Isnin, 24 Disember 2012

# 9 fall in love with ....... ^ ^




Setiap yg dijadikan oleh Allah itu adalah berpasang-pasangan. Jika ada kanan pasti ada kiri, jika ada  siang pasti ada malam, jika ada tinggi pasti ada rendah dan  jika ada daratan pasti ada lautan. Begitulah juga  sebagaimana Allah menciptakan manusia, dijadikan ada lelaki dan ada perempuan untuk saling melengkapi. Ibarat seperti sepasang sayap. Andainya patah sayap itu tidak mungkin seekor burung mampu terbang tinggi.  

"Maha Suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi,  dari mereka (manusia) dan dari sesuatu  yang mereka tidak mengetahui"
(Surah Yasin : 36)


Jodoh itu adalah urusan dan rahsia Allah. Ianya sudah tercatat di Luh Mahfuz sejak azali lagi. In Sha Allah orang yg baik pasti akan mendapat jodoh yg baik. Perkahwinan ialah penyatuan dua jiwa dan hati sebagai satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam cerita sebuah kehidupan. Ada babak gembira, sedih, romantik atau marah. Cinta dan mencintai itu ibarat satu perjuangan. Perlu diharungi walau pelbagai rintangan dan halangan yg datang. Jodoh itu bukan milik kita tetapi milik Allah, maka letakkannya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan ^_^ 

Bila ditanya tentang ciri-ciri seseorang yg bakal menjadi teman hidup pasti ramai yg memilih seorang yg cantik, handsome, sempurna, berharta, bergaya dan akhir sekali baru memilih yg beriman atau beragama. kenapa perlu dilihat dari segi kecantikan atau ketampanan. Kenapa perlu memilih seorang yg sempurna. Kalau kesempurnaan yg dicari, tak mungkin kita menyedari kelemahan dan kekurangan yg ada pada diri. Ketidaksempurnaan itu sebenarnya yg membuatkan sebuah hubungan suci yg terjalin menjadi lebih sempurna dan mencari keredhaan Allah. Dalam sebuah perhubungan ini kita belajar untuk memahami antara satu sama lain, saling melengkapi kekurangan yg ada pada diri. Rasulullah saw bersabda dalam hadis Baginda : 

" Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah wanita yg beragama, engkau akan selamat".


Terkadang cinta yg menginap di hati manusia adalah satu ujian. Kita tidak pernah salah untuk mencintai seseorang, yg salah itu apabila meletakkan harapan agar cinta itu diterima sepenuhnya. Lumrah manusia inginkan dicintai dan disayangi, lebih membahagiakan jika ianya dari insan yg diharapkan. Tapi kehidupan tidak semudah angan-angan. Tidak semua yg diharapkan menjadi kenyataan, takdirnya Allah yg merancang dan menentukan setiap kejadian. Dikala impian yg tersimpan gagal dilaksanakan, percayalah bahawa Allah mencintaimu dan Dia telah mentakdirkan yg terbaik bagimu walaupun pada jalan yg berlainan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. 

Siapa insan untuk menolak rasa cinta yg mula terbit di jiwa. Hadirnya tidak pernah dipinta. Rasa itu tidak pernah dipaksa. Cumanya ya Allah aku bermohon padaMu pemilik segala rasa. Seandainya, rasa ini ujian cuma, Kau lindungilah hatiku daripada lemas dalam harapan yg palsu semata. Jika dia bukan selayaknya untuk menyempurnakan daripada separuh agamaku, Kau bawalah rasa ini jauh-jauh. Seandainya dia benar-benar telah Kau pilih untukku, satukan hati ini dan hatinya dengan sebuah ikatan yg Kau redhai. In Sha Allah.


Lelaki yg kacak akan menunggu bidadari hadir bagi menemani hidupnya di dunia tetapi lelaki soleh akan menanti wanita solehah untuk bersamanya menuju ke syurga. Wanita yg cantik akan menunggu lelaki idaman bagi mengisi ruang hatinya tetapi wanita solehah akan menanti lelaki soleh untuk menjadi imam dan membimbingnya. Sesungguhnya mencintai  Dia yg selalu mengasihimu seperti bunga yg takkan layu ditimbus dingin salju.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan