Khamis, 13 Jun 2013

# 26 sayang meeow :3

Assalamu'alaikum


suka meow tak? sy suka giler giler yg teramat sangat kat makhluk yg comel dan manja ni. my family suka sangat bela kucing. tapi abah kurang sikit kot. ooppss. perangai abah dia tak akan marah kucing kalau depan kitorang adik-beradik. walaupun time tu dia nak marah giler kat kucing. sebab dia tahu kitorang memang sayang kat kucing. tak pernah lah kitorang nak pukul-pukul atau sepak terajang kucing kat rumah. ibarat menatang minyak yg penuh gitu. jentik pun tak pernah. sebab tu la yayau jadi manja giler dengan kitorang. huuh! 

kalau kat rumah tak ade yayau rasa macam so bored. rumah pun sunyi je tanpa ngiauman si comel ni. dulu kat rumah ada 3 ekor kucing. mama suka bela kucing jantan je. dua ekor kaler sama putih tompok-tompok hitam. kami panggil yayau besar (takde nama spesifik...hahaa) mail (nama yg mama bagi) dan seekor lagi nama oyen sebab kaler bulu dia oren. tapi sekarang yg tinggal oyen je. yayau besar dan mail dah tak ade. pergi tinggalkan kami untuk selama-lamanya. huhuu T__T ditakdirkan dua-dua ekor ni mati kena langgar. mula-mula yayau besar yg  mati. 

ingat lagi  mama suruh pergi tengok yayau besar sebab mama ada nampak dia duk kat bangsal dekat rumah mek (nenek). kami risau dah lama dia tak balik rumah. so sy pun pergi cari dia. patutla dia tak balik rumah. rupanya kaki dia luka sampai bengkak giler kaki. sy apa lagi, angkat dia bawak balik rumah. time tu  dia maarah-marah habis calar-balar tangan kena cakar. sampai rumah bagi dia relaks dulu. pastu letak ubat kat luka kaki dia. tapi kan yg nak marah nya. orang letak ubat, dia pergi jilat ubat tu. aaiiish. pastu bagi dia makan nasi. tp yayau makan sikit jer then letak dia dalam kotak. esoknya tengok dah tak ade dah. mama cakap pergi merayau lagi la tu. eeemm biar je la. 

suatu hari tu mama balik dari kedai. mama cakap yayau besar dah tak ade sebab kena langgar lori. mama nampak sebab time tu mama kat kedai.  that time rasa macam tak ade perasaan. rasa nak nangis tapi air mata tak keluar. tapi dalam hati tu memang sedih yg teramat-amat sangat. 

dan kisahnya sama jugak dengan mail. dia mati kena langgar kereta. this time pun mama sendiri yg pergi tengok. mama cakap darah keluar dari hidung. perut terburai. Allah... tak boleh nak bayangkan. sedih sangat. dua-dua dah tak ade. tak ape, kami redha walaupun sangat sayang kat mereka  ^ ^ 

sekarang tinggal oyen je kat rumah. buah hati pengarang jantung intan payaung kami. oyen je tempat kami bermanja-manja. perangai pelik sy suka cakap dengan kucing. amik oyen duk atas riba then cakap bla bla blaa.... pot pet pot pet biar dia tak paham pun. huhuu. sampaikan mama dengan adik-adik cakap sy gila sebab cakap dengan kucing. kucing paham ape kita cakap dengan dia. tapi dia jawab dalam bahasa kucing la. hahaaa. meow meoww miaaaauw (tuan sy dah gila, toloooong) :3 



mail. in memory. miss him. T_T


actually tak kira lah kita sayang haiwan apa pun. yg penting kita mesti menyayangi dan menjaga haiwan-haiwan ni. mereka pun makhluk Allah. insha Allah pasti dapat ganjaran pahala dari Allah kita sayang dan jaga haiwan dengan penuh kasih sayang. 

sahabat Rasulullah saw bertanya :"dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah saw :"menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala".   (Riwayat Muslim)



mail dan oyen
my little brother take this picture and send to me. he said "friends forever"
but now we just have oyen only. sobs sobss 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan