Sabtu, 30 November 2013

#34 life.is.beautiful.

Assalamu'alaikum

semua orang pernah merasa dilema kan, berada di persimpangan di antara dua haluan.puas berfikir mencari keptusan yg betul sama ada ingin memilih haluan kanan ataupun haluan kiri.kedua-dua haluan tersebut adalah baik dan memberikan manfaat pada diri.berbagai persoalan dan jawapan yg bersarang di minda.mana satu pilihan yg tepat.terkadang dalam membuat keputusan kita terpaksa memikirkan juga perasaan orang lain.perlu menjaga hati orang yg tersayang.andai tersilap nanti akan melukakan hati semua orang.ini menyebabkan kita menjadi keliru . . . risau . . . bimbang dan takut andainya pilihan yg akan kita ambil nanti membuatkan kita rasa menyesal di kemudian hari.mungkin kita akan menyalahkan diri sendiri dengan keputusan tersebut. "alangkah baiknya kalau aku ...." "kenapa dulu aku tak buat macam ni ...." "kenapa dulu aku tak fikir macam ni ....." 

benarlah apa yg dikata kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah swt jua yg menjadikan perancangan kita itu benar-benar terlaksana atau sebaliknya.andainya perancangan tersebut tidak berlaku seperti yg diharapkan,jangan sedih.jangan marah.jangan pernah sesekali ada perasaan menyesal.mungkin apa yg kita mahukan dan inginkan pada ketika itu masih belum sampai saatnya nanti.

tapi kenapa?bukankah kita selalu berdoa pada Allah swt.sentiasa memohon padaNya dengan hati yg tulus suci dan dengan perasaan rendah diri sebagai hambaNya.tetapi kenapa Allah tidak memakbulkan doa dan permintaan kita? ya sudah tentu Allah itu Maha Sempurna.Dia adalah ar-Rahman dan ar-Rahim.Dia mendengar setiap permintaan dan doa dari hamba-hambaNya sebab Dia Maha Mendengar.bila tiba saatnya pasti Allah swt akan memakbulkan setiap doa-doa kita. 

pernah tak dengar ada kata-kata hikmah menyatakan ;

"Allah never give you what you want, but He gives you what you need"

benarlah apa yg tersirat di dalam kata-kata ini.andai Allah swt memberikan apa sahaja yg diminta oleh manusia ; kekayaan,kecantikan,kecerdikan dan apa sahaja sudah tentu hidup ini nampak terlalu sempurna.tanpa ada ujian dan dugaan yg mencabar.tetapi sebaliknya Allah swt hanya memberikan rahmat dan anugerahNya kepada yg benar-benar memerlukan.



hidup inilah adalah satu pilihan.kita berhak membuat apa sahaja pilihan dalam hidup.andai pilihan tersebut silap, jangan pernah ada perasaan menyesal.kesilapan yg kita lakukan itu sebenarnya mematangkan diri untuk menjadi lebih dewasa dan tabah menghadapi ujian dan dugaan.semoga pada masa hadapan kesilapan itu tidak akan pernah berulang kembali.

Rabu, 6 November 2013

#33 hari jubah

Assalamu'alaikum





alhamdulillah setelah tiga tahun berjuang mencari ilmu akhirnya berjaya jua mengenggam segulung ijazah sarjanamuda. syukur padaNya.alhamdulillah.segala penat lelah jerit perit suka dan duka yg dilalui selama tempoh tiga tahun ini memberikan sejuta kegembiraan padaku.tempoh tiga tahun yg penuh dengan ujian dan dugaan yg terkadang membuatkan timbul rasa putus asa,bergelut dengan pelbagai masalah yg ada.tapi akhirnya dugaan dan ujian itulah yg sebenarnya mengajar aku untuk terus dewasa.

tanggal 27 oktober 2013 jam 1.30 petang.tarikh keramat buat semua pelajar Fakulti Pengajian Islam menerima skrol ijazah.semuanya segak berpakaian jubah konvo berwarna hitam.berdebar hati menghayun langkah masuk ke dalam dewan dectar untuk menerima ijazah. perasaan masa tu bercampur baur gementar,sedih apatah lagi perasaan gembira yg teramat sangat.

terima kasih yg tidak terhingga buat family tersayang.mama,abah dan nany.buat mama yg always menjadi pendengar setia celotehku apabila ada masalah.buat my brothers yg selalu melayan peragai kakaknya yg entah apa-apa.kadang moody kadang okey-okey je.thank you sooo much untuk kalian.always give me moral support.

terima kasih juga untuk kawan-kawan batch usuluddin & falsafah especially to my love; sima, kak shariha, ilyana dan zulaikha.mereka yg always with me time susah senang, bergelak ketawa, study sama-sama time exam, keluar hang out sama-sama,melepak bilik korang sambil layan citer korea time hujung minggu. o_o
banyak sangat kenangan indah dengan korang.tak mampu nak tulis satu-satu kat sini.bila terkenang kembali kenangan itu pasti membuatkan kita tersenyum saling merindui.rindunya pada kalian semua.terima kasih kerana hadir dalam hidup sy dan menjadi sahabat yg paling istimewa.syukur padaNya kerana menemukan kita,kalian augerah terindah buat sy.selamanya.moga ikatan ukhwah ini tersimpul erat dalam rahmat kasih sayangNya sehingga ke jannah.insha Allah ^^




kami berlima ^^

semoga kalian sentiasa berjaya dalam hidup masing-masing dan dalam apa jua perkara yg dilakukan.pesanan ikhlas dariku semoga cepat-cepat dapat jodoh. eh eh..terasa pulak kiter. hehee.

dan tidak lupa terima kasih kepada semua lecturer di Fakulti Pengajian Islam; terutamanya lecturer jabatan usuluddin dan falsafah yg telah banyak mencurahkan ilmu dan berkongsi ilmu pengetahua.tanpa mereka semua tidak mungkin aku mampu menghabiskan pengajian.terima kasih kepada peyelia tesis, ustaz siddiq yg banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat untuk menyiapkan tesis.sentiasa memberi kata-kata semangat untuk sy.dan yg paling best ustaz bagi A markah tesis sy.Ya Allah gembira sangat.syukran jazilan ustaz.tak mampu nak balas semua jasa guru-guru,ustaz ustazah yg telah mengajar cuma sekalung terima kasih dan doa kepada mereka semoga setiap penat lelah mereka mengajar kami dibalas amalan pahala daripada Allah swt.




tersergam indah Fakulti Pengajian Islam UKM



photoshoot hari jubah ^^ 

























kami ex-smka wataniah 
^^
kami datang dengan niat yg satu untuk mencari ilmu di bumi ukm ini.akhirnya kami berjaya jua menamatkan pengajian di sini.terima kasih buat guru-guru di smka wataniah terutamaya guru tingkatan 6 yg terlalu banyak mengajar kami dari mula bertatih sehinggalah kami boleh berjalan sendiri demi mengejar sebuah cita-cita dan impian.

tak sempat nak bergambar dengan kawan-kawan ex-wataniah yg lain;kak ikrimah, syuhada, suhaimi, zuhairi, azwani, amir, fida'iy dan zainuddin. kami sebelas orang semuanya. apa-apa pun tahniah buat korang semua.selamat bergraduasi.tak sempat jumpa ucap tahniah.


my besties; chah

dalam ramai-ramai kawan yg sy ada chah adalah kawan yg paling rapat.semenjak dari sekolah lagi.banyak kenangan susah senang kami harungi bersama.chah menjadi tempat rujukan dan penasihat setia bila ada masalah.tahniah chah dah konvo!


thank you so much for everyone.family, lecturers,kawan-kawan whose's always with me.tiada apa yg mampu sy berikan pada kalian cuma ucapan terima kasih for everythings.
alhamdulillah akhirnya i'm officially graduated.

Rabu, 9 Oktober 2013

#32 lagenda budak hostel

Assalamu'alaikum

fuuuh lama dah tak pot pet pot pet kat blog ni. mood nak update jadi malas bila line broadband lebih lambat dari siput berlari 0.o

Dah tengok movie Lagenda Budak Hostel?best jugak movie ni. sakit perut duk gelak.bila tengok movie ni tiba-tiba tersengih sorang-sorang sebabnya teringat citer dulu-dulu masa tinggal di asrama.banyak kot kenangan kat hostel sekolah dulu.manis, pahit, kelat semua ada. 

sy apply sambung form6 kat smka wataniah.sekolah ni antara sekolah yg terbaik di Kelantan dan dapat anugerah sekolah kluster.sape-sape yg dapat masuk sekolah ni memang salute lah,result student pmr dan spm kat sini memang among the best.dulu mak cik sy ingatkan sy masuk sekolah askar sebab nama sekolah wataniah. hahaa.kelakar pulak  >_<

disebabkan rumah jauh terpaksa tinggal di asrama.first time jadi budak hostel masa tu.dah tu kena lantik jadi penolong ketua dorm.ketua dorm pulak fauzan@poje.fauzan ni memang budak wataniah dari form4 lagi. kiranya cikgu-cikgu memang dah lama kenal dia.budak-budak dorm takut dengan fauzan sebab dia tegas. actually bagi sy dia baik and gila-gila jugak orangnya, kadang-kadang je dia tegas.

so bila dah jadi budak hostel ni kena bangun awal pagi nak bersiap.kalau terlambat bangun alamatnya kena tunggu turn kat bilik air la jawabnya.biasanya sy bangun pukul 5pg atau 5.30 pagi. haa amik kau pagi betul bangun.dan benda sy paling tak suka and annoying bila kena tunggu lama-lama kat bilik air.dah tu ada plak budak yg siap tanda turn untuk kawan.bila kita tanya mana kawan.dia jawab “ada kat dorm,dia pesan kalau dah siap suruh kejut dia”.ewaah..boleh plak kawan dia tengah sedap-sedap tidur.Huh!

pernah sekali sy terjaga dari tidur.macam biasa lah,amik tuala pergi bilik air.entah kenapa rasa macam tak sedap hati.patah balik masuk dorm.tengok budak-budak dorm tengah tidur lagi.selalunya setiap pagi sy orang pertama yg bangun dulu.tengok balik jam ho’aloooh patut la rasa lain macam baru pukul 3.30 pagi rupanya.pergis ambung tido balik. Zzzzzz. haaaha

kalau cerita bab kena rotan tu ada la jugak dua tiga kali kena rotan.hahaao :D  first time kena rotan dengan cikgu Hasmin Kartini sebabnya hari tu tak pergi prep.tapi kami tak nak pergi ada sebab.masa tu kelas sementara untuk lower six kat bilik bbm.habis sekolah cikgu bbm kunci kelas tu. jadinya kami tak ade kelas nak prep.then nak dijadikan cerita ada budak2 form3 ponteng kelas tambahan cikgu Hasmin Kartini.dia marah,pergi cari budak-budak form3 ni kat asrama.kami ni yg tak tahu apa-apa kena rotan sekali.ingat lagi cikgu tu masuk dorm terus zaaap zaaap zaaap rotan.semua yg ada kat dalam dorm kena rotan.terkejut giler time tu.sakit kot kena rotan.dua hari jugak lah masih ada kesan rotan kat kaki. hahaaa tula malas pergi prep. 

kali kedua kena rotan dengan cikgu zulkifli@cikgu disiplin.ceritanyaaa…. maas tu sudah siap-siap nak pergi prep tiba-tiba kawan suruh tunggu dia kejap sebab dia tak siap lagi.then masa kami jalan nak pergi prep tu. ehh.... tiba-tiba nampak budak-budak asrama duk berbaris panjang masa tu tak tahu apa-apa lagi.rupanya cikgu zulkifli ada kat depan tengah pegang batang penyapu.cikgu marah sebab kami lambat pergi prep. tengok jam.cikguuuu!!kami lambat 5@10 minit je puuun.tak kan kena denda jugak.huh, ingatkan cikgu nak pukul dengan rotan rupanya dengan batang penyapu yg dia pegang tu.whaaat!!tapi tak sakit pun,rasanya kalau pukul dengan rotan tu lagi sakit.wuhuuu.start dari hari tu lepas makan tengah hari kat dewan makan terus pergi kelas prep tanpa mandi dan menukar baju sekolah. 0_o  yelaa..kan lambat pulak kena rotan lagi. bila lepas solat asar kat masjid baru balik mandi.ku rela tak mandi daripada kena rotan ^^

kali ketiga kena rotan dengan ustaz awang@warden asrama masa roll call.yg ni tak ingat sebab apa.yg ingatnya kena rotan je. hahaaa. adeeh.kelakar je bila ingat balik. 

masa inspection lagi lucu ^ ^ setiap hari jumaat kitorang ada inspection.kena bersih dan kemaskan dorm.lap cermin,lap kipas,kemaskan katil dan locker,susun kasut atas rak dan maaacam-macam lagi kerja.nanti warden akan masuk check setiap dorm.tapi….bila warden habis je buat inspection,huh habis tunggang langgang balik dorm. 

bila orang cakap alaa duduk asrama best la, tak payah kena suruh dengan mak buat itu buat ini.makan minum orang dah sediakan.beratur je pergi amik makanan. bagi sy sama je bagi student yg tinggal kat rumah atau hostel.sama-sama ada tanggungjawab.cuma bagi yg tinggal di hostel tu of course terikat dengan disiplin la kan. hehee.sometimes sy rasa buat apa la nak kena ikut disiplin semua ni.kalau tak ikut kan kena denda.well disiplin dan peraturan itulah yg sebenarnya mengajar kita untuk menjadi orang. supaya kita tahu nak hargai masa dan how to manage our life daily.for me sepanjang jadi budak hostel walaupun selama dua tahun je pun actually banyak mengajar hidup berdikari.bermula dari bangun pagi saaaampailah ke malam. betul tak.sape budak hostel mesti setuju dengan sy kan. yepp yepp hooray! 

## selalu kena tegur dengan ustaz hilmi sebab mengantuk dalam kelas.kadang-kadang ustaz cakap apa pun tak fokus dah sebab fikiran dah melayang-layang.bila kena tegur cepat-cepat buka mata luas-luas tapi lepas tu tidur balik. hahaaa. kenangan dulu-dulu. LOL. 

bye
  xoxo 

Selasa, 16 Julai 2013

#31 ahlan wasahlan ramadhan

Assalamu'alaikum

alhamdulillah hari ni sudah seminggu kita berpuasa di bulan ramadhan bersamaan 16 julai 2013/1434H. syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan ramadhan pada tahun ini. satu bulan yg sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. bulan yg mulia dan penuh barakah. ahlan wasahlan ya ramadhan kareem. ^ ^

puasa tahun ni dapat berpuasa bersama family. tahun lepas berpuasa bersama housemate kak ikrimah dan solehah sebab time tu tengah praktikal. bila diingatkan balik suasana berpuasa kat rumah sewa dulu tak ade lah meriah sangat macam kat rumah. masak pun ala kadar je. biasa la orang bujang katakan . hewhew 0__o awal-awal puasa tu rajin lagi memasak. tapi bila dah masuk tengah-tengah puasa tu memang beli kat kedai je la. masing-masing malas nak masak dah.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'setiap satu amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya' ".
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)


puasa di bulan ramadhan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga tapi banyak hikmah di sebaliknya. mari kita faham apa sebenarnya maksud puasa. puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri. dari segi syarak pula bermaksud menahan diri daripada makan dam minum untuk suatu jangka masa tertentu (bermula dari fajar sehingga terbenam matahari). wajib bagi umat Islam melaksanakan puasa di bulan ramadhan. ini berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan hadith 

"pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa "
(Surah al-Baqarah: ayat 185)

"Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah swt dan bahawa Muhammad saw utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, haji dan berpuasa di bulan Ramadhan".
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan lain-lain)

antara amalan-amalan sunat yg boleh kita lakukan dan sentiasa amalkan terutamanya di bulan ramadhan ini seperti melewatkan sahur, menyegerakan berbuka puasa, menghidupkan malam dengan solat terawih dan qiamullail, meninggalkan segala percakapan dan perbuatan yang kotor, memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, bertasbih dan bertahmid dan bersedekah kepada orang yg kurang berkemampuan. bulan ramadhan inilah peluang bagi kita untuk meng 'top-up" kan ganjaran pahala. kan kan >_< insha Allah. sama-sama kita mengamalkannya. 

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

=) bau mulut orang yg berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah swt.

=) para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

=) Allah swt memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu. (mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).

=) syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

=) mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).

mantapkan niat. tinggkatkan amalan di bulan ramadhan yg mulia ini. selamat berpuasa.
xoxo

Khamis, 27 Jun 2013

# 30 biru langit kita






sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama di sini

seindah hari ini 
indahnya bak permaidani taman syurga
seindah hati kita walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan Illahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini

# 29 my thesis

Assalamu'alaikum


alhamdulillah thesis dah selamat dihantar ^ ^. pagi tadi pergi amik kat kedai. lepas tu terus pergi hantar kat penyelia. kami sembang-sembang kejap pasal perancangan masa depan. huhuu >_<  yg paling terharu time cakap terima kasih kat ustaz sebab banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar untuk siapkan thesis ni. then mintak maaf dengan ustaz andai ada salah silap. hehee. kite segan sebenarnya. lepas ni dah tak jumpa ustaz, kalau jumpa pun time konvo nanti. insha Allah. 

terima kasih kepada kawan-kawan yg banyak tolong sy untuk siapkan tesis ni. sama-sama kongsi idea. then sama-sama pergi bertapa kat library semata-mata nak cari bahan rujukan. hahahaa. sampai dah juling mata tengok buku-buku.

buat kawan-kawan batch sume semoga kalian berjaya. kita jumpa lagi time konvo yer. insha Allah. ^ ^




xoxo

Rabu, 26 Jun 2013

# 28 last day i'm here

Assalamu'alaikum ^ ^


attention attention . . . . .  

dengan ini mengumumkan officially hari ini sy sudah berjaya menamatkan study di ukm. baru habis jawab paper last petang tadi. alhamdulillah alhamdulillah diberi peluang olehNya mencari ilmu selama 3 tahun di sini. walaupun berjauhan dengan family. belajar hidup sendiri. mengurus kehidupan sendiri. merantau jaauuuh  sangat dengan niat mencari ilmu di sini. moga setiap ilmu yg sempat dikutip di sini dapat keberkatan dariNya. sesungguhnya inilah yg terbaik Dia tetapkan untuk sy. bersyukur sangat. walaupun banyak suka duka jerit perit untuk menghabiskan study di sini, tapi ia adalah kenangan terindah dalam hidup sy. hidup sebagai seorang student adalah moment yg paling best sekali. 

selama 3 tahun di sini rasanya banyak benda sy dapat belajar dan banyak pengalaman yg dapat dikutip. dengan pengalaman itulah yg mematangkan diri. kalau dulu macam budak-budak je, sekarang dah matured sikit hew hew >_<  

kawan-kawan batch pun ramai dah yg kawen dan yg akan kawen. mesti best ada family sendiri kan (nak cepat-cepat kawen laa camne) 0_o  eerrrr . . . . . 

to all my beloved friends terima kasih atas segala-galanya. terima kasih  sudi berkenalan dengan sy, melayan perangai sy yg entah apa-apa : p walaupun tak rapat or kenal gitu-gitu je kita tetap kawan kan >_<  moga ukhwah persahabatan ini terbina kukuh forever and ever. manisnya ukhwah persahabatan itu bila kita sentiasa merindui sahabat terchenta. kan kan 

setiap pertemuan pasti ada perpisahan. tipu la lan kalau tak sedih. tsk tsk T_T sobss sobss. buang jauh-jauh rasa sedih tu. campak dalam laut pun tak ape. kasi tenggelam jauh ke dasar. moga apa yg tinggal adalah kenangan terindah dalam setiap pertemuan itu. 

tesis pun dah pergi jilid. cuma belum hantar kepada penyelia lagi. insha Allah esok nak pergi amik kat kedai. hopefully everything will gonna be okay. nak siapkan tesis pun sampai stress (sape suruh buat last minute) :(  selagi tak siap edit selagi tulah hidup tak tenteram. kejap kejap edit bab ni. pastu edit yg bab lain pulak.  sampaikan nak makan pun tak ada selera. aaiishh. ape apun terima kasih sangat sangat kepada ustaz siddiq (penyelia tesis) banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar pada sy yg tak tahu apa-apa ni. banyak kongsi ilmu. hingga akhirnya berjaya jugak tesis sy disiapkan. 

esok nak balik rumah dah. huhuuuu. sedihhh. tak mau balik lagi. tak mau balik  T_T

barang-barang banyak lagi belum kemas. saje buat lambat-lambat kan. esok hari terakhir di bumi ukm ni.  uhuk uhuuk. u.k.m. i will be miss u. kita jumpa lagi bulan 10 ni yer. masa tu sy datang nak konvo. seronoknya tak sabar nak tunggu that day >_<  insha Allah moga dipermudahkan segala urusanku. allahumma amin. 

## gembiradalamsedih ## 

Khamis, 20 Jun 2013

27 cerita budak u part ll

Assalamu'alaikum 


entry ni sambungan dari entry yg lepas cerita budak u part l. panjang betul cerita sampai dah bersambung-sambung macam drama tv je kan >_< . xoxo

esok start exam untuk paper yg kedua. orang lain dah habis exam pun. adeeeh. still have 4 papers more tomorrow and next week. semoga dapat jawab dengan hati yg tenang. insha Allah.

eemmm i wanna to share the best moment forever me with my friends. hope this is not our last memory but it is our beautiful memont we're together. one day soon, bila tengok baca balik entry ni seriously i will nanges tsk tsk tsk   T__T . pasti merindui saat-saat macam ni.

banyak memori suka duka yg tersimpan. tersemat kemas di hati. tak mungkin membiarkannya berlalu pergi bersama detik masa yg berlalu. walau suatu hari nanti kita pasti berpisah membawa haluan masing-masing cuma dengan kenangan ini,, membuatkan kita kembali tersenyum. teringat kembali kisah kita bersama. 

































kenangan itu indah . . . . . . lots of love together  0__o

Khamis, 13 Jun 2013

# 26 sayang meeow :3

Assalamu'alaikum


suka meow tak? sy suka giler giler yg teramat sangat kat makhluk yg comel dan manja ni. my family suka sangat bela kucing. tapi abah kurang sikit kot. ooppss. perangai abah dia tak akan marah kucing kalau depan kitorang adik-beradik. walaupun time tu dia nak marah giler kat kucing. sebab dia tahu kitorang memang sayang kat kucing. tak pernah lah kitorang nak pukul-pukul atau sepak terajang kucing kat rumah. ibarat menatang minyak yg penuh gitu. jentik pun tak pernah. sebab tu la yayau jadi manja giler dengan kitorang. huuh! 

kalau kat rumah tak ade yayau rasa macam so bored. rumah pun sunyi je tanpa ngiauman si comel ni. dulu kat rumah ada 3 ekor kucing. mama suka bela kucing jantan je. dua ekor kaler sama putih tompok-tompok hitam. kami panggil yayau besar (takde nama spesifik...hahaa) mail (nama yg mama bagi) dan seekor lagi nama oyen sebab kaler bulu dia oren. tapi sekarang yg tinggal oyen je. yayau besar dan mail dah tak ade. pergi tinggalkan kami untuk selama-lamanya. huhuu T__T ditakdirkan dua-dua ekor ni mati kena langgar. mula-mula yayau besar yg  mati. 

ingat lagi  mama suruh pergi tengok yayau besar sebab mama ada nampak dia duk kat bangsal dekat rumah mek (nenek). kami risau dah lama dia tak balik rumah. so sy pun pergi cari dia. patutla dia tak balik rumah. rupanya kaki dia luka sampai bengkak giler kaki. sy apa lagi, angkat dia bawak balik rumah. time tu  dia maarah-marah habis calar-balar tangan kena cakar. sampai rumah bagi dia relaks dulu. pastu letak ubat kat luka kaki dia. tapi kan yg nak marah nya. orang letak ubat, dia pergi jilat ubat tu. aaiiish. pastu bagi dia makan nasi. tp yayau makan sikit jer then letak dia dalam kotak. esoknya tengok dah tak ade dah. mama cakap pergi merayau lagi la tu. eeemm biar je la. 

suatu hari tu mama balik dari kedai. mama cakap yayau besar dah tak ade sebab kena langgar lori. mama nampak sebab time tu mama kat kedai.  that time rasa macam tak ade perasaan. rasa nak nangis tapi air mata tak keluar. tapi dalam hati tu memang sedih yg teramat-amat sangat. 

dan kisahnya sama jugak dengan mail. dia mati kena langgar kereta. this time pun mama sendiri yg pergi tengok. mama cakap darah keluar dari hidung. perut terburai. Allah... tak boleh nak bayangkan. sedih sangat. dua-dua dah tak ade. tak ape, kami redha walaupun sangat sayang kat mereka  ^ ^ 

sekarang tinggal oyen je kat rumah. buah hati pengarang jantung intan payaung kami. oyen je tempat kami bermanja-manja. perangai pelik sy suka cakap dengan kucing. amik oyen duk atas riba then cakap bla bla blaa.... pot pet pot pet biar dia tak paham pun. huhuu. sampaikan mama dengan adik-adik cakap sy gila sebab cakap dengan kucing. kucing paham ape kita cakap dengan dia. tapi dia jawab dalam bahasa kucing la. hahaaa. meow meoww miaaaauw (tuan sy dah gila, toloooong) :3 



mail. in memory. miss him. T_T


actually tak kira lah kita sayang haiwan apa pun. yg penting kita mesti menyayangi dan menjaga haiwan-haiwan ni. mereka pun makhluk Allah. insha Allah pasti dapat ganjaran pahala dari Allah kita sayang dan jaga haiwan dengan penuh kasih sayang. 

sahabat Rasulullah saw bertanya :"dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah saw :"menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala".   (Riwayat Muslim)



mail dan oyen
my little brother take this picture and send to me. he said "friends forever"
but now we just have oyen only. sobs sobss 



Rabu, 12 Jun 2013

# 25 tips hadapi stress

Assalamu'alaikum


alhamdulillah done with my first paper. and i have four papers more. huhuu >_< 

biasanya time exam lah waktu yg paling busy bagi student. tak kira lah student sekolah ke, student uni. then time tu lah tengok bilik berselerak dengan buku dan notes. dari atas meja pastu kat atas katil lagi ( same goes with me). ^ ^

okey this time nak share tips menghadapi stress. ooh stress be nice with me.

1. ingat ini ujian Allah

Allah swt tidak akan membebani seseorang hambaNya yg tidak mampu untuk menghadapi ujian tersebut. walau sukar macam mana pun ujian yg datang kepada seseorang, pasti Allah swt telah menyediakan jalan keluar. cuma kita perlu sabar sabar dan sabar sambil berdoa agar diberi kekuatan untuk hadapi ujian dengan fikiran yg positif. sentiasa bersangka baik dengan Allah swt. kadang-kadang kita berfikir kenapa Allah uji aku sebegini. muhasabah diri. Allah sebenarnya sayang pada kita. Dia nak uji tahap kesabaran kita sebab Dia nak tambah bonus pahala. so sweet kan.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
al-Baqarah: 286

and furthermore kita jangan mudah mengalah dengan ujian yg datang. tapi jadikan ujian itu sebagai kekuatan pada kita untuk menjadi seorang yg lebih kuat.

" bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan"
al-Insyirah: 6



2. bertenang dan jangan terlalu menekan diri

when we're face with problems tak kisah lah masalah besar ke masalah kecik jangan nak pening-peningkan kepala memikirkannya 24 jam. rilek dulu. pasti ada jalan keluar. lupakan masalah tu sekejap. pergi tenangkan diri atau buat any activity yg boleh buat kita rasa happy. contohnya pergi holiday dengan kawan-kawan kat pantai. renung lama-lama pantai tu. kita ibaratkan hidup kita ni seperti pantai yg luas. kadang-kadang tenang dan kadang-kadang ada badai melanda. macam tu lah hidup kita. kadang-kadang okay without problems. tapi kadang-kadang bertimbun dengan masalah. melihat kebesaran dan keagungan Allah sebagai Pencipta Yang Agung. pantai memberi ketenangan pada hati yg resah. try buat !!! you will feel good and awesome. 





3. enjoy the problem

hidup tanpa ada ujian pasti tak meriah. always be happy je. stress boleh mengajar kita untuk balance kan emosi. ada masa happy, ada masa marah, ada masa sedih dan kecewa dan ada masa biasa-biasa sahaja. you just face the problem. at the same time think positive to get out with that problems and just enjoy. no need to be stress anymore, take your time insha Allah there must be a reason for all  your problems.




4. bincang masalah dengan orang lain

haa part ni pun penting jugak. jangan nak pendam sorang-sorang masalah yg kita ada. sometimes kita kena berani untuk luahkan pada orang lain masalah yg terpendam di hati. cari kawan-kawan, parents, kaunselor atau orang yg kita percaya boleh mendengar masalah kita tu. just sharing with them. mungkin orang lain boleh membantu bagi nasihat atau pandangan untuk selesaikan masalah tu. biasalah bila dah stress tu, fikiran dah bercelaru. can't think positive. then bila luahkan masalah pada orang lain at least kita  rasa lega ibarat dah buang segala bebanan yg ada.


last but not least. always pray to Him. because He know what is the best in your life. He don't give what you want but He will give you what you need in your life. selalu dalam hidup ini kita berfikir kenapa Allah uji aku dengan pelbagai ujian sampaikan kita rasa tak mampu nak hadapi ujian itu. like what i'm say, always think postive. mungkin kita tak nampak lagi kemanisan yg Allah akan bagi bila kita berjaya menghadapi ujian yg Dia hadirkan dalam hidup kita. And always pray to Him semoga diberi kekuatan untuk meneruskan ujian dan dugaan hidup. insha Allah. 

apabila kita redha pada sesuatu yg mengecewakan hati kita, maka Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yg tidak dijangka. i'm feeling so  great  ^ ^

## as reminder for myself too. 

Ahad, 9 Jun 2013

# 24 musim exam

Assalamu'alaikum and good morning ^ ^


mood happy sebab esok exam...yuhuuu >_< happy? banyak lagi subjek yang nak buat ulangkaji. huhuu.

dua tiga hari ni busy meng'edit' thesis. alhamdulillah. semoga dapat cepat-cepat siapkan. semua bab dah siap. cuma nak edit lagi sikit. nebes jugak bila memikirkan bab thesis ni.

rupa-rupanya dah last sem kat ukm ni.  and esok adalah final exam. after this bye bye ukm. sobs sobs sobs.



kualiti gambar kurang jelas. sem ni sy ada 5 paper. ok as reminder for me : 


kajian hadith masa kini       ---------> 10/6 [8:30 am]

tasawuf perbandingan         ----------> 21/6 [8:30 am]

kajian teks usuluddin & falsafah      --------> 24/6 [8:30]

kajian tasawuf sunni & falsafi     --------> 26/6 [8:30 am]

kajian rohaniyyat & samiyyat     --------> 26/6 [3:30 am]


jadual exam tak de padat sangat. kira ok la. ada gape beberapa hari. tak payah nak stress-stress sangat. and tempat exam pun tak jauh pun dari kolej, kat Dewan Tun Abdullah M.Salleh. student kat sini pangil dtam je. panjang sangat nak menyebutnya. pernah dulu ada sorang kawan ni, masa isi borang kehadiran masuk exam [wajib isi masa masa exam] kat item "tempat peperiksaan" dia eja K.E.T.A.M .ooopss. then pegawas peperiksaan minta betulkan balik eja D.T.A.M.S. ejaan lain tapi bila sebut bunyi macam sama, ada kekeliruan di situ. >_< . sy ni punyalah jahat gelakkan kawan tu. sory awak,,tak sengaja nak gelakkan awak. heheee.

mood study sudah mai. belajar pagi-pagi ni best. sambil ditemani kicauan burung-burung. heheee >_< . 

kepada kawan-kawan study elok-elok ea. study smart ok nope study hard. semoga dapat jawab exam dengan hati yang tenang jiwa yang khusyuk dan semoga kalian semua mendapat kejayaan yg cemerlang. insha Allah. bittaufiq wa najah semua ^ ^ .

esok first paper. nebes nebes. usaha tu usaha jugak. tapi jangan lupa mohon pada Allah swt agar diberkati setiap ilmu yg kita dapat. moga diri kita menjadi insan yg berjaya dunia dan akhirat. insha Allah.


Khamis, 30 Mei 2013

# 23 pertemuan & perpisahan

Assalamu'alaikum   ^ ^


semalam kami berkongsi saat suka duka bersama. kami sama-sama menempuhi segala onak duri yg datang bak ombak badai di pantai gitu. hehe ^^  demi mengejar sebuah cita-cita dan harapan untuk bergelar seorang mahasiswa. alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan izinNya kami diberi peluang untuk menghabiskan pengajian selama tiga tahun di bumi ukm ini. in reality hanya tinggal sebulan je lagi untuk menghabiskan sisa waktu yg masih berbaki. minggu depan cuti study week then after that dah exam final for the last year we're here. sobs sobs sobs. cediih. 

perasaan sekarang rasa bercampaur baur. happy sebab dah nak habis belajar. but at the same time rasa sedih sebab after this terpaksa berpisah dengan kawan-kawan. tssk tssk T__T  kita selalu dengar orang cakap setiap pertemuan pasti ada perpisahan. betul .... perpisahan itu pasti tetap berlaku, tidak mungkin kita boleh menghalangnya. but think positive. tak perlu untuk kita tangisi perpisahan yg berlaku. di sebalik perpisahan itu sebenarnya banyak mengajar kita untuk lebih menghargai setiap detik pertemuan kita bersama. kan kan kan. kita kan kawan < tetiba je >  : p

petang tadi jumpa dengan penyelia thesis. alhamdulillah sudah menyiapkan kesemua bab cuma ada sedikit pembetulan dan penambah baikan. nak kena touch up lagi. moga aku diberi kekuatan dan semangat untuk menyiapkan thesis ini. in sha Allah. fikiran jadi berserabut memikirkan thesis ni actually. tempoh hantar thesis pun tak lama dah. aaiissh  -_- tadi penyelia thesis kite ucap tahniah sebab dah siapkan semua bab. tetiba kite jadi termalu la pulak < blushing > wink wink. terus bersemangat nak siapkan cepat-cepat. 

eemmmm hari ini adalah kelas yg terakhir bagi tahun terakhir selama bergelar student ukm. Allah sayunya hati. petang tadi adalah langkah yg terakhir pergi kelas. kali yg terakhir pergi fakulti. kali yg terkhir untuk segala-galanya laaah. sobs sobs sobs < nangis lagi >  T__T pasti ku merindui saat-saat ketika bersamamu teman.  tetiba jiwang pulak ayat kite O_o

ini lah wajah guru-guru kami yg banyak mencurahkan ilmu pada kami. ini cuma sebahagian je dari lecturer. ada ramai lagi sebenarnya lecturer jabatan usuluddin. apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada mereka  kerana mengajar ilmu kepada kami yg kerdil ini, banyak melayan karenah kami yg macam-macam. sesungguhnya hanya Allah sahaja yg layak membalas setiap penat lelah mereka mengajar ilmu kepada kami .  dulu kami datang dengan tangan kosong. kami belum betul-betul kenal lagi dunia ini. sekarang kami diajar, dididik dan diasuh dengan pelbagai ilmu pengetahuan. supaya suatu hari nanti kami juga mampu mencapai kejayaan seperti mereka. 

*
*
*
*
*
*

 gambar-gambar ni diambil dari fb kawan-kawan. sory tau kite amik . sharing is caring. peace !! >_<




bersama ustaz faudzinaim. mengajar subjek tasawuf perbandingan.
walaupun mengantuk time kelas ustaz  tapi tetap cuba bukak mata luas-luas    >_<






ustaz zakaria stapa.
mengajar subjek tasawuf sunni n falsafi. ni kelas yg paling happy.
tiap kali datang kelas ni mesti dihiasi gelak ketawa and kelas yg paling best. 




kelas kajian teks usuluddin.
 yg comel kat tengah tu ustaz abd rahman >_<
seorang lec yg suka bagi nasihat dan pesanan. suka sangat bila ustaz always bagi kami nasihat. 




ustaz siddiq aka penyelia thesis sy.
ustaz mangajar kelas tutor kajian hadis. seorang lec yg cool and baik sangat-sangat.






ustazah jawiah. lec kajian hadis.
walaupun ustazah nampak garang tapi baik sangat.
sempat lagi buat lawak time mengajar.


alhamdulillah akhirnya hampir tamat sudah perjuangan kami di medan ilmu ini. moga apabila kami  melangkah kaki keluar dari bumi ukm ini kami mampu menjadi seorang pejuang ilmu untuk anak-anak bangsa pula. juga  menjadi seorang insan yg berjaya berkat tunjuk ajar dan ilmu dari guru-guru kami di sini.

lepas ni kita dah jarang-jarang jumpa. mesti masing-masing busy menyiapkan thesis dan study for final exam. eemmm nothing to say cuma kita nak pesan  -------> study rajin-rajin tau. moga sem ni dapat dekan. hehe >_<

# indahnya sebuah persahaban bila ditemani sahabat-sahabat yg sentiasa menasihati kita ke jalan yg diredhaiNya. bersama mencari cinta Illahi agar mekarnya perasaan kasih sayang dalam persahabatan # 
uhhibukum fillah. much much love >_<


Isnin, 13 Mei 2013

# 22 random


muka stress 0_o 

i've lot things to do ........ before i'm oficially gradute soon. submit assingment, essay, presentation and one more midterm.

and most important thing to do is try to finish my thesis. oohh my thesis still in construction. harap-harap dapat siapkan dalam masa terdekat ni. hopefully. bi iznillah. in sha Allah. just only a few weeks more for final exam. the final exam as a student at ukm. huhu 

## just random story >_<

Sabtu, 11 Mei 2013

# 21 she be only one in my heart

Assalamu'alaikum

as usual every year mother day atau hari ibu akan disambut over the world pada minggu kedua pada bulan Mei. tahun ni hari ibu jatuh pada 12 Mei 2013. well setiap hari adalah hari ibu bagi sy. tak perlu kepada tarikh yg tertentu untuk ucapkan kasih sayang kita pada ibu. betul tak. ada sesetengah pendapat yg mengatakan haram bagi kita orang Islam menyambut hari ibu. oleh itu sesetengah ulama memberi pandangan yg mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarah hari ibu yg menjadi antara perayaan yg disambut oleh orang-orang Kristian. 

meraikan hari ibu atau hari bapa adalah harus, terbuka kepada kedudukan setiap anak-anak. sesiapa yg mendapati ianya dapat menggembirakan ibu bapa mereka, maka teruskanlah. namun sesiapa yg dapat mewujudkan ruang lain untuk menggembirakan ibu bapa mereka tanpa terhad kepada hari ibu atau hari bapa, sudah tentu ia adalah lebih baik [boleh rujuk disini] .

mum thank you because giving birth me till i'm already 23 years old now. membesarkan dan mendidik sy. dulu sy degil, keras hati dan selalu memberontak. suka lawan cakap mama. always buat muka tak puas hati. selalu menyusahkan mama. tapi ..... mama .... sentiasa sabar melayan perangai sy yg entah apa-apa. T__T

bila dah besar baru sy tahu untuk menghargai setiap penat lelah mama dan kesabaran mama menjaga kami sampailah kami adik-beradik dah besar. yg sy perasaan antara kami tiga beradik, walaupun kami nakal sekalipun kami memang tak boleh tahan bila membabitkan something about ours mama. kami tak boleh tahan kalau tiba-tiba kami buat mama marah or sedih. rasa bersalah sangat-sangat kalau buat mama menangis. 

maaf mama... dulu kami memang nakal dan kami selalu buat mama sedih. kami selalu bantah cakap mama, bila mama nangis on the spot rasa bersalah sangat-sangat. macam-macam hal kami buat masa belum matang dulu-dulu. sekarang kami tak nakal dah. hehe >_<  but now i know you're very patience mum for us forever. 


to my beloved mama,, thanks mama for everthing you done for us. menjaga kami dan menyayangi kami and aaalll the things you have done. and thank you Allah because You give us the best mum in my life. may Allah bless you always mum in this world and the hereafter. i reaaally love you. because you are only one be my mum. <3

oleh itu, kami janji lepas ni kami tak nak nakal-nakal dah. hehee >_< peace !!!
ekceli kite kan tak ade duit yg berkepuk-kepuk nak beli hadiah untuk mama sebagai tanda terima kasih. tapi kite cuma ada kasih sayang dan rindu untuk mama. kalau boleh hari-hari kite nak bagi hadiah kasih sayang dan rindu ni kat mama. harap mama sudi terima. ^^  we will make anything just to make you smile.

always keep and touch with our parents. sibuk macam mana pun kita jangan lupa untuk bertanya khabar ibu ayah. bila satu saat mereka sudah tiada pasti kita akan merindui mereka. hargai dan jaga mereka selagi mereka masih ada bersama kita. dan setiap hari doakan kesejahteraan ibu ayah semoga mendapat kebahagiaan dan rahmat Allah di dunia juga akhirat. in sha Allah. remind for myself too. 




you know mum..... that you're number one for me. forever.
love you forever untill the end for my life. no one can replace you in my heart.

Jumaat, 10 Mei 2013

# 20 Dinner Night

pertama kali dalam sejarah pergi majlis dinner. majlis dinner kolej yg dua tahun sudah tak pernah pergi pun.  dinner kolej tahun ni pun malas pergi jugak. orang lain excited dah daftar nama. ^^ 

semalam majlis dinner fakulti pengajian islam untuk student tahun 3. kiranya majlis ini untuk meraikan student-student tahun 3 dari semua jabatan fpi yg akan bergradute bulan 10 nanti. In Sha Allah. first time attend dinner actually. huhu. dah la datang lambat, selamba je masuk dewan pergi cari meja. sampai lupa nak daftar nama dulu. aiish excited kemain. >_< yg best nya kite dapat cenderahati tau. terkejut jugak actually dapat hadiah ni. tetamu yg datang dapat tafsir al-Qur'an. so excited. bertambah lagi koleksi buku. Alhamdulillah ^^ 





tafsir al-Qur'an edition in English language


semalam dapat makan macam-macam. alhamdulillah balik dengan perut yg kekenyangan walaupun penat. part yg paling best for ever bila meja kami menang cabutan bertuah. waaah lagi excited. bersorak keriangan kami semua. dapat hamper besar pulak tu >_< . sambil makan-makan ada persembahan dari student dan lecturer. then ada pemberian anugerah kepada student-student yg cemerlang dalam akademik dan ko-kurikukulum. dan ada juga anugerah untuk ustaz dan ustazah pilihan. syarat untuk menang mesti punctual datang dinner dan memakai pakaian yg mengikut tema iaitu merah, hitam dan putih. memang patut diorang menang sebabnya memang menepati tema. kite pulak pakai je apa yg ada dalam almari. hehee ^^



besarnya hamper ^__^

last sebelum balik sesi bergambar untuk setiap jabatan. well tengok semua orang excited nak bergambar. 
mostly ramai je kawan-kawan yg sama batch datang. happening sangat. but in the same time sedih jugak sebab ni adalah kali pertama dan terakhir kami semua dapat kumpul sama-sama after dah tiga tahun kat bumi ukm ni. dinner semalam memang yg terbaik for ever. 

alhamdulillah dapat melakar sebuah kenangan terindah bersama kawan-kawan dan lecturer. mengabiskan sisa-sisa waktu yg masih ada ni bersama-sama.  tetiba rasa sedih pulak T__T. 


kami kembar tapi lain parents ~weeiii ^^


aishah <3 
my besties my schoolmate and she is part of my heart  lol !!






lately busy sangat. busy attend dinner. hahaa. next week ada dinner jabatan usuluddin dan falsafah pulak. 0_o