Rabu, 9 Oktober 2013

#32 lagenda budak hostel

Assalamu'alaikum

fuuuh lama dah tak pot pet pot pet kat blog ni. mood nak update jadi malas bila line broadband lebih lambat dari siput berlari 0.o

Dah tengok movie Lagenda Budak Hostel?best jugak movie ni. sakit perut duk gelak.bila tengok movie ni tiba-tiba tersengih sorang-sorang sebabnya teringat citer dulu-dulu masa tinggal di asrama.banyak kot kenangan kat hostel sekolah dulu.manis, pahit, kelat semua ada. 

sy apply sambung form6 kat smka wataniah.sekolah ni antara sekolah yg terbaik di Kelantan dan dapat anugerah sekolah kluster.sape-sape yg dapat masuk sekolah ni memang salute lah,result student pmr dan spm kat sini memang among the best.dulu mak cik sy ingatkan sy masuk sekolah askar sebab nama sekolah wataniah. hahaa.kelakar pulak  >_<

disebabkan rumah jauh terpaksa tinggal di asrama.first time jadi budak hostel masa tu.dah tu kena lantik jadi penolong ketua dorm.ketua dorm pulak fauzan@poje.fauzan ni memang budak wataniah dari form4 lagi. kiranya cikgu-cikgu memang dah lama kenal dia.budak-budak dorm takut dengan fauzan sebab dia tegas. actually bagi sy dia baik and gila-gila jugak orangnya, kadang-kadang je dia tegas.

so bila dah jadi budak hostel ni kena bangun awal pagi nak bersiap.kalau terlambat bangun alamatnya kena tunggu turn kat bilik air la jawabnya.biasanya sy bangun pukul 5pg atau 5.30 pagi. haa amik kau pagi betul bangun.dan benda sy paling tak suka and annoying bila kena tunggu lama-lama kat bilik air.dah tu ada plak budak yg siap tanda turn untuk kawan.bila kita tanya mana kawan.dia jawab “ada kat dorm,dia pesan kalau dah siap suruh kejut dia”.ewaah..boleh plak kawan dia tengah sedap-sedap tidur.Huh!

pernah sekali sy terjaga dari tidur.macam biasa lah,amik tuala pergi bilik air.entah kenapa rasa macam tak sedap hati.patah balik masuk dorm.tengok budak-budak dorm tengah tidur lagi.selalunya setiap pagi sy orang pertama yg bangun dulu.tengok balik jam ho’aloooh patut la rasa lain macam baru pukul 3.30 pagi rupanya.pergis ambung tido balik. Zzzzzz. haaaha

kalau cerita bab kena rotan tu ada la jugak dua tiga kali kena rotan.hahaao :D  first time kena rotan dengan cikgu Hasmin Kartini sebabnya hari tu tak pergi prep.tapi kami tak nak pergi ada sebab.masa tu kelas sementara untuk lower six kat bilik bbm.habis sekolah cikgu bbm kunci kelas tu. jadinya kami tak ade kelas nak prep.then nak dijadikan cerita ada budak2 form3 ponteng kelas tambahan cikgu Hasmin Kartini.dia marah,pergi cari budak-budak form3 ni kat asrama.kami ni yg tak tahu apa-apa kena rotan sekali.ingat lagi cikgu tu masuk dorm terus zaaap zaaap zaaap rotan.semua yg ada kat dalam dorm kena rotan.terkejut giler time tu.sakit kot kena rotan.dua hari jugak lah masih ada kesan rotan kat kaki. hahaaa tula malas pergi prep. 

kali kedua kena rotan dengan cikgu zulkifli@cikgu disiplin.ceritanyaaa…. maas tu sudah siap-siap nak pergi prep tiba-tiba kawan suruh tunggu dia kejap sebab dia tak siap lagi.then masa kami jalan nak pergi prep tu. ehh.... tiba-tiba nampak budak-budak asrama duk berbaris panjang masa tu tak tahu apa-apa lagi.rupanya cikgu zulkifli ada kat depan tengah pegang batang penyapu.cikgu marah sebab kami lambat pergi prep. tengok jam.cikguuuu!!kami lambat 5@10 minit je puuun.tak kan kena denda jugak.huh, ingatkan cikgu nak pukul dengan rotan rupanya dengan batang penyapu yg dia pegang tu.whaaat!!tapi tak sakit pun,rasanya kalau pukul dengan rotan tu lagi sakit.wuhuuu.start dari hari tu lepas makan tengah hari kat dewan makan terus pergi kelas prep tanpa mandi dan menukar baju sekolah. 0_o  yelaa..kan lambat pulak kena rotan lagi. bila lepas solat asar kat masjid baru balik mandi.ku rela tak mandi daripada kena rotan ^^

kali ketiga kena rotan dengan ustaz awang@warden asrama masa roll call.yg ni tak ingat sebab apa.yg ingatnya kena rotan je. hahaaa. adeeh.kelakar je bila ingat balik. 

masa inspection lagi lucu ^ ^ setiap hari jumaat kitorang ada inspection.kena bersih dan kemaskan dorm.lap cermin,lap kipas,kemaskan katil dan locker,susun kasut atas rak dan maaacam-macam lagi kerja.nanti warden akan masuk check setiap dorm.tapi….bila warden habis je buat inspection,huh habis tunggang langgang balik dorm. 

bila orang cakap alaa duduk asrama best la, tak payah kena suruh dengan mak buat itu buat ini.makan minum orang dah sediakan.beratur je pergi amik makanan. bagi sy sama je bagi student yg tinggal kat rumah atau hostel.sama-sama ada tanggungjawab.cuma bagi yg tinggal di hostel tu of course terikat dengan disiplin la kan. hehee.sometimes sy rasa buat apa la nak kena ikut disiplin semua ni.kalau tak ikut kan kena denda.well disiplin dan peraturan itulah yg sebenarnya mengajar kita untuk menjadi orang. supaya kita tahu nak hargai masa dan how to manage our life daily.for me sepanjang jadi budak hostel walaupun selama dua tahun je pun actually banyak mengajar hidup berdikari.bermula dari bangun pagi saaaampailah ke malam. betul tak.sape budak hostel mesti setuju dengan sy kan. yepp yepp hooray! 

## selalu kena tegur dengan ustaz hilmi sebab mengantuk dalam kelas.kadang-kadang ustaz cakap apa pun tak fokus dah sebab fikiran dah melayang-layang.bila kena tegur cepat-cepat buka mata luas-luas tapi lepas tu tidur balik. hahaaa. kenangan dulu-dulu. LOL. 

bye
  xoxo 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan