Jumaat, 24 Februari 2012

program baksis di kedah...family angkat

::: In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful :::

Alhamdulillah sekarang dah masuk sem baru. Minggu ni sibuk sikit nak pergi daftar kelas tutor. Bila dah jadi semakin senior ni dah terbiasa dengan suasana kat sini. Masa first year dulu agak kelam kabut nak cari kelas tutor. Masih blur blur lagi. Kadang-kadang ada jugak silap masuk kelas. Bukan sekali tapi banyak kali kot, hehe.. pengalaman. Kita kena banyak belajar daripada pengalaman.

Sebut pasal pengalaman ni dalam entry yang lepas sy bagitau nak cerita pengalaman masa joint program khidmat masyarakat di Kedah. Banyak sangat pengalaman yg sy dapat. Alhamdulillah sy dan kawan-kawan dapat menyumbang sedikit sebanyak bakti kepada penduduk kampung di Kedah. Sy dapat family angkat. Seronok sangat.. Sy tinggal sekali dengan Sima. Mak angkat dan ayah angkat kami, kami panggil mak Teh dan Pak Teh. Keluarga family angkat kami ada 3 orang anak, bila dah tambah sy dan Sima dah jadi 5 orang anak mak teh dan pak teh. Hehe... Mak Teh tak kerja Pak Teh pulak kerja kat kedai makan. Terima kasih banyak-banyak mak teh dan pak teh sebab sudi ambik kami jadi anak angkat.

Masa joint khidmat masyarakat ni banyak sangat perkara baru yg sy belajar. First dapat belajar buat kari ikan (bab ni yg penting). Kedua, dapat naik bot ikan pergi laut. ketiga, junggle trekking ke Gua Wang Burma. Pengalaman dapat masuk gua memang excited sangat. And then, yg paling penting dapat meluangkan masa bersama-sama penduduk kampung dan kanak-kanak kat kampung tu. Kami buat program motivasi, main sukaneka, gotong-royong, melawat rumah-rumah di sekitar kampung. Nak cerita dalam satu entry ni banyak sangat. Hehe..

Terima kasih juga pada kawan-kawan yg telah banyak meluangkan masa dan keringat untuk menjayakan program ni. Alhamdulillah kita dapat buat yg terbaik. Semoga Allah swt memberikan ganjaran pahala kepada kamu semua.

******** kenangan bersama adik-beradik okuf *********
             ^_^  opkim baksis pekan kuala kedah ^ _ ^







4 ulasan:

  1. salam..nak tanya program ni dibuat dimana erk..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam.program bakti siswa ni kat kg kota nelayan,kuala kedah.

      Padam
    2. salam..still simpan lg tak no contact kg ni? saya dari usim,n9 nak buat prog anak angkat di sekitar alor star jugak..bpa harga nak buat program kat sana?

      Padam
  2. salam boleh saya dptkan n tel jkk kampung ni..saya student uum nk nk buat prog baksis

    BalasPadam