Jumaat, 16 Mei 2014

# 36 cinta Allah

Assalamu'alaikum ^^

setiap ujian yang diberi adalah sesuai dengan kesanggupan hamba-Nya. sabar dan bersyukurlah pada-Nya. andai dalam kesusahan usahlah merintih dan mengeluh tetapi hadapilah dengan tabah kerana kejayaan akan hadir selepas sabar menempuh segala kesusahan.


hebatnya kasih sayang Allah kepada kita hamba-Nya. dia tidak pernah membiarkan kita bersendirian. adakala kita sihat, adakalanya kita sakit. adakala kita senang, ada masanya kita susah. biar apapun yang dialami kekalkan Allah di hati kerana Dia sentiasa ada di sisi. bersyukurlah dengan segala kurniaan Allah kepada diri kerana itu tanda kita mencintai-Nya. bahagia ada dalam hati yang dipenuhi dengan iman.


teruskan berbuat baik. teruskan berkata yang baik-baik. teruskan memberi nasihat yang baik walaupun tidak ramai orang mengenalimu. cukuplah Allah kenal akan kamu kerana itulah yang terbaik. insya Allah.