Assalamu'alaikum ^^
firman Allah swt :
"katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata"
(surah al-Jum'ah : 8)
setiap yg bernyawa pasti akan kembali menemui Pencipta yang Maha Agung iaitu Allah swt. hakikat mati itu pasti berlaku. dimana jua kita berada maut akan mendapatkan kita bila tiba waktunya sekalipun kita di sebalik benteng yg tinggi lagi kukuh.
minggu lepas seorang junior yg sama course dengan sy telah meninggal dunia. walau tidak mengenali arwah tapi rasa sedih juga. arwah student tahun 2. umur masih muda lagi. tapi... itu lah qada' dan qadar Allah. bila mana tiba masanya untuk Dia panggil hamba-hambaNya kembali menemuiNya, ketetapan itu pasti berlaku. maaf sy bukan nak bercerita tentang arwah yg telah pergi, cuma mengambil ibrah daripada kematian arwah. kawan-kawan beritahu pada sy arwah meninggal disebabkan ketumbuhan kecil dalam kepala.
pagi kejadian sy tolong kawan kerja kat kedai buku. balik bilik pon dah
malam. bukak fb, kawan post bagitau tentang arwah. Allah... sayu sangat
hati bila baca post kawan-kawan. terkejut. masa tu fikirkan bila pula
masa untuk diri ini dipanggil bertemu Allah. rasa insaf memikirkan
dosa-dosa yg pernah dilakukan. kita selalu leka dengan mehnah dunia.
selalu memikirkan hal-hal duniawi. banyak perkara yg belum selesai
dilakukan dan banyak impian yg belum terlaksana. tapi kita selalu alpa
atau mungkin sengaja buat-buat lupa untuk memikirkan hal-hal akhirat.
dua orang arwah sepupu sy sendiri sudah pergi menemui Pencipta Yang Esa. kedua-duanya masih muda. bila saat kematian itu tiba, tak kira umur muda atau tua. arwah long (panggilan sepupu sy) meninggal masa tidur dan nurul pula meninggal sebab sakit leukemia. arwah long umur lebih tua dua tahun dari sy (kalau tak silap). nurul umur 11 tahun, meninggal awal tahun baru ni. berderai air mata ni jatuh bila melihat wajah kedua-dua arwah sepupu. menahan diri supaya banyakkan bersabar. walau hati ni berkeras tak nak nangis. tapi tak boleh. tetap nangis juga. alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah bersama-sama arwah di saat-saat akhir. tenang melihat wajah mereka, hakikatnya mereka sudah pun bertemu dengan Pencipta Yang Esa.
teringat kenangan terakhir bersama kedua-dua arwah. last sy bertemu arwah long masa balik cuti sem. arwah tegur sy tengah bercuti ke, then sy beritahu a'aa tengah cuti. sy tak rapat sangat dengan arwah long. dan arwah nurul pula, sy nak solat maghrib masa tu, dia bagitau nak solat jemaah dengan sy. arwah minta sy pakaikan telekung untuk dia.baik sangat arwah, tak payah disuruh untuk solat. masih teringat kenangan bersama mereka. kadang terasa mereka masih ada bersama.
andainya kita tahu bila saat kematian akan datang menjemput, pasti kita rasa walau diberi 1000 tahun, tidak cukup untuk kita lakukan amal ibadah sebagai bekalan di akhirat nanti. saat kematian adalah perkara ghaibiyah yg Allah sembunyikan dari sudut pandangan manusia. kita sebagai hambaNya yg lemah, perlu sentiasa bersiap sedia mengutip amal-amal ibadah. hidup di dunia ini ibarat untuk kita menanam pohon-pohon amal supaya di akhirat nanti kita akan beroleh hasilnya. dapat merasai ganjaran amal ibadah yg kita lakukan di dunia.
aku mencintai tiga perkara yg tidak disukai manusia iaitu miskin, sakit dan mati. miskin mengajar aku merendah diri, sakit kafarah kepada dosaku dan mati membawa aku bertemu Allah -- Abu Darda--
pesan pada diri, sentiasa ingat pada kematian. hidup kita di dunia ini bukan untuk selama-lamanya. suatu saat nanti kita jua akan mengikut mereka untuk bertemu Allah. kehidupan di dunia ini, hanyalah sebagai satu jalan untuk kita melakukan amal ibadah sebagai bekalan di akhirat yg kekal abadi. kita bukan lah insan yg kuat, bahkan hanyalah seorang insan yg lemah. juga pesan pada diri, istiqamah melakukan amal ibadah, walau kita bukanlah seorang yg baik hari ini, tapi berusahalah untuk berubah menjadi yg lebih baik. andai hari ini kita seorang yg sentiasa alpa untuk mengingati Allah, berusahalah untuk lebih mengingati Dia dalam setiap amal yg dilakukan. Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihi setiap hamba-hambaNya. semoga diri kita sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya. in Sha Allah.
semoga Almarhumah ditempatkan di tempat orang-orang yang solehah in sya Allah..
BalasPadam