Jumaat, 21 Disember 2012

# 8 the power of friendship

Assalamu'alaikum



Persahabatan itu seperti tangan dan mata. Saat tangan terluka, mata menangis. saat mata menangis, tangan akan menghapusnya. dan persahabatan yang sentiasa abadi adalah persahabatan yg dilingkari dengan indahnya kalimah Islam.

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"   (Riwayat Bukhari & Muslim)


Teman, kawan, sahabat, rakan atau apa sahaja istilah untuk merujuk kepada makna sebuah ikatan suci antara dua hati yg bertaut  pada tali kasih sayang Allah. Persahabatan itu indah kerana darinya kita menyulam cinta dan  kasih pada Illahi.  Kenapa indah? sebab dari sahabat kita kenal apa itu erti kasih sayang. Melalui persahaban kita mula belajar bertatih mengenal erti kehidupan yg penuh onak duri. Ada tak orang dalam dunia ni yg tak ada kawan. Impossible la kan. Setiap orang mesti ada kawan, sama ada bestfriend atau kawan biasa-biasa je.

Kadang-kadang persahabatan itu ibarat air yg mengalir. terus mengalir tanpa henti dan berlalu pergi. begitu jugalah dalam persahabatan, kita punya ramai sahabat dan sentiasa bersilih ganti. ke mana sahaja kita pergi mesti kita punya seorang kawan. Kawan yg baik pasti akan membawa kita menuju jalan yg baik. In Sha Allah. Pastinya kena pandai memilih kawan, jangan pilih kawan main tangkap muat je. Pengaruh seorang kawan pada diri kita memberi kesan yg kuat. Ibarat seperti  kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan berbau wangi juga. Sekiranya kawan kita seorang ulat buku, pasti kita akan terikut dengan perangainya yg suka membaca. Sedikit sebanyak pengaruh dari kawan akan terkesan pada diri kita juga.

Kadang-kadang Allah sengaja mencipta pertemuan supaya kita lebih mengenal erti persahabatan. dan kadang-kadang Allah sengaja memisahkan kita dengan orang yg kita sayang supaya dengannya kita lebih menghargai nikmat sebuah perkenalan. Dari persahabatan kita belajar untuk menghargai erti kehidupan ini. Kita sama-sama mengutip kenangan dan memori indah...suka, gembira, sedih, marah, kecewa. Allahu rabbi... sukar nak diungkapkan dengan kata-kata betapa manis dan indahnya ikatan sebuah persahabatan. Kita sendiri yg merasakan keindahannya.

Terima kasih pada kawan-kawan yg sudi jadi kawan Ida. kawan dari zaman kanak-kanak, kawan sekolah, kawan uni. syukran jazilan lakum kerana pernah hadir dalam hidup Ida, mewarnai hidup Ida dengan pelbagai warna-warni kisah suka duka, moga setiap kenangan dan memori yg tercipta ini mengukuhkan dan mengeratkan lagi ukhwah persahabatan kita lillahi Ta'ala. Terima kasih juga untuk setiap nasihat dan semangat untuk Ida teruskan perjuangan dan mujahadah dalam mencari ilmu di muka bumi Allah ini. terima kasih  atas segalanya. Pastinya dalam sebuah perkenalan akan ada perpisahan, itu suatu yg pasti. tapi ia tidak bermaksud perpisahan itu adalah selama-lamanya. tidak ada depan mata, bukan bermaksud sudah melupakannya. walau jarak yg memisahkan kita beribu batu, tapi bayangan dirimu sahabat tetap ada bersamaku, dekat di hati ini.

Tidak mudah untuk menghapus setiap kenangan kerana kenangan itu adalah kehidupan di masa lampau. biarpun keindahan itu sudah pergi di telan masa, relakanlah ia. berdoalah semoga Allah memberikan kebahagiaan yg lain untuk banyak lagi perkara yg ada, kerana setiap nafas yg dihembus adalah bersama cerita-cerita dalam kehidupan kita. bersyukurlah pada setiap tawa, ingatlah kepadaNya pada setiap air mata, Dia memiliki segala yg kita ada dan kita hanya meminjam anugerah ini dariNya.

## friends ..... I luv u all until jannah. Semoga Allah meredhai ukhwah persahabatan ini. In Sha Allah.




2 ulasan:

  1. Terima kasih juga menjadi kawan dan sahabat saeidah.. Terlalu bnyk kekurangan yang wujud dalam diri ini, kekadang rasa seperti menyusahkan, namun bila duduk dan makan bersama, terasa kekurangan diatasi dan saling melengkapi..

    Ya Allah, kau berkatilah hidup sahabat2ku ini, kau permudahknlah segala urusan mereka dunia dan akhirat.. amin.

    Uhibbuki Fillah!.. :)

    BalasPadam
  2. Amin...Amin, In Sha Allah.semoga ukhwah persahabatan antra kita sume dirahmati Allah swt dan kekal sehingga ke jannah. ^_^ Indahnya hidup ini bila ada teman2 di sisi, mengajak kita ke jalan yg diredhaiNya ^^

    BalasPadam