Ahad, 1 Januari 2012

AGAMA ITU ADALAH NASIHAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

::. in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful .::


Tatkala membelek terjemahan hadith arba'in Imam Nawawi, terbaca satu hadith yg ketujuh bertajuk Agama Adalah Nasihat. Jom sama2 kita baca hadith ni:

عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:

الدين النصيحة. قلنا : لمن؟ قال : لله, ولكتابه ولرسوله , ولأئمة المسلمين وعماتهم.  

"Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus ad-Dari bahawa Nabi saw telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya : Untuk siapa?. Sabda Baginda : untuk Allah, kitab-kitabNya, para RasulNya dan para pemerintah Muslimin dan orang2 awam mereka."

(Riwayat Imam Muslim)

Dalam hadith ini menerangkan kpd kita bahawa agama itu adalah nasihat. Indahnya nikmat Islam yg Allah berikan kepada kita sebagai hambaNya. Nasihat terhadap Allah adalah dengan beriman sepenuhnya padaNya Yang Esa, melakukan ketaatan dan meninggalkan segala perkara yang ditegah. Nasihat terhadap kitab adalah beriman dengan kalam Allah iaitu al-Qur'an yg diturunkan kepada kita sebagai panduan hidup bail di dunia mahupun di akhirat. Nasihat terhadap Rasulullah saw adalah beriman kepada Rasulullah dan membenarkan setiap apa yang dibawa oleh baginda. Nasihat terhadap pemimpin adalah mentaati pemerintah selagi ia mengikut batas syariat Allah.

Islam agama yg begitu indah seindah namanya. Teringat masa first year dulu ada seorang ustaz ni, memberi satu assignment luar yg agak susah pada awalnya nak buat. Ustaz tu suruh kita orang dalam satu kelas ni pergi kat shopping complex Kajang, Metro Kajang. Apa tugas kita orang kat sana?? Eeemmm.. ustaz sebenarnya nak memberi pendedahan pada kami sume bagaimana cara nak mendekati masyarakat dalam menyampaikan dakwah Islam, menyeru masyarakat ke arah roh Islam.

Secara jujurnya, dalam misi nak menyampaikan dakwah pada masyarakat kita pada masa sekarang agak susah dan rumit. Macam contoh tugasan yg kami lakukan. Kami diberi kebebasan oleh ustaz untuk mencari idea bagaimana metod atau cara dakwah yg kami nak sampaikan. Ada bermacam2 cara sebenarnya dan kami pilih untuk mengedarkan risalah. Bukannya risalah yg berbaur politik atau pun risalah yg terlalu rigid tentang agama. Tetapi hanylah sekadar risalah tentang nasihat2 dalam agama. Bukan senang rupanya. Target kami adalah golongan muda mudi sekitar 20-an dan orang2 dewasa.

Kami membahagikan beberapa kumpulan. Ada yg masuk ke dalam shopping complex dan ada yg berada di sekitar kawasan  shopping complex. Ada orang yg terima risalah kami dengan hati yg terbuka dan ada yg langsung tak nak terima. Saat tu baru terasa betapa susahnya nak menyebarkan misi dakwah pada masyarakat ni. Dan pada waktu tu baru sy rasa bahawa masyarakat kita sebenarnya perlu di didik. Di didik dan di ajar tentang agama. Bukannya mereka tidak tahu pasal agama Islam, mereka tahu. Tapi mereka memerlukan roh dan pengisian agama itu sendiri, biar mereka sedar dan tahu bahawa agama itu adalah nasihat. Nasihat ke arah kebaikan dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Betul...dakwah pada jalan Allah memerlukan pengorbanan yg tinggi, semangat dan azam yang tidak pernah kenal erti putus asa.

Sedih sangat bila melihat saudara2 seagama kita yg ditindas dan ramai yg hidup dalam kemiskinan dan kebuluran. Mereka memerlukan kita, saudara mereka. Mungkin kita tak mmapu nak menolong dari sudut kebendaan dan fizikal, tapi kita boleh membantu mereka dengan doa. Doa adalah senjata orang mukmin, kerana doa adalah harapan bagi orang mukmin. Harapan yg tak akan pernah putus dari mengharapkan kerahmatan Allah. Kita menangis bukan melihat saudara2 seagama kita yg kebuluran di negara2 seperti Afrika. Kita menangis sebab kita sayangkan mereka, kita menangis sebab kita kasihkan mereka. Sebab itulah Allah titipkan dalam hati kita erti kasih dan sayang pada semua makhluk.

Sesungguhnya para da'ie di jalan Allah tidak pernah merasa putus asa untuk terus menyampaikan kalimah2 suci Allah supaya sentiasa bertebaran di muka bumi ini sehingga ke hari kiamat. Para da'ie juga tidak pernah merasa letih untuk berjuang di jalan Allah sebab mereka tahu ganjaran pahala buat mereka di akhirat kelak. Jadikan sikap Rasulullah dan para sahabat sebagai panduan untuk kita meneruskan misi dakwah, menyampaikan pada masyarakat bahawa agama adalah nasihat yg wajib diikuti.

Sekalung terima kasih buat ustaz yg mengajar subjek Metod Dakwah sy..kerana ustaz sebenarnya telah membuka mata hati sy bahawa perjuangan menuju jalan Allah perlukan pengorbanan yg besar, perlu mempersiapkan diri dari sudut mental dan fizikal supaya tidak mudah lemah dan putus asa. InsyaAllah..


p/s :
::.. DaKwaH aDaLah CinTa ..::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan