Ahad, 30 September 2012

Birthday girl....Ika ^ ^

Assalamu'alaikum >_<

Selamat hari lahir to my beloved friend Siti Zulaikha Pozi@ Ika yg ke 22.Eh..eh dah tua dah Ika.hikhik.. (perasan muda) =_= , my birthday will coming soon on this november.By the way, semoga Ika sihat-sihat selalu dan sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.Insha Allah. 

sempena dengan birthday Ika ni, kitorang buat majlis makan-makan sikit.Just panggil kawan-kawan terdekat jer.yg datang hari tu Yana, Sima, kak Atiqah dan saeidah. mastermind untuk majlis makan-makan ni ialah kak Shariha.Awal-awal pagi lagi dah mesej suruh pergi bakery nak sambut birthday Ika ^_^. Lepas kelas,cepat-cepat lari ke bakery,takut terlambat pulak.nasib baik lecturer keluar tepat pada waktunya.huhu..sampai jer kat bakery,rupanya diorang dah sambut birthday Ika,terlambat jugak sikit.

Part yg bestnya dapat makan kek dan snap the picture.  >_<. part bergambar ni memang tak boleh tinggal.



birthday girl Ika >_<


cake girl..eerrr *_*

kawan-kawan saya..!!! much luv for u all  =)

May Allah bless you always my dear Ika. Semoga ukhwah persahabatan yg terbina ini sentiasa kekal hingga ke akhir hayat.Insha Allah.

Jumaat, 21 September 2012

Assalamu'alaikum ^ ^

pagi tadi penat berjalan dari kolej dalam kelajuan 20km/j (sebab pejalan kaki okeh..).konon-konon takut lewat sampai kelas.tengok jadual kelas hari ni start pukul 11.00 pagi.okeh dah take noted.then,macam biasa bersiap-siap nak pergi kelas.tapi rasa ada something yg tak kena hari ni.apa dia yer?? just wondering.. hhhmmm 0__O

rupa-rupanya..know what?? diriku tersilap salin jadual.kelas pagi ni sepatutnya start pukul 10.00 laa.kuliah kajian tarekat dua jam.sy pulak pergi pukul 11 pagi.Aduii..malu la nak masuk kelas.At last,tak jadi masuk kelas.punya la tadi kemain lagi jalan laju-laju nak pergi kelas,tapi tak masuk kelas pulak.huhhuu.. T__T bukan apa, malu kot.Lecturer yg mengajar kuliah sporting je.tapi ustaz tu suka menyakat.minggu lepas si azwani dengan raja datang lambat pasal tak jumpa cari kelas.dah jadi perkara biasa kalau student tak jumpa cari kelas bila start sem baru.hahaa.. >_< satu kelas gelakkan diorang.tambah lagi ustaz pun joint sekali kenakan diorang.cuba bayangkan kalau sy masuk kelas lewat sejam.Ya Allah,malunya.selama ni tak pernah-pernah 'termissed' kelas.terpaksa minta nota dengan kawan-kawan.Adooiii.

takpe la.kita belajar dari pengalaman hari ni untuk mematangkan diri.kalau kita tak pernah buat silap,macam mana kita sedar kelemahan dan kekurangan diri kita kan.terima kelemahan itu dengan hati terbuka dan berfikiran positif.cuba perbaiki kelemahan itu sedikit demi sedikit.InsyaAllah,moga-moga kita dapat menjadi seorang insan yg lebih matang.setiap manusia tak sempurna,selalu buat kesilapan.macam sy.huhu...

p/s : tak nak missed kelas dah lepas ni...huhu.take noted qaseh!!! gggrrrrr. 



Rabu, 19 September 2012

Qaseh masuk penjara....biar betul?

Assalamu'alaikum ^ ^

warning : entry panjang.luangkan masa anda untuk membaca.. >_<

nak story sikit pengalaman buat praktikal kat Penjara Pengkalan Chepa.dua bulan lebih buat praktikal kat situ.Actually banyak sangat pengalaman duk kat penjara.walaupun ada jugak sikit-sikit pengalaman pahit tuh,tapi kenangan manis tu lebih berharga actually.

sape pernah try masuk penjara??cepat...!!!angkat tangan.tak ade kan,sape nak masuk penjara free2 macam tu je.uhukuhuk..Mula-mula rasa cuak jugak nak buat praktikal kat penjara.tapi dah terpaksa.boleh je nak choose tempat lain,tapi tym tu cuti semester dua bulan.so ingat nak pilih tempat praktikal yg dekat dengan rumah.dalam banyak2 tempat,ppc ni jelah yg paling dekat.adoii..terima jelah.pasrah walaupun terpaksa. T__T.

First tym menjejakkan kaki dalam penjara macam-macam benda fikir.takut pon ade.jumpa dengan penyelia kat sana..ustaz Ilham.ingatkan ustaz ni garang orangnya.rupanya sempoi jer..fuuh,nasib baik.then,kenal dengan staf-staf kat sana.pastu ustaz bawak kami (sy and dua orang kawan lagi) pergi kat penjara wanita.kat sinilah sy keje.ooppss..lupa nak bagitau awal-awal tadi.kat ppc ni ada 8 orang sume yg buat praktikal.sume coursemate sy.5 lelaki dan kami 3 ladies..hehe.

then,kat penjara wanita ppc ni kitorang ditugaskan untuk bantu cikgu maryana mengajar kelas ppi (macam kelas agama macam tu).so,bermula lah tugas kitorang kat sini mengajar banduan belajar fardhu ain, belajar mengaji dan mengajar macam-macam lagi.every thursday kitorang buat game.tak ade lah banduan2 tuh boring sangat.actually,kitorang ni dah puas memeras otak mencari idea nak buat game apa.macam-macam game kitorang buat.huhu.

mesti kita ingat banduan ni jahat kan..kan..betul tak?mula-mula sy rasa macam tu jugak.tapi bila sy sendiri berada dengan diorang,borak-borak dengan mereka dan tanya masalah mereka..barulah sy tahu sebenarnya tak semua banduan tu salah atau jahat.mereka pon macam kita jugak,cuma jalan yg mereka pilih tu salah. bila dah terdesak,macam-macam kita boleh buat.mereka pon macam tu lah.ada yg mengedar dadah, khalwat,menghisap dadah,rompak,bunuh...mereka tak mintak pon nak buat benda-benda macam ni. mungkin keadaan yg menyebabkan mereka jadi macam tu.

kadang-kadang mereka suka berkongsi masalah, sampai ada yg menangis..ada yg menyesal dengan perbuatan lalu.bila dengar masalah mereka, buat sy jadi berfikir.hidup ini adalah pilihan.di hadapan kita terbentang luas dua persimpangan...lorong kebaikan dan lorong kejahatan.mana satu pilihan kita, semuanya terletak di tangan kita sendiri lorong yg mana satu untuk kita pilih.terkadang buat sy berfikir.. takdir dan ketentuan Allah pada setiap hamba-hambaNya amat indah sekali.mesti ada sebab dan akibat kenapa Allah hadirkan ujian, mungkin Dia nak kita jadi hamba yg terus tabah,jangan pernah putus asa.

tempoh dua bulan sy bersama mereka,banyak menginsafkan diri.membuatkan diri sy lebih suka bermuhasabah.menilai kembali dosa dan kesilapan yg mungkin pernah buat tapi tak sedar.mungkin kita rasa senang dengan keadaan kita sekarang.tak pernah terfikir ujian dan musibah yg bakal terjadi.mana tau suatu hari nanti Allah hadirkan ujian buat kita.Moga-moga Allah kuatkan hatiku.InsyaAllah..Masa last day buat praktikal,kami bersalaman dan minta maaf kalau-kalau ada buat salah silap kan.tym tu rasa sebak sebenarnya.sy tahan air mata.tak nak nangis depan mereka.huhu...ada banduan yg nangis,sebak barangkali kami akan meninggalkan mereka.

banyak sangat kenangan dengan mereka.tiada apa yg kami mampu berikan pada mereka,cuma kami harapkan semoga setiap ilmu agama yg kami ajarkan pada mereka,semoga mereka amalkan dengan sebaiknya.tiada apa yg dapat membantu mereka selain mendekatkan diri pada Allah.dan harapan kami semoga mereka insaf dengan kesilapan masa lalu dan kembali ke jalan yg betul.setiap yg bernama manusia pasti akan melakukan kesilapan sebab manusia tidak sempurna.Semoga kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa bersama mereka.

Antara kenangan manis kat sana, team safiyya tv9 (mesti pernah tengok kan3..) buat pengambaran kat sana. kalau tak silap tym tu sebelum bulan puasa.masa masuk keje pagi dah kecoh-kecoh dengar wadar bagitau ada orang tv nak datang.kitorang buat tak tahu jelah.tak amik kisah sangat.masa tengah mengajar kat kelas tu,tetiba team safiyya dah masuk.alamaaak!!!diorang nak shoot tym aku tengah mengajar ni ke (monolog ku di dalam hati). masa tu tengah mengajar iqra'.dah kelam kabut..nak buat macam mana ni!!!dah konfius dah bila tengok pengacara safiyya (Liyana) real depan mata wooo..selama ni tengok kat tv jer.uhukuhuk.well,buat muka selamba je.tapi dalam hati ni rasa nak tercabut jantung..berdebar-debar kot.hahaa..shooting tu dah on air kat tv9 9 sept lepas. tapi sayangnya tym tu diriku dah bertolak ke ukm.tak dapat nengok..sayangnyaa..mama cakap ada nampak muka sy tengah mengajar.hahaa..mesti kelakar kan.

pergi kelas ari tu,mula-mula bie yg tanya, "Eh,azida ada masuk tv kan ari tu?" "haa..yeker,xade lah" (bajet tak nak mengaku). hari ni pergi kelas,ada pulak kawan tanya benda sama..hahaa,,tumpang glamour jap.kuikui..bila lagi nak masuk tv kan...hehe ^_^

p/s:sori entry terlalu panjang.dah bagi warning awal2 tau. ^ ^.




Sabtu, 15 September 2012

Assalamu'alaikum

Fuuh..fuuuhh..!!!!manyak betul habuk kat blog ni.almaklumlah dah berbulan-bulan tak jenguk.malas nak menulis sebenarnya.ni nak kena kemas balik.sapu habuk-habuk yg ada.But finally Qaseh came back..hohoo 0__o

Dalam entry sebelum ni dah janji nak cerita experience masa buat praktikal kan.cerita yg tu kita hold on dulu okeh.Alhamdulillah syukur pada Allah swt kerana sy masih lagi diberi kesempatan dan ruang untuk meneruskan pengajian di ukm ni yg masih lagi berbaki setahun.Dah jadi super duper senior rupanya.Eemm..dah masuk tahun akhir,rasa macam baru je masuk u.Huhuu...

Eerrmm..something make me really sad T__T bila tak pasal-pasal kena tukar kolej.Yes I know that kolej burhanuddin helmi (kolej lamaku) tu depan kolej ibrahim yaakob je.setakat jalan lima minit pun sampai, bukan jauh sangat.Taapiii!!! kolej kiy tu actually tinggi bangat dong.Dah la flatlet gue tu nun di atas puncak bukit sana.Jauh nak jalan.Adoii..Masa daftar kolej ari tu, nasib baik ada kak Ain yg tolong angkatkan beg.Itu pun dah lelah bagai nak cari flatlet.Sediih woo.kolej kiy ni antara kolej yg t'tinggi kak ukm.Before this I always wondering macam mana la budak-budak kiy kena daki bukit kiy tiap-tiap hari.At last,sy sendiri yg merasa macam mana letih nak daki bukit tu..Huhuu..Apa la nasibku kena buang jauh-jauh macam ni.Macam daki bukit broga pulak...hahaa(lebih-lebih pulak). O__o

Tadi mengadu kat nany..cakap sakit kaki kena jalan jauh,pastu kena daki bukit (saje nak ngada-ngada) ngeeh..ngeh >_<. then nany suruh sabar,tinggal setahun lagi nak habis..kita datang sini nak cari ilmu. Okeh nany cayang..Tapi kan, rasa macam terasing pulak duk jauh-jauh ni.kat kawasan flatlet ni bukan ada orang pon.berapa kerat je budak-budak yg duduk sini.Eemmm...think positive is better right.reda dan terima setiap ujian dari Dia.I remind myself that maybe all that happens in my life there's something special behind it.Maybe for this time I don't know what is it.Mana tau Allah nak bagi sesuatu yg istimewa kan.Think positive >_<.

Semoga Allah memberikanku kekuatan untuk menempuhi liku-liku perjuangan mencari ilmu di sini.Moga ditetapkan semangatku untuk terus bermujahadah meniti setiap dugaan dan ujian yg diberikan.Aku hanyalah seorang insan yg lemah..tapi bila aku tahu bahawa Allah sentiasa ada bersamaku,sentiasa memberikan sesuatu yg terbaik dalam hidupku..aku reda dengan setiap ketentuanNya...kerana aku tahu pasti ada seribu hikmah yang tersembunyi.Yang pasti aku jangan pernah mengalah untuk meneruskan perjuangan di sini. InsyaAllah...moga dipermudahkan setiap urusanku.


jalan kat burhan.jalan ni lah yg sy lalu hari2 nak pergi fak. =)

=_=
tinggal kenangan dah.