Isnin, 27 Februari 2012

belajar dari pengalaman

::: Assalamu'alaikum :::

Buat pertama kalinya sy belajar berdikari  naik komuter.Bunyi nampak macam sy ni ketinggalan zaman kan.Orang lain naik komuter macam naik bas je.Hari-hari naik komuter,biasa je.Tapi sy baru first time naik.Tak de lah first time actually dah second time.Dulu pernah jalan-jalan kat Nilai 3 dengan Chah dan kawan-kawan.Tapi time tu pergi ramai-ramai.Kali ni sy berjaya jugak belajar naik komuter.But actually ade kak Ikrimah sebagai tour guide.Hehe..

Actually hari jumaat lepas pergi jalan-jalan rumah uncle sy (pak teh) kat Damansara Damai.Dah banyak kali uncle sy ajak pergi rumah dia.Untuk tak nak hampakan permintaan pak teh,so sy ambil keputusan pergi jalan-jalan kat rumah dia.Pergi travel sorang-sorang(konon-konon macam jauh je..).Mula-mula agak cuak jugak walaupun ditemani kak Ikrimah.Kak Ikrimah ni best friend sy sejak zaman sekolah lagi.Dia nak turun kat KL central.So sy ikut je dia.Hehe..

Untuk pertama kali jugak sy belajar beli tiket komuter (aduii ketinggalan zaman btol).Jangan gelak sudah.And then,tunggu komuter sampai dalam 10 minit.Sepanjang perjalanan kepala asyik duk mikir je(betul ke train aq naik ni.kot-kot silap macam mana).Aduii,tak pe-tak pe, sy budak baru belajar.Bila sampai kat KL central kak Ikrimah turun kat situ and tinggal sy sorang-sorang untuk meneruskan perjalanan ke Kepong Central.Dalam hati tu tak lepas-lepas berdoa supaya tak sesat nanti.Selepas melalui 12 stesen akhirnya sampai jugak kat Kepong Central.Alhamdulullah sampai jugak.

Bila dah sampai je turun dari komuter and call pak cik.Lepas tu pak cik suruh tunggu dia kat bus stop bawah jejantas.Masa tu rasa jakun pun ada.Tapi lantak lah,ku buang jau-jauh perasaan tu.Huhu.. Tak sampai 10 minit pak cik sampai.Bangga rasanya dapat travel sorang-sorang kali ni.

Kali ni sy dapat belajar benda baru.Pengalaman banyak mengajar kita untuk lebih berdikari agar kita lebih cekal dan tabah.Pengalaman sy naik komuter ni cuma sebagai contoh dalam hidup.Dalam hidup ni kita  sentiasa di uji dengan pelbagai ujian dan dugaan untuk mematangkan diri.Supaya kita menjadi orang yg sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada,supaya kita sentiasa sedar siapa diri kita.Kadang-kadang bila kita berada dalam kesusahan atau keseorangan baru kita ingat pada Dia.Sedangkan Dia tidak pernah sekalipun melupakan kita.Sentiasa ingat pada Dia membuatkan hati dan jiwa tenang.Belajar dari pengalaman adalah yg terbaik sebab dari pengalam itulah sebenarnya mematangkan diri supaya dapat jadi yang lebih baik lagi dari sebelumnya.Kita boleh berubah untuk menjadi lebih baik,asalkan ada kesungguhan dan istiqamah yang tinggi.


I've learned that things change,people change and it doesn't mean you forget the past or try to cover it up.It simply means that you move on and treasure the memories.Letting go doesn't mean giving up.It means accepting that somethings weren't meant to be.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan