Sabtu, 20 April 2013

# 17 cek mek molek

Assalamu'alaikum ^.^

sy sukaaa sangat try buat resepi masakan. biasanya sy suka buat dessert. dessert yg pernah sy buat macam kek coklat moist, puding roti, kek batik, kek pisang, puding telur and yg paling latest sy buat ais krim goreng (ada masa nanti sy share resepi). bukan main eksited kan. yg jadi juri masakan sy ni, of course la adik-adikku tersayang. pastu paksa diorang makan sampai habis. even tak sedap pon paksa suruh makan jugak (jahat betul kakak korang kan adik-adikku) >_<

suatu hari nany ada beli ubi keledek. orang kelantan panggil ubi stelo (kelas gitu nama). sy ni pantang masuk dapur. otak mesti ligat fikir nak buat dessert apa. so, dapat la satu idea bernas. iaitu buat kuih cek mek (kuih ni ada kat kelantan je). nak try makan kuih ni sila lah datang kelantan yer. jom-jom.

actually tak pernah pun buat kuih cek mek molek ni. kalau ada pon just tolong tengok je tyme mama buat. pastu tolong makan. huhuu. ^^ tak tau lah nape hari tu boleh eksited nak try buat kuih cek mek. dah alang-alang bahan-bahan pun dah ada semua, boleh je try buat. 

kawan sy ada request suruh ajar buat kuih cek mek molek ni. maap tau awak, sy pon tak terer sangat. tapi boleh la setakat nak kongsi resepi. hehe ^.^ jom kita usha bahan-bahan dan cara membuat ......

Bahan-bahan :

1. ubi keledek  (4/5 ketul@ terpulang pada masing-masing)
2. gandum ( 1 cawan/ 1 setengah @ jangan masukkan banyak sangat sebab nanti adunan boleh jadi keras)
3. secubit garam
4. gula
5. minyak

** simple je kan bahan-bahan. 

cara-cara buat :

1. rebus ubi keledek sampai empuk. (nak pastikan ubi dah empuk boleh cucuk dengan garfu).
2. sejukkan ubi keledek dahulu. lepas tu lenyek-lenyekkan ubi tu.
3. gaulkan ubi dengan tepung gandum sampai sebati. masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
4. amik sedikit adunan then bulatkan and masukkan gula (lebih kurang setengah sudu teh)
5. bentukkan adunan menjadi bentuk bujur. (yg ni bergantung kepada kreativiti masing-masing)
6. goreng sampai jadi kekuningan. 

senang je kan nak membuatnya. boleh la try resepi kuih cek mek molek sy ni. hehee~ so sy bagi nama kuih ni kuih cek mek molek qaseh. ^.^  selamat mencuba. 

amik dari pak cik google 


1 ulasan:

  1. cek mek qaseh yg mantap..untg kkm tade dapo..klu x da request cik qaseh buat dh..

    BalasPadam