Jumaat, 4 Januari 2013

# 12 kelantan dishes

Assalamu'alaikum  ^ ^

I proud to tell you all that i'm a Kelantanese. hehee. Sy bangga menjadi anak jati Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang. tanah serendah sekebun bunga. ** tetiba je kan  =_=

Actually entry kali ni nak cerita tentang kepelbagaian makanan tradisional negeri Kelantan. Kenalah mempromosikan keunikan negeri sendiri. Siapa yg tak tahu Kelantan ni sebenarnya kaya dengan pelbagai jenis makanan warisan turun-temurun dari orang-orang dahulu. Macam-macam jenis makanan yg tak pernah jumpa kat mana-mana kecuali kat Kelantan je yg boleh cari. makanan Kelantan unik dan berbeza dengan makanan Melayu di negeri-negeri yang lain. Pernah seorang kawan sy cakap makanan Kelantan rasanya terlalu manis. Betul ke? belum cuba belum tahu kan. 

Jom kita tengok, makanan apa yg famous yg ada di Kelantan. 


nasi kerabu

Negeri Kelantan memang terkenal dengan nasi kerabu. And this is my favourite. Tiap kali balik rumah mama tahu dah mesti nasi kerabu yg sy cari. Nasi kerabu ni ada ulam-ulaman, kuah tumis, budu, sambal kelapa dan telur masin. then boleh pilih pelbagai jenis lauk untuk dimakan bersama nasi kerabu ada daging bakar, ayam goreng, ikan goreng dan banyak lagi.

laksam

Rasa laksam lebih kurang sama dengan laksa biasa. Dimakan bersama dengan ulam-ulaman, kuah santan dan sambal lada.  



ketupat sotong

kalau sape-sape tak pernah tengok makanan ni mesti pelik. biasa dengar ketupat daun palas atau ketupat bawang je. makanan ni dinamakan ketupat sotong sebabnya pulut disumbat ke dalam sotong dan biasanya ada kuah nisan/gula merah. 


kuih bahulu

mugkin kat tempat lain ada juga kuih bahulu. tapi tak sama dengan cara orang kelantan buat. rasanya lain sikit, nak tahu sila try dahulu yer. =)

kuih akok

well kuih ni paling sinonim dengan Kelantan. time bulan Ramdhan kuih ni confirm ada dijual di bazar-bazar Ramadhan. pernah juga dulu tolong nany buat kuih akok ni. sedap. sila cuba yer.

kuih lompat tikam

kenapa pelik sangat nama kuih ni. kena lompat pastu tikam? =_= tak pasti macam mana kuih ni diberi nama. kuih ni ada pulut merah (warna merah), lapisan tepung beras,ada dua jenis (warna hijau kat atas dan putih kat bawah) dan air gula melaka. 


kuih biji nangka@butir nangka

Kuih ni dapat nama maybe bentuknya macam biji nangka. errr =_=. sedap makan time petang-petang bersama family. rasanya manis dan berlemak.

kuih cek mek molek

ni lagi satu, tak tahu lah kenapa kuih ni dipanggil cek mek molek. senang je nak buat kuih ni. bahan-bahannya menggunkana ubi merah, tepung gandum dan gula. tapi nak membuatnya memerlukan daya kreativiti sebab kalau tak pandai nak bentukkan memang tak jadi kuih ni. 

bila tolong mama buat kuih ni, tengok yg mama buat elok je bentuknya cute dan montel. kalau yg sy buat confirm-confirm leper je. aiissh. last-last fed up malas nak buat sebab bentuknya tak cantik.

budu

kalau melaka terkenal dengan cencaluk, terengganu terkenal dengan keropok lekor.. kelantan memang tak boleh dipisahkan dengan budu. Actually budu ni sebagai makanan sampingan, biasanya di makan bersama nasi. nak makan kosong boleh tapi biasanya diletakkan dalam budu seperti lada, tempoyak, limau nipis, sambal lada atau ikan rebus. memang terbaik lah, sila try yer.


selain dari makanan ni, sebenarnya banyak lagi makanan tradisional yg terkenal di negeri kelantan. Contohnya kuih puteri mandi, kuih buah tanjung, onde-onde, tepung pelita dan banyak lagi. nak cuba sila datang Kelantan, mencuba makanan-makanan yg sedap ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan