Isnin, 24 Disember 2012

# 9 fall in love with ....... ^ ^




Setiap yg dijadikan oleh Allah itu adalah berpasang-pasangan. Jika ada kanan pasti ada kiri, jika ada  siang pasti ada malam, jika ada tinggi pasti ada rendah dan  jika ada daratan pasti ada lautan. Begitulah juga  sebagaimana Allah menciptakan manusia, dijadikan ada lelaki dan ada perempuan untuk saling melengkapi. Ibarat seperti sepasang sayap. Andainya patah sayap itu tidak mungkin seekor burung mampu terbang tinggi.  

"Maha Suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi,  dari mereka (manusia) dan dari sesuatu  yang mereka tidak mengetahui"
(Surah Yasin : 36)


Jodoh itu adalah urusan dan rahsia Allah. Ianya sudah tercatat di Luh Mahfuz sejak azali lagi. In Sha Allah orang yg baik pasti akan mendapat jodoh yg baik. Perkahwinan ialah penyatuan dua jiwa dan hati sebagai satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam cerita sebuah kehidupan. Ada babak gembira, sedih, romantik atau marah. Cinta dan mencintai itu ibarat satu perjuangan. Perlu diharungi walau pelbagai rintangan dan halangan yg datang. Jodoh itu bukan milik kita tetapi milik Allah, maka letakkannya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan ^_^ 

Bila ditanya tentang ciri-ciri seseorang yg bakal menjadi teman hidup pasti ramai yg memilih seorang yg cantik, handsome, sempurna, berharta, bergaya dan akhir sekali baru memilih yg beriman atau beragama. kenapa perlu dilihat dari segi kecantikan atau ketampanan. Kenapa perlu memilih seorang yg sempurna. Kalau kesempurnaan yg dicari, tak mungkin kita menyedari kelemahan dan kekurangan yg ada pada diri. Ketidaksempurnaan itu sebenarnya yg membuatkan sebuah hubungan suci yg terjalin menjadi lebih sempurna dan mencari keredhaan Allah. Dalam sebuah perhubungan ini kita belajar untuk memahami antara satu sama lain, saling melengkapi kekurangan yg ada pada diri. Rasulullah saw bersabda dalam hadis Baginda : 

" Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah wanita yg beragama, engkau akan selamat".


Terkadang cinta yg menginap di hati manusia adalah satu ujian. Kita tidak pernah salah untuk mencintai seseorang, yg salah itu apabila meletakkan harapan agar cinta itu diterima sepenuhnya. Lumrah manusia inginkan dicintai dan disayangi, lebih membahagiakan jika ianya dari insan yg diharapkan. Tapi kehidupan tidak semudah angan-angan. Tidak semua yg diharapkan menjadi kenyataan, takdirnya Allah yg merancang dan menentukan setiap kejadian. Dikala impian yg tersimpan gagal dilaksanakan, percayalah bahawa Allah mencintaimu dan Dia telah mentakdirkan yg terbaik bagimu walaupun pada jalan yg berlainan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. 

Siapa insan untuk menolak rasa cinta yg mula terbit di jiwa. Hadirnya tidak pernah dipinta. Rasa itu tidak pernah dipaksa. Cumanya ya Allah aku bermohon padaMu pemilik segala rasa. Seandainya, rasa ini ujian cuma, Kau lindungilah hatiku daripada lemas dalam harapan yg palsu semata. Jika dia bukan selayaknya untuk menyempurnakan daripada separuh agamaku, Kau bawalah rasa ini jauh-jauh. Seandainya dia benar-benar telah Kau pilih untukku, satukan hati ini dan hatinya dengan sebuah ikatan yg Kau redhai. In Sha Allah.


Lelaki yg kacak akan menunggu bidadari hadir bagi menemani hidupnya di dunia tetapi lelaki soleh akan menanti wanita solehah untuk bersamanya menuju ke syurga. Wanita yg cantik akan menunggu lelaki idaman bagi mengisi ruang hatinya tetapi wanita solehah akan menanti lelaki soleh untuk menjadi imam dan membimbingnya. Sesungguhnya mencintai  Dia yg selalu mengasihimu seperti bunga yg takkan layu ditimbus dingin salju.


Jumaat, 21 Disember 2012

# 8 the power of friendship

Assalamu'alaikum



Persahabatan itu seperti tangan dan mata. Saat tangan terluka, mata menangis. saat mata menangis, tangan akan menghapusnya. dan persahabatan yang sentiasa abadi adalah persahabatan yg dilingkari dengan indahnya kalimah Islam.

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"   (Riwayat Bukhari & Muslim)


Teman, kawan, sahabat, rakan atau apa sahaja istilah untuk merujuk kepada makna sebuah ikatan suci antara dua hati yg bertaut  pada tali kasih sayang Allah. Persahabatan itu indah kerana darinya kita menyulam cinta dan  kasih pada Illahi.  Kenapa indah? sebab dari sahabat kita kenal apa itu erti kasih sayang. Melalui persahaban kita mula belajar bertatih mengenal erti kehidupan yg penuh onak duri. Ada tak orang dalam dunia ni yg tak ada kawan. Impossible la kan. Setiap orang mesti ada kawan, sama ada bestfriend atau kawan biasa-biasa je.

Kadang-kadang persahabatan itu ibarat air yg mengalir. terus mengalir tanpa henti dan berlalu pergi. begitu jugalah dalam persahabatan, kita punya ramai sahabat dan sentiasa bersilih ganti. ke mana sahaja kita pergi mesti kita punya seorang kawan. Kawan yg baik pasti akan membawa kita menuju jalan yg baik. In Sha Allah. Pastinya kena pandai memilih kawan, jangan pilih kawan main tangkap muat je. Pengaruh seorang kawan pada diri kita memberi kesan yg kuat. Ibarat seperti  kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan berbau wangi juga. Sekiranya kawan kita seorang ulat buku, pasti kita akan terikut dengan perangainya yg suka membaca. Sedikit sebanyak pengaruh dari kawan akan terkesan pada diri kita juga.

Kadang-kadang Allah sengaja mencipta pertemuan supaya kita lebih mengenal erti persahabatan. dan kadang-kadang Allah sengaja memisahkan kita dengan orang yg kita sayang supaya dengannya kita lebih menghargai nikmat sebuah perkenalan. Dari persahabatan kita belajar untuk menghargai erti kehidupan ini. Kita sama-sama mengutip kenangan dan memori indah...suka, gembira, sedih, marah, kecewa. Allahu rabbi... sukar nak diungkapkan dengan kata-kata betapa manis dan indahnya ikatan sebuah persahabatan. Kita sendiri yg merasakan keindahannya.

Terima kasih pada kawan-kawan yg sudi jadi kawan Ida. kawan dari zaman kanak-kanak, kawan sekolah, kawan uni. syukran jazilan lakum kerana pernah hadir dalam hidup Ida, mewarnai hidup Ida dengan pelbagai warna-warni kisah suka duka, moga setiap kenangan dan memori yg tercipta ini mengukuhkan dan mengeratkan lagi ukhwah persahabatan kita lillahi Ta'ala. Terima kasih juga untuk setiap nasihat dan semangat untuk Ida teruskan perjuangan dan mujahadah dalam mencari ilmu di muka bumi Allah ini. terima kasih  atas segalanya. Pastinya dalam sebuah perkenalan akan ada perpisahan, itu suatu yg pasti. tapi ia tidak bermaksud perpisahan itu adalah selama-lamanya. tidak ada depan mata, bukan bermaksud sudah melupakannya. walau jarak yg memisahkan kita beribu batu, tapi bayangan dirimu sahabat tetap ada bersamaku, dekat di hati ini.

Tidak mudah untuk menghapus setiap kenangan kerana kenangan itu adalah kehidupan di masa lampau. biarpun keindahan itu sudah pergi di telan masa, relakanlah ia. berdoalah semoga Allah memberikan kebahagiaan yg lain untuk banyak lagi perkara yg ada, kerana setiap nafas yg dihembus adalah bersama cerita-cerita dalam kehidupan kita. bersyukurlah pada setiap tawa, ingatlah kepadaNya pada setiap air mata, Dia memiliki segala yg kita ada dan kita hanya meminjam anugerah ini dariNya.

## friends ..... I luv u all until jannah. Semoga Allah meredhai ukhwah persahabatan ini. In Sha Allah.




Ahad, 9 Disember 2012

# 6 kenangan itu indah

Assalamu'alaikum ^_^

Pengalaman lalu terkadang membuatkan hati kecil ini terusik, ketawa, sedih, marah... bila mengingati kisah masa lalu. dan terkadang kenangan masa lalu itu terlalu susah untuk dibuang dari kotak ingatan ini. masa lalu mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa hari ini, menjadi lebih tabah menghadapi setiap dugaan yg mendatang. walau masa lalu itu ibarat awan mendung yg sentiasa mencurahkan hujan, tidak bererti hidup kita akan kelam selama-lamanya. Mungkin masa lalu itu, mengajar kita untuk lebih redha dengan setiap ketentuanNya.

Sesekali terlihat saat-saat indah bermain di bayangan mata, terlalu rindukan masa-masa lalu yg sering datang berlagu walau hanya di sebalik maya. kita melihat ke belakang dan mengharapkan saat itu kembali berulang. namun jawapannya hanya masa. waktu yg berlalu itu tidak mungkin menjengah kembali walau hanya seketika. kenangan dan ingatan itu milik Allah jua. Dia mengaturkannya adakalanya sebagai menduga, jalan kehidupan itu seiring ke hadapan dan kita seringkali menoleh ke belekang mencari apa? mencari duka lalu menangisinya?

palingkan wajahmu ke masa lalu sekadar sebentar cuma, untuk mencari pedoman dan pengajaran untuk hari muka. serahkan kepada Allah segala cerita, Dia yg mengaturnya. Dia telah menetapkan segalanya. untuk saat yg kehadapan, itulah kehidupan yg perlu diisi dengan segenap manfaat hanya dengan niat kerana Allah. dan setelah usaha, relakan segala berjalan seiring kehendakNya.



credit to page Aku Islam

Sabtu, 8 Disember 2012

# 5 Mohon keampunanMu

Assalamu'alaikum

Ya Allah,
terasa diri ini begitu kerdil di hadapanMu
terasa diri ini amat lemah untuk berada di hadapanMu
diri ini penuh dengan dosa dan noda
.
.
.

Sering kali aku lupa padaMu
seringkali aku melanggar perintahMu
dan 
seringkali aku lupakan setiap nikmat yang Kau berikan
aku terlalu alpa dengan nikmat duniawi yang sementara ini.
.
.
.


tetapi Ya Allah,
Engkau tidak pernah lupakan aku
Engkau tidak pernah tinggalkan aku jauh dari rahmatMu
Sesungguhnya Engkau selalu ada bersama ku
Engkau sentiasa ada memberikan kasih sayangMu
cuma aku yang buta 
buta mata hatiku untuk sentiasa mengingatiMu
Astaghfirullah al-'azim
ampunkan setiap dosa-dosaku Ya Allah.
.
.
.


Ya Rahman Ya Rahim,
di setiap nafasku ini, berikan aku peluang untuk sentiasa mengingatiMu
tunjukkan padaku jalan yang lurus
dan tuntunlah aku menuju syurgaMu
hanya padaMu Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


******************************************

Seseorang itu akan sentiasa kuat selagi mana dia memiliki jiwa yg bergantung sepenuhnya kepada Allah meskipun disisinya tiada sesiapa. kerana dia percaya Allah akan menentukan sesuatu yg mampu terpikul oleh kemampuannya. keredhaan yg membantu seseorang untuk meneruskan kehidupan walaupun dihujani ujian. pastinya setiap kesulitan yg dihadapi dengan syukur dan tenang ada padanya ganjaran pahala dari Allah. Semoga kasih sayang Allah sentiasa ada bersama kita. In Sha Allah.



Sabtu, 24 November 2012

# 4 tesis + midterm

Assalamu'alaikum

Detik waktu kian berlalu. meninggalkan segala memori semalam. dan nyata detik waktu itu tidak akan pernah menunggu kita. realiti kehidupan ini perlu dilalui walau pahit, walau manis. tetap perlu dilalui dengan sabar dan redha.

waktu yg masih berbaki ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk menyiapkan tesis atau bagi peringkat sarjana muda ni lebih familiar dipanggil sebagai latihan ilmiah. masih dalam tempoh untuk menyiapkan proposal. Alhamdulillah sy mendapat seorang penyelia yg sangaaat baik iaitu Ustaz Siddiq. pernah belajar dengan ustaz siddiq masa first sem dulu. Masa hantar tajuk tesis dulu, pasrah jer nak dapat penyelia mana tapi dalam hati ni selalu berharap supaya dapat penyelia yg dapat bagi kerjasama yg baik. (err...lebih-lebih je kan)

Actually ada enam orang student bawah seliaan ustaz siddiq iaitu Khair, Ridzuan, Taufiq, Safwan dan Shah Rizal and lastly sayalah (seorang je perempuan dalam ramai-ramai) huhuhu. Ikut plan sebenarnnya ustaz Siddiq nak bawa kami berenam pergi library UM semalam, tapi malangnya ustaz tak sihat. Eemm tak ape, mungkin tak ada rezeki untuk kami menjejakkan kaki ke sana. Semoga ustaz cepat sembuh, shafakaa Allah. ustaz banyak membantu kami menyiapkan proposal ni. every week kami akan ada perjumpaan dengan ustaz, discuss untuk siapkan proposal. ustaz banyak memberikan dorongan dan semangat pada kami. In sha Allah semoga Allah memberikan ganjaran pahala pada ustaz kerana banyak membantu sy dan kawan-kawan.

My thesis still in construction. hehe... banyak lagi yg perlu penambahbaikkan. In sha Allah semoga Allah memudahkan urusan sy untuk menyiapkan tesis ni. moga dapat siapkan dalam tempoh waktu yg ditetapkan. perasaan takut, bimbang dan cuak selalu bermain dalam fikiran ni. sebenarnya ni first time buat tesis, tak pernah ada pengalaman buat tesis. ada juga sy tanya pengalaman kawan-kawan yg belajar diploma. mereka pernah ada pengalaman menyiapkan tesis. dari merekalah sy kongsi pendapat dan pandangan.

Ustaz siddiq pesan nak siapkan tesis ni perlu rajin buat rujukan. maknanya lepas ni kena berkampung kat library ptsl. heheee..~ kena merajinkan diri membaca buku-buku di ptsl.

my first proposal tesis ^__^

     antara buku-buku rujukan tesis            






oh yaa next week ada midterm Kajian al-Qur'an Masa Kini. bila nak midterm baru merajinkan diri untuk study. kalau tak balik je kelas, simpan balik nota-nota yg dah belajar kat kelas. tak pernah nak baca balik. Aduuii.. kenapa diriku menjadi begitu malas nak study. hukhuk T__T. So, masa yg masih ada ni, lebih baik study yer qaseh. don't be lazy-lazy na.
tajuk yg perlu study n cover 100%

super duper rajin study midterm + proposal tesis




Jom study =D

Khamis, 22 November 2012

# 3 save our Gaza Pray for them

Assalamu'alaikum


Hari ini 22/11/2012 genap sudah sembilan hari kekejaman Israel terhadap semenanjung Gaza. setiap hari kehidupan rakyat Gaza di Palestin semakin terseksa rentetan serangan dari rejim zionis Israel yang menyerang meraka tanpa ada sedikit belas kasihan. Allahu Akbar. sayunya melihat kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa turut terkorban dalam peperangan. Saban waktu ramai penduduk Gaza yg terkorban. Mati syahid di jalan Allah. Semoga diberikan ganjaran syurga buat mereka.

Seorang pensyarah sy yang mengajar subjek Isu-isu Ekonomi pernah menayangkan sebuah video mengenai kekejaman tentera Zionis. Sebenarnya hari tu kami belajar bab jihad dalam ekonomi. makna jihad itu sebenarnya luas. bukan setakat berjihad dengan mengerahkan tenaga untuk berkorban di medan perang. jihad dari sudut ekonomi juga penting. Tanpa kekuatan dari sudut ekonomi mungkin kita mampu untuk menyediakan dana untuk berjihad pada jalan Allah. Dunia sekarang memerlukan wang untuk membeli kelengkapan peperangan, bekalan ubat-ubatan juga menyediakan bekalan makanan.

Masa 1 jam lebih kami menonton video yg memaparkan bagaimana rakyat di Gaza, Palestin survive untuk meneruskan hidup. Sedih melihat keganasan yang Israel lakukan pada saudara-saudara seIslam kita. Allah.. sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata melihat penderitaan mereka. Satu perkara yg membuatkan hati semakin sebak, laju je air mata ni mengalir tatkala melihat seorang kanak-kanak yg ditembak. Allahu Akbar, bila dilihat jasad kanak-kanak tu dari depan..masih sempurna, tak ade darah yang mengalir, masih sempurna jasadnya. tapi rupanya sebelah belakang kepalanya terburai otak. kelu lidah. minda pula tak mampu nak menafsir apa yg dilihat oleh mata.  Satu kisah lagi di mana seorang kanak-kanak dicungkil keluar matanya oleh tentera Israel laknatullah sedangkan dia masih lagi bernyawa. Allah... tak sanggup lagi nak melihat setiap kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggup oleh mereka. kisah ni hanyalah secebis dari keperitaan yg mereka hadapi, bagaimana untuk mereka meneruskan kehidupan mereka di sana. Kanak-kanak di usia muda tak gentar walau sedikitpun dengan tentera Israel. mereka sanggup membawa senjata hanya dengan tujuan untuk menyelamatkan tanah air mereka. 

Besar sungguh ujian Allah buat mereka. Mungkin kita tak mampu nak menolong mereka dari sudut tenaga. tapi Insha Allah sekurang-kurangnya kita mampu memberikan pada mereka di sana sebuah doa. mereka bertarung dengan senjata, kita kirimkan senjata doa. Moga-moga Allah kabulkan doa kita untuk saudara seIslam kita di sana. Sesungguhnya doa adalah senjata orang Islam.

Hasbuna Allah wa ne'mal wakeel. Allahurabbi berikan mereka kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi ujianMu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu yg berlaku.




Khamis, 8 November 2012

# 2 aku ada dia

Assalamu'alaikum  ^_^


I just wanna to share my sweet moment with my dearest friends. Macam tahun-tahun yg lepas kita orang memang tak pernah miss untuk tangkap gambar batch.Tapi yg touching kali ni, this year is for the last time untuk kami ambil gambar sama-sama.touching kan kan. T__T. I'm not sure if we still have time to take pic a together. bila dah grad nanti, belek-belek balik gambar ni seriously mesti teringat semula kt korang semua kan. kali ni ramai jugak yg nak bergambar, gambar last year tak cukup saf sebab ramai yg tak hadir.

tajuk entry kali ni aku ada dia means term "dia" is refer to my beloved friends, my family okuf. tempoh tiga tahun bersama-sama mencari ilmu di ukm ni,banyak sangat saat suka duka kita kan. struggle untuk siapkan assignment, study untuk kuiz, midterm and final exam. pastu hujung minggu membusykan diri tengok citer korea. tak pun keluar pergi window shopping kat metro kajang dan midvalley. assignment buat last minute.aissyy,, macam-macam perangai. tapi that is my sweet memory kat ukm ni, mana nak dapat kenangan macam ni.hahaa..

lets check it out the pictures >_<
 

















okufian batch 2010/2012









my luv UKM  >_<