Rabu, 30 Mei 2012

love for Allah is forever



Assalamu'alaikum....

Tika mata diuji manisnya sebuah senyuman, terpamit rasa menyubur memberi harapan. Dan seketika... aku terlontar ke dunia khayalan.Hingga aku terlupa tentang singkatnya satu perjalanan.Tersedar aku dari terlena dibuai lembut belaian cinta. Rela aku pendamkan impian yg tersimpan. Enggan aku terus dibuai keasyikkan kerana aku gusar keindahannya merampas cinta pada Dia yg lebih sempurna. Bukan mudah untukku bernafas dalam jiwa hamba. Dan aku cuba untuk menghindarkan pesona maya kerana aku tak upaya untuk menghadapinya. Andai murkaNya menghukum kelekaan ku. Di atas nama cinta pada yg selayaknya aku nafikan yg fana. Moga dalam hitungan setiap pengorbanan agar disuluh cahaya redaNya. Biar aku sendiri hingga hujung nyawa. Asal tak sepi dari kasihNya kerana sesungguhnya hakikat cinta.. hanya pada Dia yang Esa. Saratkan hati ku ini dengan sebuah cinta hakiki. Sehingga mampu aku rasai nikmatNya, syurgaNya dan cintaNya..




qaseh...

try to get what u luv
try to luv what u got..

(^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan