan masa tu sangat kacau-bilau. pening memikirkan nak pilih antara dua pilihan. at last, buat keputusan untuk stay amik stpm. alhamdulillah itu adalah keputusan yg muktamad. dan tak pernah rasa menyesal after buat keputusan untuk terus amik stpm.

masa form 6 pulak, memang masa tu struggle study sehabis mungkin. alhamdulillah, ada kawan-kawan yg always give me support. sentiasa ada di sisi mengharungi susah senang bersama, saat gembira dan sedih. bila exam stpm, sy dah tanam niat untuk buat betul-betul kali ni untuk tebus kembali kekecewaan dulu. kali ni memang sy bagi harapan yg sangat tinggi untuk masuk u. dan akhirnya, alhamdulillah Allah sudah tetapkan yg terbaik untuk sy akhirnya dapat sambung study kat ukm ni.

kadang-kadang when this thing happen in my life, it make me thinking that.. bila mana kita memohon sesuatu pada Allah, tetapi Allah tidak makbulkan doa kita itu, kita rasa sedih sangat, kita rasa kecewa dan kita rasa kenapa Allah tidak makbulkan doa kita. jawapannya mudah. bukan Allah tak makbulkan doa dan permintaan kita. Dia Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaNya. cuma Allah mahu kita lebih berusaha lagi, Dia mahu kita terus istiqamah memohon padanya tanpa jemu dan letih. Allah pasti memakbulkan doa kita bila tiba masanya nanti. In Sha Allah. 

ada kawan-kawan yg berkira-kira nak sambung master. tapi diriku ni masih dalam dilema either nak further master or apply kerja dulu. after fikir panjang-panjang dan semasak-masaknya mungkin apply kerja dulu. balas jasa mama dan abah yg tanpa jemu-jemu menjaga dan mendidik dari kecik sampailah dah besar. balas jasa mereka yg berpenat lelah mencari rezeki untuk membesarkan kami adik-beradik. nak jugak merasa bagi duit kat mama dan abah dari hasil titik peluh sendiri pulak. in sha Allah moga dipermudahkan Allah. masa zaman sekolah sibuk memikirkan nak masuk u, bila dah dapat masuk u sibuk pulak pikir nak cari kerja.

rindu sebenarnya nak tinggalkan zaman belajar kat u. sebab kat sini lah kita belajar mengenal kekuatan dan kelemahan diri sendiri. kat sini kita belajar macam-macam. dalam pelajaran, persahabatan, struggle sorang-sorang untuk meneruskan kehidupan di sini. belajar kat u tak sama belajar kat sekolah. kalau kat sekolah kita ada cikgu-cikgu yg selalu caring dan concern pasal pelajaran kita sebab mereka nak kita belajar pandai-pandai supaya suatu hari nanti kita dapat sambung belajar kat universiti. kat rumah pulak kita ada mak dan ayah yg menjaga kita. tapi belajar kat u ni, kita sendiri yg mencorak jalan kehidupan start dari pagi sampailah ke malam. kalau rasa tak nak pergi kelas, tak payah pergi. kalau malas buat assingment  tak payah buat. kita sendiri yg menentukan arah kehidupan kita.

belajar kat u jugak memerlukan usaha yg lebih daripada 150% (cewaah). perlu rajin study. kalau musim exam tu, pagi-pagi lagi dah angkut beg dan buku pergi study kat library. kalau malas study sorang-sorang better buat study group. boleh jugak sharing ilmu dengan kawan-kawan.

sekarang ni tengok kawan-kawan tengah struggle untuk siapkan latihan ilmiah. same goes with me. setakat ni hampir 50% dah siap. Alhamdulillah penyelia sy yg banyak membantu sy menyiapkan tesis ni. gigih berusaha nak siapkan, kadang-kadang rasa stress jugak bila cari bahan-bahan rujukan. in Sha Allah semoga dipermudahkan Allah swt setiap kerja-kerja kami semua. 


continue to part II   ^__^