Sabtu, 14 Januari 2012

Sedapnya COROQUETTE

::. In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful .:::

Assalamu'alaikum wbt =)

Eemmm....entry kali ni nak cerita pasal masak2. hehe.... Dah lama tak masuk dapur ni teringin nak try resepi masakan yg baru. Bila tengah mencari2 kat Encik Google, tiba2 terjumpa satu resepi yg menarik. Macam sedap je. Nama makanan ni agak pelik sikit. Mula2 ingatkan apa benda la, rupa-rupanya sejenis makanan, iaitu COROQUETTE. Pelik kan nama makanan ni. Jom kita tengok macam mana rupa coroquette ni..



Tadaa... sedapnyaa =)


coroquette ni sebenarnya sejenis snek, bentuk bulat dan macam nugget. Nak buat makanan ni tak susah sebab ianya dibuat dengan menggunakan ubi kentang dan beberapa bahan yg lain. Coroquette ni sesuai untuk budak-budak kecik sebab nampak macam snek, jadi diorang apa lagi, mesti suke sangat. Kalau kakak-kakak budak pon confirm suka jugak kan. Hehe... Jom kita cari bahan2 nak buat coroquette. Resepi ni sy amik dari page iluvislam.

Bahan-bahan :
  • 3-4 biji kentang
  • seledri atau daun bawang yang dipotong halus 
  • 1/2 biji bawang Bombay yang dipotong halus
  • v150 gram ayam atau daging cincang
  • serbuk roti
  •  cheese
  • 2 biji telur yang dipukul
  • garam
  • lada sulah
  • minyak untuk menggoreng 

 Cara masakan :
1.Rebuskan kentang yang sudah dibuang kulit hingga lembut/empuk
2.Lenyekkan isi kentang yang lembut tadi di dalam mangkuk.
3.Panaskan minyak. Setelah minyak panas,tumiskan bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam cincang dan kacaukan sehingga masak.Setelah itu, masukkan pula daun bawang atau seledri, garam dan lada sulah secukup rasa
4.Masukkan bahan yang sudah digoreng kedalam mangkuk berisi isi kentang . Tambahkan cheese mengikut citarasa . Kemudian kacau hingga rata.
5.Buat adunan tadi berbentuk bulatan atau bujur
6.Gaulkan dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan akhir sekali dengan serbuk roti.
7.Akhir sekali,gorengkan dengan minyak yang panas.
8.Siap untuk dihidangkan! Sedap dihidangkan dengan sos.

Selamat mencuba... p/s: balik rumah nanti confirm nak try buat. Sedapnyaaa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan