Khamis, 30 Mei 2013

# 23 pertemuan & perpisahan

Assalamu'alaikum   ^ ^


semalam kami berkongsi saat suka duka bersama. kami sama-sama menempuhi segala onak duri yg datang bak ombak badai di pantai gitu. hehe ^^  demi mengejar sebuah cita-cita dan harapan untuk bergelar seorang mahasiswa. alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan izinNya kami diberi peluang untuk menghabiskan pengajian selama tiga tahun di bumi ukm ini. in reality hanya tinggal sebulan je lagi untuk menghabiskan sisa waktu yg masih berbaki. minggu depan cuti study week then after that dah exam final for the last year we're here. sobs sobs sobs. cediih. 

perasaan sekarang rasa bercampaur baur. happy sebab dah nak habis belajar. but at the same time rasa sedih sebab after this terpaksa berpisah dengan kawan-kawan. tssk tssk T__T  kita selalu dengar orang cakap setiap pertemuan pasti ada perpisahan. betul .... perpisahan itu pasti tetap berlaku, tidak mungkin kita boleh menghalangnya. but think positive. tak perlu untuk kita tangisi perpisahan yg berlaku. di sebalik perpisahan itu sebenarnya banyak mengajar kita untuk lebih menghargai setiap detik pertemuan kita bersama. kan kan kan. kita kan kawan < tetiba je >  : p

petang tadi jumpa dengan penyelia thesis. alhamdulillah sudah menyiapkan kesemua bab cuma ada sedikit pembetulan dan penambah baikan. nak kena touch up lagi. moga aku diberi kekuatan dan semangat untuk menyiapkan thesis ini. in sha Allah. fikiran jadi berserabut memikirkan thesis ni actually. tempoh hantar thesis pun tak lama dah. aaiissh  -_- tadi penyelia thesis kite ucap tahniah sebab dah siapkan semua bab. tetiba kite jadi termalu la pulak < blushing > wink wink. terus bersemangat nak siapkan cepat-cepat. 

eemmmm hari ini adalah kelas yg terakhir bagi tahun terakhir selama bergelar student ukm. Allah sayunya hati. petang tadi adalah langkah yg terakhir pergi kelas. kali yg terakhir pergi fakulti. kali yg terkhir untuk segala-galanya laaah. sobs sobs sobs < nangis lagi >  T__T pasti ku merindui saat-saat ketika bersamamu teman.  tetiba jiwang pulak ayat kite O_o

ini lah wajah guru-guru kami yg banyak mencurahkan ilmu pada kami. ini cuma sebahagian je dari lecturer. ada ramai lagi sebenarnya lecturer jabatan usuluddin. apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada mereka  kerana mengajar ilmu kepada kami yg kerdil ini, banyak melayan karenah kami yg macam-macam. sesungguhnya hanya Allah sahaja yg layak membalas setiap penat lelah mereka mengajar ilmu kepada kami .  dulu kami datang dengan tangan kosong. kami belum betul-betul kenal lagi dunia ini. sekarang kami diajar, dididik dan diasuh dengan pelbagai ilmu pengetahuan. supaya suatu hari nanti kami juga mampu mencapai kejayaan seperti mereka. 

*
*
*
*
*
*

 gambar-gambar ni diambil dari fb kawan-kawan. sory tau kite amik . sharing is caring. peace !! >_<




bersama ustaz faudzinaim. mengajar subjek tasawuf perbandingan.
walaupun mengantuk time kelas ustaz  tapi tetap cuba bukak mata luas-luas    >_<






ustaz zakaria stapa.
mengajar subjek tasawuf sunni n falsafi. ni kelas yg paling happy.
tiap kali datang kelas ni mesti dihiasi gelak ketawa and kelas yg paling best. 




kelas kajian teks usuluddin.
 yg comel kat tengah tu ustaz abd rahman >_<
seorang lec yg suka bagi nasihat dan pesanan. suka sangat bila ustaz always bagi kami nasihat. 




ustaz siddiq aka penyelia thesis sy.
ustaz mangajar kelas tutor kajian hadis. seorang lec yg cool and baik sangat-sangat.






ustazah jawiah. lec kajian hadis.
walaupun ustazah nampak garang tapi baik sangat.
sempat lagi buat lawak time mengajar.


alhamdulillah akhirnya hampir tamat sudah perjuangan kami di medan ilmu ini. moga apabila kami  melangkah kaki keluar dari bumi ukm ini kami mampu menjadi seorang pejuang ilmu untuk anak-anak bangsa pula. juga  menjadi seorang insan yg berjaya berkat tunjuk ajar dan ilmu dari guru-guru kami di sini.

lepas ni kita dah jarang-jarang jumpa. mesti masing-masing busy menyiapkan thesis dan study for final exam. eemmm nothing to say cuma kita nak pesan  -------> study rajin-rajin tau. moga sem ni dapat dekan. hehe >_<

# indahnya sebuah persahaban bila ditemani sahabat-sahabat yg sentiasa menasihati kita ke jalan yg diredhaiNya. bersama mencari cinta Illahi agar mekarnya perasaan kasih sayang dalam persahabatan # 
uhhibukum fillah. much much love >_<


Tiada ulasan:

Catat Ulasan