Assalamu'alaikum
alhamdulillah hari ni sudah seminggu kita berpuasa di bulan ramadhan bersamaan 16 julai 2013/1434H. syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan ramadhan pada tahun ini. satu bulan yg sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. bulan yg mulia dan penuh barakah. ahlan wasahlan ya ramadhan kareem. ^ ^
puasa tahun ni dapat berpuasa bersama family. tahun lepas berpuasa bersama housemate kak ikrimah dan solehah sebab time tu tengah praktikal. bila diingatkan balik suasana berpuasa kat rumah sewa dulu tak ade lah meriah sangat macam kat rumah. masak pun ala kadar je. biasa la orang bujang katakan . hewhew 0__o awal-awal puasa tu rajin lagi memasak. tapi bila dah masuk tengah-tengah puasa tu memang beli kat kedai je la. masing-masing malas nak masak dah.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'setiap satu amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya' ".
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
puasa di bulan ramadhan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga tapi banyak hikmah di sebaliknya. mari kita faham apa sebenarnya maksud puasa. puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri. dari segi syarak pula bermaksud menahan diri daripada makan dam minum untuk suatu jangka masa tertentu (bermula dari fajar sehingga terbenam matahari). wajib bagi umat Islam melaksanakan puasa di bulan ramadhan. ini berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan hadith
"pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa "
(Surah al-Baqarah: ayat 185)
"Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah swt dan bahawa Muhammad saw utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, haji dan berpuasa di bulan Ramadhan".
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan lain-lain)
antara amalan-amalan sunat yg boleh kita lakukan dan sentiasa amalkan terutamanya di bulan ramadhan ini seperti melewatkan sahur, menyegerakan berbuka puasa, menghidupkan malam dengan solat terawih dan qiamullail, meninggalkan segala percakapan dan perbuatan yang kotor, memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, bertasbih dan bertahmid dan bersedekah kepada orang yg kurang berkemampuan. bulan ramadhan inilah peluang bagi kita untuk meng 'top-up" kan ganjaran pahala. kan kan >_< insha Allah. sama-sama kita mengamalkannya.
=) bau mulut orang yg berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah swt.
=) para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
=) Allah swt memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu. (mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).
=) syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
=) mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
mantapkan niat. tinggkatkan amalan di bulan ramadhan yg mulia ini. selamat berpuasa.
xoxo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan