Rabu, 19 September 2012

Qaseh masuk penjara....biar betul?

Assalamu'alaikum ^ ^

warning : entry panjang.luangkan masa anda untuk membaca.. >_<

nak story sikit pengalaman buat praktikal kat Penjara Pengkalan Chepa.dua bulan lebih buat praktikal kat situ.Actually banyak sangat pengalaman duk kat penjara.walaupun ada jugak sikit-sikit pengalaman pahit tuh,tapi kenangan manis tu lebih berharga actually.

sape pernah try masuk penjara??cepat...!!!angkat tangan.tak ade kan,sape nak masuk penjara free2 macam tu je.uhukuhuk..Mula-mula rasa cuak jugak nak buat praktikal kat penjara.tapi dah terpaksa.boleh je nak choose tempat lain,tapi tym tu cuti semester dua bulan.so ingat nak pilih tempat praktikal yg dekat dengan rumah.dalam banyak2 tempat,ppc ni jelah yg paling dekat.adoii..terima jelah.pasrah walaupun terpaksa. T__T.

First tym menjejakkan kaki dalam penjara macam-macam benda fikir.takut pon ade.jumpa dengan penyelia kat sana..ustaz Ilham.ingatkan ustaz ni garang orangnya.rupanya sempoi jer..fuuh,nasib baik.then,kenal dengan staf-staf kat sana.pastu ustaz bawak kami (sy and dua orang kawan lagi) pergi kat penjara wanita.kat sinilah sy keje.ooppss..lupa nak bagitau awal-awal tadi.kat ppc ni ada 8 orang sume yg buat praktikal.sume coursemate sy.5 lelaki dan kami 3 ladies..hehe.

then,kat penjara wanita ppc ni kitorang ditugaskan untuk bantu cikgu maryana mengajar kelas ppi (macam kelas agama macam tu).so,bermula lah tugas kitorang kat sini mengajar banduan belajar fardhu ain, belajar mengaji dan mengajar macam-macam lagi.every thursday kitorang buat game.tak ade lah banduan2 tuh boring sangat.actually,kitorang ni dah puas memeras otak mencari idea nak buat game apa.macam-macam game kitorang buat.huhu.

mesti kita ingat banduan ni jahat kan..kan..betul tak?mula-mula sy rasa macam tu jugak.tapi bila sy sendiri berada dengan diorang,borak-borak dengan mereka dan tanya masalah mereka..barulah sy tahu sebenarnya tak semua banduan tu salah atau jahat.mereka pon macam kita jugak,cuma jalan yg mereka pilih tu salah. bila dah terdesak,macam-macam kita boleh buat.mereka pon macam tu lah.ada yg mengedar dadah, khalwat,menghisap dadah,rompak,bunuh...mereka tak mintak pon nak buat benda-benda macam ni. mungkin keadaan yg menyebabkan mereka jadi macam tu.

kadang-kadang mereka suka berkongsi masalah, sampai ada yg menangis..ada yg menyesal dengan perbuatan lalu.bila dengar masalah mereka, buat sy jadi berfikir.hidup ini adalah pilihan.di hadapan kita terbentang luas dua persimpangan...lorong kebaikan dan lorong kejahatan.mana satu pilihan kita, semuanya terletak di tangan kita sendiri lorong yg mana satu untuk kita pilih.terkadang buat sy berfikir.. takdir dan ketentuan Allah pada setiap hamba-hambaNya amat indah sekali.mesti ada sebab dan akibat kenapa Allah hadirkan ujian, mungkin Dia nak kita jadi hamba yg terus tabah,jangan pernah putus asa.

tempoh dua bulan sy bersama mereka,banyak menginsafkan diri.membuatkan diri sy lebih suka bermuhasabah.menilai kembali dosa dan kesilapan yg mungkin pernah buat tapi tak sedar.mungkin kita rasa senang dengan keadaan kita sekarang.tak pernah terfikir ujian dan musibah yg bakal terjadi.mana tau suatu hari nanti Allah hadirkan ujian buat kita.Moga-moga Allah kuatkan hatiku.InsyaAllah..Masa last day buat praktikal,kami bersalaman dan minta maaf kalau-kalau ada buat salah silap kan.tym tu rasa sebak sebenarnya.sy tahan air mata.tak nak nangis depan mereka.huhu...ada banduan yg nangis,sebak barangkali kami akan meninggalkan mereka.

banyak sangat kenangan dengan mereka.tiada apa yg kami mampu berikan pada mereka,cuma kami harapkan semoga setiap ilmu agama yg kami ajarkan pada mereka,semoga mereka amalkan dengan sebaiknya.tiada apa yg dapat membantu mereka selain mendekatkan diri pada Allah.dan harapan kami semoga mereka insaf dengan kesilapan masa lalu dan kembali ke jalan yg betul.setiap yg bernama manusia pasti akan melakukan kesilapan sebab manusia tidak sempurna.Semoga kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa bersama mereka.

Antara kenangan manis kat sana, team safiyya tv9 (mesti pernah tengok kan3..) buat pengambaran kat sana. kalau tak silap tym tu sebelum bulan puasa.masa masuk keje pagi dah kecoh-kecoh dengar wadar bagitau ada orang tv nak datang.kitorang buat tak tahu jelah.tak amik kisah sangat.masa tengah mengajar kat kelas tu,tetiba team safiyya dah masuk.alamaaak!!!diorang nak shoot tym aku tengah mengajar ni ke (monolog ku di dalam hati). masa tu tengah mengajar iqra'.dah kelam kabut..nak buat macam mana ni!!!dah konfius dah bila tengok pengacara safiyya (Liyana) real depan mata wooo..selama ni tengok kat tv jer.uhukuhuk.well,buat muka selamba je.tapi dalam hati ni rasa nak tercabut jantung..berdebar-debar kot.hahaa..shooting tu dah on air kat tv9 9 sept lepas. tapi sayangnya tym tu diriku dah bertolak ke ukm.tak dapat nengok..sayangnyaa..mama cakap ada nampak muka sy tengah mengajar.hahaa..mesti kelakar kan.

pergi kelas ari tu,mula-mula bie yg tanya, "Eh,azida ada masuk tv kan ari tu?" "haa..yeker,xade lah" (bajet tak nak mengaku). hari ni pergi kelas,ada pulak kawan tanya benda sama..hahaa,,tumpang glamour jap.kuikui..bila lagi nak masuk tv kan...hehe ^_^

p/s:sori entry terlalu panjang.dah bagi warning awal2 tau. ^ ^.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan