Hari ini 22/11/2012 genap sudah sembilan hari kekejaman Israel terhadap semenanjung Gaza. setiap hari kehidupan rakyat Gaza di Palestin semakin terseksa rentetan serangan dari rejim zionis Israel yang menyerang meraka tanpa ada sedikit belas kasihan. Allahu Akbar. sayunya melihat kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa turut terkorban dalam peperangan. Saban waktu ramai penduduk Gaza yg terkorban. Mati syahid di jalan Allah. Semoga diberikan ganjaran syurga buat mereka.
Seorang pensyarah sy yang mengajar subjek Isu-isu Ekonomi pernah menayangkan sebuah video mengenai kekejaman tentera Zionis. Sebenarnya hari tu kami belajar bab jihad dalam ekonomi. makna jihad itu sebenarnya luas. bukan setakat berjihad dengan mengerahkan tenaga untuk berkorban di medan perang. jihad dari sudut ekonomi juga penting. Tanpa kekuatan dari sudut ekonomi mungkin kita mampu untuk menyediakan dana untuk berjihad pada jalan Allah. Dunia sekarang memerlukan wang untuk membeli kelengkapan peperangan, bekalan ubat-ubatan juga menyediakan bekalan makanan.
Masa 1 jam lebih kami menonton video yg memaparkan bagaimana rakyat di Gaza, Palestin survive untuk meneruskan hidup. Sedih melihat keganasan yang Israel lakukan pada saudara-saudara seIslam kita. Allah.. sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata melihat penderitaan mereka. Satu perkara yg membuatkan hati semakin sebak, laju je air mata ni mengalir tatkala melihat seorang kanak-kanak yg ditembak. Allahu Akbar, bila dilihat jasad kanak-kanak tu dari depan..masih sempurna, tak ade darah yang mengalir, masih sempurna jasadnya. tapi rupanya sebelah belakang kepalanya terburai otak. kelu lidah. minda pula tak mampu nak menafsir apa yg dilihat oleh mata. Satu kisah lagi di mana seorang kanak-kanak dicungkil keluar matanya oleh tentera Israel laknatullah sedangkan dia masih lagi bernyawa. Allah... tak sanggup lagi nak melihat setiap kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggup oleh mereka. kisah ni hanyalah secebis dari keperitaan yg mereka hadapi, bagaimana untuk mereka meneruskan kehidupan mereka di sana. Kanak-kanak di usia muda tak gentar walau sedikitpun dengan tentera Israel. mereka sanggup membawa senjata hanya dengan tujuan untuk menyelamatkan tanah air mereka.
Besar sungguh ujian Allah buat mereka. Mungkin kita tak mampu nak menolong mereka dari sudut tenaga. tapi Insha Allah sekurang-kurangnya kita mampu memberikan pada mereka di sana sebuah doa. mereka bertarung dengan senjata, kita kirimkan senjata doa. Moga-moga Allah kabulkan doa kita untuk saudara seIslam kita di sana. Sesungguhnya doa adalah senjata orang Islam.
Hasbuna Allah wa ne'mal wakeel. Allahurabbi berikan mereka kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi ujianMu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu yg berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan