Khamis, 19 Januari 2012

EXAM DAH HABIS.... ^_^

::. In the name of Allah,Most Gracious,Most Merciful .:::


Assalamu'alaikum......

Alhamdulillah akhirnya dah abis final exam semalam. Last paper untuk sem ni.Pastinya masa ni ramai student2 U yg tengah kemas barang2 nak pulang ke kampung halaman masing2 kan...hehe..macam saya jugak.Dari semalam lagi duk kemas barang2 n angkut ke stor.Cuti sem cuma lebih kurang tiga minggu je.Takpelah sekurang-kurangnya dapat hilangkan kerinduan pada kampung halaman dan mak ayah,adik-adik.Esok bermulah cuti sem untuk kebanyakan student2 u.Eemm...tapi sy xboleh balik lagi sebab ada program khidmat masyarakat di kedah,seminggu pulak tu.InsyaAllah,harap2 dapat pengalaman baru dari program ni..boleh kenal dengan masyarakat kampung.Menjadi seorang student ni bukan je perlu mengadap buku2 dan menyiapkan assignment 24 jam,perlu juga aktiviti sosial supaya lebih bersikap terbuka,tahu perkembangan kat luar dan boleh mematangkan diri untuk jadi lebih baik lagi dari sebelum ni.

Serius sy xpernah joint program kemasyarakatan macam ni,harap-harapnya segala perancangan dan persiapan yg sy dan kawan-kawan lain berjalan lancar,semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami.InsyaAllah..Kawan-kawan pun banyak berkorban masa untuk program ni,tambah-tambah lagi dengan musim exam macam ni.

Terima kasih banyak-banyak kpd Kak Sha, Ika, Sima n kawan-kawan yag lain sebab dh banyak tolong ida untuk siapkan hamper dan barang-barang lain.Terima kasih yer korang.Kalau korang tak ade mesti letih jugak nak siapkan sorang-sorang ni.

Tak sabar nak bertolak ke kedah ari sabtu ni.Boleh naik bas lepastu boleh pergi jalan2 kat Kedah.First time nak p kedah ni.Siapa yer family angkat ida nanti??Eemm...tungu update yg seterusnya..InsyaAllah~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan