Selasa, 30 April 2013

# 18 try to smile even my heart cries

Assalamu'alaikum


sabar duhai hati. aku tahu kau kecewa duhai hati. aku tahu kau sedih sangat. tapi sabarlah, setiap apa yg berlaku dalam hidup telah ditentukan olehNya. 

duhai hati... 
bukankah kau telah berjanji walau apa sekalipun terjadi dalam hidup ini kau akan terimanya dengan redha. ikhlas terima setiap ketentuan dariNya walau kau kecewa. 

sesungguhnya Dia terlalu sayangkan kau duhai hati. bukan Dia nak kecewakan mu. cuma Dia mahu kau tidak pernah berputus asa. terus berusaha capai apa yg kau impikan. Moga dengan belas ihsan dan kasih sayangNya kau dapat capai impianmu itu.



my life may not be going as the way i planned

but its going exactly as the way Allah swt has planned it

Indeed Allah swt is a better planner 

so just keep prying

prying to get His love.

insha Allah ^^ 


## moga kekecewaan ku hari ini menjadikan aku lebih tabah hadapi setiap dugaan dariNya. moga aku ikhlas dan redha. 

Sabtu, 20 April 2013

# 17 cek mek molek

Assalamu'alaikum ^.^

sy sukaaa sangat try buat resepi masakan. biasanya sy suka buat dessert. dessert yg pernah sy buat macam kek coklat moist, puding roti, kek batik, kek pisang, puding telur and yg paling latest sy buat ais krim goreng (ada masa nanti sy share resepi). bukan main eksited kan. yg jadi juri masakan sy ni, of course la adik-adikku tersayang. pastu paksa diorang makan sampai habis. even tak sedap pon paksa suruh makan jugak (jahat betul kakak korang kan adik-adikku) >_<

suatu hari nany ada beli ubi keledek. orang kelantan panggil ubi stelo (kelas gitu nama). sy ni pantang masuk dapur. otak mesti ligat fikir nak buat dessert apa. so, dapat la satu idea bernas. iaitu buat kuih cek mek (kuih ni ada kat kelantan je). nak try makan kuih ni sila lah datang kelantan yer. jom-jom.

actually tak pernah pun buat kuih cek mek molek ni. kalau ada pon just tolong tengok je tyme mama buat. pastu tolong makan. huhuu. ^^ tak tau lah nape hari tu boleh eksited nak try buat kuih cek mek. dah alang-alang bahan-bahan pun dah ada semua, boleh je try buat. 

kawan sy ada request suruh ajar buat kuih cek mek molek ni. maap tau awak, sy pon tak terer sangat. tapi boleh la setakat nak kongsi resepi. hehe ^.^ jom kita usha bahan-bahan dan cara membuat ......

Bahan-bahan :

1. ubi keledek  (4/5 ketul@ terpulang pada masing-masing)
2. gandum ( 1 cawan/ 1 setengah @ jangan masukkan banyak sangat sebab nanti adunan boleh jadi keras)
3. secubit garam
4. gula
5. minyak

** simple je kan bahan-bahan. 

cara-cara buat :

1. rebus ubi keledek sampai empuk. (nak pastikan ubi dah empuk boleh cucuk dengan garfu).
2. sejukkan ubi keledek dahulu. lepas tu lenyek-lenyekkan ubi tu.
3. gaulkan ubi dengan tepung gandum sampai sebati. masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
4. amik sedikit adunan then bulatkan and masukkan gula (lebih kurang setengah sudu teh)
5. bentukkan adunan menjadi bentuk bujur. (yg ni bergantung kepada kreativiti masing-masing)
6. goreng sampai jadi kekuningan. 

senang je kan nak membuatnya. boleh la try resepi kuih cek mek molek sy ni. hehee~ so sy bagi nama kuih ni kuih cek mek molek qaseh. ^.^  selamat mencuba. 

amik dari pak cik google 


Khamis, 4 April 2013

# 16 picnic time with besties

Assalamu'alaikum * __ *

first of all, before this story begin let me introduce my beloved besties. my lovely friends forever >_<


sima + kak shariha + ilyana + zulaikha 
>_< 


okey, continue to the story. time weekend yg lepas (actually 2 weeks ago maybe) -__-  we're went to picnic at port dickson. pergi sana with my besties kak shariha and ika. last minute sima and yana tak dapat ikut sekali. isk isk isk ..... 

actually saje je plan nak gathering together kat luar. after dah abis belajar nanti, susah dah nak jumpa kan. sobs sobs sobs. sangat merindui this moment.  so kak shariha cadangkan picnic kat pd. alhamdulillah akhirnya berjaya juga plan kami nak pergi berpicnic after beberapa kali postpone. 

kami set nak bermalam kat sana. plan asal nak buat bbq sekali. tapi tak dapat nak buat sebab just kami empat orang je pergi (sy, kak sha, ika n en ehem ehem kak sha) : p  macam membazir pulak nak buat bbq dah tak ramai orang. jadinya kami beli makanan banyak-banyak. hewhew. bajet macam boleh je nak habiskan makanan banyak-banyak kan. 

sampai je kat pd, kami sewa khemah untuk bermalam. set up khemah dan kemas barang-barang. punya la banyak barang yg kami bawak. macam dah nak lari rumah je. ^^ masa sampai pd dah maghrib. ramai sangat orang picnic hari tu. lepas kemas barang siap-siap pergi solat. then malam tu, just makan-makan sambil melayan perasaan di tepi pantai. cewaah.

actually malam tu excited nak tengok air pasang. tapi tiba-tiba diriku mengantuk. terus tidur. zzzzzzz.
sedar-sedar dah subuh.


barang-barang picnic. 
ni belum masuk makanan lagi. barang pun dah penuh satu kereta : p



one night at the beach 






khemah kami yg cute >_< 


sambut birthday kak sha ^^ 














breakfast. yummy yummy  ^^ 

esoknya bangun pagi, then breakfast. plan nak pergi jogging tepi pantai. seronok dapat jalan-jalan kat pantai waktu pagi. tenang je bila tengok laut. after that, semua orang nak mandi pantai, except diriku ini. actually masa tu tak berapa sihat sebab demam + selsema + batuk. 

so, i just tengok orang mandi bersuka ria main air laut. sambil-sambil tu layan perasaan sorang-sorang. pastu duk snap-snap gambar. masa tengah duduk-duduk, terpandang dua orang budak kecik ni. seronok diorang main air laut. sampaikan ayah diorang panggil pun buat tak tahu jer. =) biasa lah budak-budak. 







banana boat  
 nak je naik banana boat tu, tapi tak berani pulak. -__-



see.. how happy there are main kat pantai 









happy moment ^^