Isnin, 11 Jun 2012

mengemis rindu kasihMu Rabbi

Assalamu'alaikum

0__o


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
kepada manusia yana alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
tak ingin lagi ku ulangi kembali
gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
tapi rahmatMu melangit luas
harga selautan syukurku
hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
namun pengampunanMu tak pernah bertepi
bila selangkah ku rapat padaMu
seribu langkah Kau rapat padaku Ya Allah



Oh Allah...
forgive my sins and guide me on the right path.
'__'

Jumaat, 8 Jun 2012

kenangan kelas maharat bersama ustaz

Assalamu'alaikum ^_^

Alhamdulillah semalam dapat makan free.Ustaz Moktar aka lecturer kelas Bahasa Arab satu kelas makan nasi arab kat Mat'am Tareem Hadramaut kat area seksyen 7.Pada mulanya rancang nak buat majlis makan-makan kat kafe canselori je,but then ustaz cadangkan makan kat luar.Kami ikut je.Makan free,kat mana-mana pon boleh.hehe..Kitorang satu kelas ada dua belas orang,sepuluh perempuan and dua lelaki.Even ada jugak kawan-kawan yg tidak dapat join sekali sebab ada urusan kerja masing-masing.

First time dapat merasa makan nasi arab yg original make from Arabian sendiri.Biasa nasi arab kat Malaysia ni dah diolah mengikut citarasa Malaysian.So,rasanya lain sikit.Masuk je kat dalam resoran tu rasa jakun kejap sebab kebanyakan customer semuanya orang-orang Arab.Diorang pandang kami semua pon macam pelik jer.Ustaz,Mujahid dan Syukri pesan nasi arab lauk kambing.Fuuh..habis satu talam mereka bertiga makan.Kami yg berenam pulak pesan nasi arab lauk ayam,siap bagi dua talam lagi.Itupun memang kami surrender awal-awal tak dapat nak habiskan.Tambah dengan dessert chocolate lagi.Memang semua kekenyangan.Nasib baik pergi membawa perut yg kosong,kalau tak memang tak boleh nak isi dah.Full sangat.

Then sebagai penghargaan pada ustaz kami bagi hadiah baju batik.Cantik sangat,dahtu siap mintak pakai time exam maharat nanti.Excited nak tengok ustaz pakai baju tu.Dah siap makan,duk sembang-sembang dengan ustaz.Bincang pasal soalan apa keluar time exam nanti (sebab ustaz yg buat soalan,,hehe).Ustaz pesan buat yg terbaik exam nanti.Sediiih pulak rasa sebab lepas ni dah tak belajar dengan ustaz.

Ustaz banyak bersabar melayan karenah kami sepanjang sem ni.Terima kasih banyak-banyak ustaz.Malu sebenarnya nak cakap depan-depan ustaz..hehe.Doakan kejayaan kami di dunia juga akhirat.Setiap ilmu yg ustaz curahkan pada kami hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya.Semoga ustaz sentiasa dalam keberkatan dan kasih sayang Allah selalu.Besar jasa dan pengorbanan ustaz pada kami.InsyaAllah semoga setiap patah ilmu yg ustaz ajarkan pada kami akan kami gunakan sebaik mungkin dan mungkin InsyaAllah akan kami turunkan pula pada anak-anak murid kami pada masa akan datang.

Tak tahu nak cakap ape dah,just nak cakap terima kasih banyak-banyak kat ustaz..Syukran ustaz!!!  ^_^

Pesan ustaz dalam fb "Semoga mereka semua dikurniakan ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi peperiksaan pada kali ini.Ingatlah,belajar bahasa Arab bukan setakat untuk lulus di atas slip keputusan peperiksaan, tetapi lebih daripada itu sebagai melaksanakan perintah Allah mewajibkan setiap hambaNya mempelajari bahasa tersebut.

"Azida dan rakan2 yg dikasihi semua.Bukanlah besar sangat pun pemberian sy untuk kalian,tapi itulah yg seikhlas dapat saya berikan pd semester ini.Doa2kanlah agar dimurahkan rezeki lagi dan dapat menjamu selera lagi di lain masa.Didoakan semoga berjaya".




Khamis, 31 Mei 2012

study...study...for study week ^_^

Assalamu'alaikum

I'm sure kawan-kawan sy mesti tengah dalam happy mood nak balik rumah. kan,kan. But I'm still kat sini, because tak balik study week ni.First time bagitau Puan Mama cakap nak balik.Then Puan Mama cakap okey. But second time bagitau Puan Mama cakap tak jadi nak balik pulak,macam-macam alasan bagi.Puan Mama pujuk-pujuk suruh balik.Akhirnya,sy menang jugak.Puan Mama terpaksa beralah,then Mama cakap takpe lah kalau tak nak balik.Thanks mum.But..but for the third time bagitau Puan Mama cakap nak balik pulak dah.Puan Mama marah,kejap nak balik, kejap tak jadi.Aiyoo..Pastu Puan Mama cakap senang-senang tak payah balik.Terpaksa pasrah.Huhu..Padan mukaku.Saja buat ayat sedih kat Puan Mama,mana tau kot-kot Mama berubah hati suruh balik.Tapi Puan Mamaku sayang ni tak makan saman oo.Ku pasrah dalam reda.Sorry mum.

Dah planning nak buat apa study week seminggu ni.Letih jugak nak tunggu sampai seminggu.Tambah pulak chah balik. Sima pun balik jugak.So, tak ade kawan nak teman.Duk sorang-sorang kat sini.Sedihh pulak rasanya T______T.

But,bila pikir-pikir balik.Cuti study week ni seminggu jer.So,baik habiskan masa buat revision and study.Cover balik result sem lepas.Sem ni I've seven papers.Banyak nak  recall balik kesemua subjek yg dah belajar.Dah planning dengan Sima nak buat study group nanti.Study sorang-sorang tak seronok jugak,ilmu perlu dikongsi baru ada keberkatannya.Tolong kawan-kawan yg tak dapat catch up masa kat kuliah.Sy paling suka bila belajar dalam study group sebab tak semua benda kita tahu,,right.At least,bila kita belajar study group ni boleh saling share-share ilmu yg kita ada even though maybe ilmu tu kecik jer or nampak biasa-biasa jer.But ilmu is we still call it ilmu yg perlu sentiasa kita cari sepanjang hidup ni.

My target is I want to get dean for this sem.InsyaAllah. But I must be istiqamah. Sometimes susah sikit nak kekalkan tahap istiqamah thats why kena mulakan dari awal.InsyaAllah.Semoga dipermudahkan Allah segala urusanku.Do the best Qaseh!!!


"Apabila kamu telah  berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal"
(Ali Imran :159)



Rabu, 30 Mei 2012

love for Allah is forever



Assalamu'alaikum....

Tika mata diuji manisnya sebuah senyuman, terpamit rasa menyubur memberi harapan. Dan seketika... aku terlontar ke dunia khayalan.Hingga aku terlupa tentang singkatnya satu perjalanan.Tersedar aku dari terlena dibuai lembut belaian cinta. Rela aku pendamkan impian yg tersimpan. Enggan aku terus dibuai keasyikkan kerana aku gusar keindahannya merampas cinta pada Dia yg lebih sempurna. Bukan mudah untukku bernafas dalam jiwa hamba. Dan aku cuba untuk menghindarkan pesona maya kerana aku tak upaya untuk menghadapinya. Andai murkaNya menghukum kelekaan ku. Di atas nama cinta pada yg selayaknya aku nafikan yg fana. Moga dalam hitungan setiap pengorbanan agar disuluh cahaya redaNya. Biar aku sendiri hingga hujung nyawa. Asal tak sepi dari kasihNya kerana sesungguhnya hakikat cinta.. hanya pada Dia yang Esa. Saratkan hati ku ini dengan sebuah cinta hakiki. Sehingga mampu aku rasai nikmatNya, syurgaNya dan cintaNya..




qaseh...

try to get what u luv
try to luv what u got..

(^_^)

Jumaat, 11 Mei 2012

Ooh midterm

Assalamu'alaikum...

Minggu ni sy ada dua midterm,subjek Maharat dan Sejarah Tamadun Islam.Alhamdulillah midterm untuk Maharat dah habis semalam and petang ni jam 3 petang tibalah pulak untuk menjawab midterm Sti.Banyak nak study,kena habiskan satu buku pulak tuh.Okeh..I always remind myself .Kita nak cari ilmu ni bukan sesuatu yang senang,ilmu tak kan dapat if kita tak pernah berusaha untuk mendapatkannya.

Oh ya..my little brother sekarang tengah ada ujian pertengahan tahun.Dia bagitau cikgu nak bawak pergi jalan-jalan kat Langkawi kalau dapat result cemerlang.And I challenge him to get good result.Well,I know you can do it right.Masa call adik semalam,dia cakap nak dapat A untuk sains dan bahasa Inggeris. Okey,bro akak doakan semoga dapat result yang cemerlang nanti yer.Do the best..make mama proud of you yaa.InsyaAllah.

It's time for me to start study Sti..anyway dah study tapi nak recall balik apa yang dah study.Tak boleh nak tulis banyak-banyak.Nak p study lak.Harap dapat jawab exam dengan baik.And untuk kawan-kawan semua, do your best untuk exam ni.InsyaAllah..Bittaufiq wa najah!! (^_^)

"Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga"
-riwayat Muslim-

Isnin, 19 Mac 2012

berikan aku sedikit ruang....

seriously..emosi sy tak stabil semenjak beberapa minggu ni. banyak masalah nak difikir. assingment pun dah bertambah-tambah banyak. cari rujukan assingment yg tak jumpa-jumpa. deadline tinggal beberapa minggu lagi. dah tu bila dah malas, duk buat benda-benda tak bagi faedah pulak. ditambah lagi dengan masalah-masalah lain. serabut sangat kepala ni. nak siapkan report program kt usm lagi. kadang-kadang masalah ni buat jadi sakit jiwa + mental betul. T___T

i'm a childish, i'm a stubborn, i'm a emotional girl. itu memang perangai sy. sebab itulah sy perlukan seseorang yg boleh selalu bagi nasihat and selalu ingatkan sy pada perkara-perkara yg sepatutnya. someone yg sanggup mendengar segala masalah sy. sometimes bila ada masalah sy selalu buat konon-konon masalah tu tak wujud. kadang-kadang sy buat konon-konon i'm always a happy girl in the world. but in reality masalah tu tetap ada. dulu masa kecik-kecik, tak payah susah-susah nak pikir masalah ni sebab i've Puan Mama who always take care about me. bila dah besar ni, kena pandai-pandai usaha sendiri bila ada masalah. even kalau mengadu kat Puan Mama sampai hampis kredit pun, the solution is tetap kena selesaikan masalah tu sendiri-sendiri jugak.

pernah baca dalam blog ustazah fatimah syarha cakap "jangan mengeluh pada masalah, tapi cuba selesaikannya". betul ustazah cakap tu. kadang-kadang bila difikirkan balik sy ni banyak mengeluh je. ini susah itu susah. ini tak reti buat itu tak pandai nak buat. banyak sangat alasan sy kan tapi tak pernah mencuba untuk selesaikannya terlebih dulu. belum apa-apa lagi dah emosi sangat. and tahu nangis je bila dah terlalu depression sangat. menangis tu mungkin boleh buat rasa lega, but still can't solve the problem. nak tak nak perlu hadapi juga masalah tu. bila terbaca ustazah cakap tu, sy mula tanam azam untuk ubah persepsi pada setiap masalah yg ada. cuba selesaikan bukan banyak mengeluh. yes i know that i'm not the perfect person yg boleh buat semua kerja. tapi tak salah kan kalau cuba untuk buat yg terbaik. cuba dulu setakat yg mampu.

and sebaik-baik tempat mengadu mestilah pada Allah. Dia Maha Mengetahui setiap apa yg berlaku pada hamba-hambaNya. bila rasa down sangat-sangat ceritalah pada Dia, sebab Dia Maha Mendengar setiap rintihan hambaNya.

so, conclusion is try to solve the problem first.. InsyaAllah. semoga Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi setiap dugaan dan ujianNya. sebab diriku bukan lah sempurna. perlu banyak belajar untuk menjadi yg sempurna. untuk menjadi yg sempurna itulah perlukan kasih sayang dariNya.

**rasa lega sikit bila dah dapat meluahkan perasaan kat sini. sorry, mungkin agak emosi sikit. cheer up Qaseh, don't be sad because Allah always with u and He really really really luv u (^_^)




Ahad, 4 Mac 2012

twinkle twinkle little star



Each of us is a star that shines with the rest..
sometimes we twinle alone..
but ....
whatever you feel
 like you're about to lose your own sparkle..
don't worry..
i'm here to add a glow.




mood: i've a lot things to do this week. =(
assingment + report + study