andai aku mampu memutarkan waktu, ingin aku kembali semula pada saat-saat pertama aku jejakkan kaki di bumi ukm ini. tapi mana mampu untuk aku lakukan itu. detik waktu pasti akan berlalu, tidak pernah akan menunggu kita walau sesaat pun. Hmm... tinggal 3 bulan je lagi untuk sy gunakan ruang waktu yg ada sebelum tamat study. after that i will be officially graduate, in sha Allah. seriously cepat sangat masa berlalu. tup-tup dah tahun akhir. rasa macam tak nak tinggalkan lagi ukm. kalau boleh nak duk lagi kat ukm ni maybe 2,3 tahun lagi (ngada-ngada je kan) 0__-
dulu tak pernah terfikir dapat study kat sini. masa spm dapat tawaran belajar kat udm terengganu course islamic study jugak. itu pun dapat second intake. at that time, sy dh masuk form6 (lower six), mula-mula tu sedih sangaaat sebab tak dapat masuk u. tengok kawan-kawan ramai yg dapat tawaran u, ada yg dapat uia, uum. masa dapat tawaran udm, perasaan masa tu berbelah bagi sama ada nak terima tawaran tu or just further stpm. honestly perasaan masa tu sangat kacau-bilau. pening memikirkan nak pilih antara dua pilihan. at last, buat keputusan untuk stay amik stpm. alhamdulillah itu adalah keputusan yg muktamad. dan tak pernah rasa menyesal after buat keputusan untuk terus amik stpm.
masa form 6 pulak, memang masa tu struggle study sehabis mungkin. alhamdulillah, ada kawan-kawan yg always give me support. sentiasa ada di sisi mengharungi susah senang bersama, saat gembira dan sedih. bila exam stpm, sy dah tanam niat untuk buat betul-betul kali ni untuk tebus kembali kekecewaan dulu. kali ni memang sy bagi harapan yg sangat tinggi untuk masuk u. dan akhirnya, alhamdulillah Allah sudah tetapkan yg terbaik untuk sy akhirnya dapat sambung study kat ukm ni.
kadang-kadang when this thing happen in my life, it make me thinking that.. bila mana kita memohon sesuatu pada Allah, tetapi Allah tidak makbulkan doa kita itu, kita rasa sedih sangat, kita rasa kecewa dan kita rasa kenapa Allah tidak makbulkan doa kita. jawapannya mudah. bukan Allah tak makbulkan doa dan permintaan kita. Dia Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaNya. cuma Allah mahu kita lebih berusaha lagi, Dia mahu kita terus istiqamah memohon padanya tanpa jemu dan letih. Allah pasti memakbulkan doa kita bila tiba masanya nanti. In Sha Allah.
ada kawan-kawan yg berkira-kira nak sambung master. tapi diriku ni masih dalam dilema either nak further master or apply kerja dulu. after fikir panjang-panjang dan semasak-masaknya mungkin apply kerja dulu. balas jasa mama dan abah yg tanpa jemu-jemu menjaga dan mendidik dari kecik sampailah dah besar. balas jasa mereka yg berpenat lelah mencari rezeki untuk membesarkan kami adik-beradik. nak jugak merasa bagi duit kat mama dan abah dari hasil titik peluh sendiri pulak. in sha Allah moga dipermudahkan Allah. masa zaman sekolah sibuk memikirkan nak masuk u, bila dah dapat masuk u sibuk pulak pikir nak cari kerja.
rindu sebenarnya nak tinggalkan zaman belajar kat u. sebab kat sini lah kita belajar mengenal kekuatan dan kelemahan diri sendiri. kat sini kita belajar macam-macam. dalam pelajaran, persahabatan, struggle sorang-sorang untuk meneruskan kehidupan di sini. belajar kat u tak sama belajar kat sekolah. kalau kat sekolah kita ada cikgu-cikgu yg selalu caring dan concern pasal pelajaran kita sebab mereka nak kita belajar pandai-pandai supaya suatu hari nanti kita dapat sambung belajar kat universiti. kat rumah pulak kita ada mak dan ayah yg menjaga kita. tapi belajar kat u ni, kita sendiri yg mencorak jalan kehidupan start dari pagi sampailah ke malam. kalau rasa tak nak pergi kelas, tak payah pergi. kalau malas buat assingment tak payah buat. kita sendiri yg menentukan arah kehidupan kita.
belajar kat u jugak memerlukan usaha yg lebih daripada 150% (cewaah). perlu rajin study. kalau musim exam tu, pagi-pagi lagi dah angkut beg dan buku pergi study kat library. kalau malas study sorang-sorang better buat study group. boleh jugak sharing ilmu dengan kawan-kawan.
sekarang ni tengok kawan-kawan tengah struggle untuk siapkan latihan ilmiah. same goes with me. setakat ni hampir 50% dah siap. Alhamdulillah penyelia sy yg banyak membantu sy menyiapkan tesis ni. gigih berusaha nak siapkan, kadang-kadang rasa stress jugak bila cari bahan-bahan rujukan. in Sha Allah semoga dipermudahkan Allah swt setiap kerja-kerja kami semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan