Isnin, 8 September 2014

# 37 eeeww apa tu

Assalamu'alaikum


i'm coming home. tell the world that i'm coming home. hahaaa. seriously dah lama kan aku tak menulis. sehari dua ni dah start gian nak menulis. macam-macam cerita aku nak tulis sebenarnya tapi selalu je ada halangan. ada juga kawan tanya aku dah tak tulis blog ke. aku masih menulis lagi cuma tak seligat dulu. hehee. ^^ masa kat uni dulu banyak masa terluang so boleh nak ligat menulis sekarang ni dah masuk zaman kerja setiap hari sibuk dengan kerja pulak. lagipun blog aku biasa-biasa je. followers pun berapa orang je. sedih kan. T__T aku pernah bagitau aku buat blog ni pun sebab first aku suka menulis. second aku nak sharing all the beautiful moments dalam hidup aku. sweet sangat bila aku baca balik apa yg aku tulis. hiks

banyak pulak mukadimah aku. meh dengar cerita aku ni. di suatu pagi yang hening aku tengah dengar radio nasional fm. topik perbualan pagi tu tentang something yg tak sepatutnya ada dalam makanan. haa lebih kurang macam tu la tajuk. ramai juga pendengar nasional fm yg sharing pengalaman diorang. tetiba ting!! aku baru teringat benda macam ni pernah terjadi kat aku semasa belajar kat uni dulu.

aku dengan kawan-kawan order makanan ala carte kat kafe kolej. seingat aku, aku order nasi goreng apa entah tak ingat dah. ada sorang kawan aku ni pulak order mee hailam. kuah mee tu hitam pekat. kitorang beli bungkus, makan kat bilik. baru best sikit sambil makan duk bersembang. haha

tetiba tengah syok makan. . . . . kawan aku yg makan mee hailam ni suruh aku tengok something dalam mangkuk yg dia makan tadi. eeww apa benda tu wehh. terkejut giler aku tengok benda tu rasa nak muntah pun ada. kitorang jumpa macam besi aluminium sebesar pemadam lebih kurang tapi nipis je. dah la besi tu berkarat kot. huhuuu  T__T aku syak besi tu mesti datang dari kuali yg diguna untuk memasak. kuah mee hailam tu kan hitam so  tak perasan sangat benda tu. bila dah tinggal separuh mangkuk baru kawan aku perasan.

terus aku tak ada selera nak makan. aku pun ada try makan sikit mee hailam tu tadi. macam mana ni !!! aku dengan kawan-kawan risau laa kot-kot nanti kitorang terkena penyakit bahaya. pernah juga aku jumpa telur lalat kat ayam goreng. paling tragis aku pernah jumpa ulat dalam sayur. eewww. nasihat aku bila makan kat luar selalu alert dengan makanan yg kita makan tu. kita tak tahu orang masak macam mana kan. entah bersih ke tidak.