Khamis, 31 Mei 2012

study...study...for study week ^_^

Assalamu'alaikum

I'm sure kawan-kawan sy mesti tengah dalam happy mood nak balik rumah. kan,kan. But I'm still kat sini, because tak balik study week ni.First time bagitau Puan Mama cakap nak balik.Then Puan Mama cakap okey. But second time bagitau Puan Mama cakap tak jadi nak balik pulak,macam-macam alasan bagi.Puan Mama pujuk-pujuk suruh balik.Akhirnya,sy menang jugak.Puan Mama terpaksa beralah,then Mama cakap takpe lah kalau tak nak balik.Thanks mum.But..but for the third time bagitau Puan Mama cakap nak balik pulak dah.Puan Mama marah,kejap nak balik, kejap tak jadi.Aiyoo..Pastu Puan Mama cakap senang-senang tak payah balik.Terpaksa pasrah.Huhu..Padan mukaku.Saja buat ayat sedih kat Puan Mama,mana tau kot-kot Mama berubah hati suruh balik.Tapi Puan Mamaku sayang ni tak makan saman oo.Ku pasrah dalam reda.Sorry mum.

Dah planning nak buat apa study week seminggu ni.Letih jugak nak tunggu sampai seminggu.Tambah pulak chah balik. Sima pun balik jugak.So, tak ade kawan nak teman.Duk sorang-sorang kat sini.Sedihh pulak rasanya T______T.

But,bila pikir-pikir balik.Cuti study week ni seminggu jer.So,baik habiskan masa buat revision and study.Cover balik result sem lepas.Sem ni I've seven papers.Banyak nak  recall balik kesemua subjek yg dah belajar.Dah planning dengan Sima nak buat study group nanti.Study sorang-sorang tak seronok jugak,ilmu perlu dikongsi baru ada keberkatannya.Tolong kawan-kawan yg tak dapat catch up masa kat kuliah.Sy paling suka bila belajar dalam study group sebab tak semua benda kita tahu,,right.At least,bila kita belajar study group ni boleh saling share-share ilmu yg kita ada even though maybe ilmu tu kecik jer or nampak biasa-biasa jer.But ilmu is we still call it ilmu yg perlu sentiasa kita cari sepanjang hidup ni.

My target is I want to get dean for this sem.InsyaAllah. But I must be istiqamah. Sometimes susah sikit nak kekalkan tahap istiqamah thats why kena mulakan dari awal.InsyaAllah.Semoga dipermudahkan Allah segala urusanku.Do the best Qaseh!!!


"Apabila kamu telah  berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal"
(Ali Imran :159)



Rabu, 30 Mei 2012

love for Allah is forever



Assalamu'alaikum....

Tika mata diuji manisnya sebuah senyuman, terpamit rasa menyubur memberi harapan. Dan seketika... aku terlontar ke dunia khayalan.Hingga aku terlupa tentang singkatnya satu perjalanan.Tersedar aku dari terlena dibuai lembut belaian cinta. Rela aku pendamkan impian yg tersimpan. Enggan aku terus dibuai keasyikkan kerana aku gusar keindahannya merampas cinta pada Dia yg lebih sempurna. Bukan mudah untukku bernafas dalam jiwa hamba. Dan aku cuba untuk menghindarkan pesona maya kerana aku tak upaya untuk menghadapinya. Andai murkaNya menghukum kelekaan ku. Di atas nama cinta pada yg selayaknya aku nafikan yg fana. Moga dalam hitungan setiap pengorbanan agar disuluh cahaya redaNya. Biar aku sendiri hingga hujung nyawa. Asal tak sepi dari kasihNya kerana sesungguhnya hakikat cinta.. hanya pada Dia yang Esa. Saratkan hati ku ini dengan sebuah cinta hakiki. Sehingga mampu aku rasai nikmatNya, syurgaNya dan cintaNya..




qaseh...

try to get what u luv
try to luv what u got..

(^_^)

Jumaat, 11 Mei 2012

Ooh midterm

Assalamu'alaikum...

Minggu ni sy ada dua midterm,subjek Maharat dan Sejarah Tamadun Islam.Alhamdulillah midterm untuk Maharat dah habis semalam and petang ni jam 3 petang tibalah pulak untuk menjawab midterm Sti.Banyak nak study,kena habiskan satu buku pulak tuh.Okeh..I always remind myself .Kita nak cari ilmu ni bukan sesuatu yang senang,ilmu tak kan dapat if kita tak pernah berusaha untuk mendapatkannya.

Oh ya..my little brother sekarang tengah ada ujian pertengahan tahun.Dia bagitau cikgu nak bawak pergi jalan-jalan kat Langkawi kalau dapat result cemerlang.And I challenge him to get good result.Well,I know you can do it right.Masa call adik semalam,dia cakap nak dapat A untuk sains dan bahasa Inggeris. Okey,bro akak doakan semoga dapat result yang cemerlang nanti yer.Do the best..make mama proud of you yaa.InsyaAllah.

It's time for me to start study Sti..anyway dah study tapi nak recall balik apa yang dah study.Tak boleh nak tulis banyak-banyak.Nak p study lak.Harap dapat jawab exam dengan baik.And untuk kawan-kawan semua, do your best untuk exam ni.InsyaAllah..Bittaufiq wa najah!! (^_^)

"Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga"
-riwayat Muslim-